Kepentingan penggunaan car seat di dalam kenderaan tidak perlu dipertikaikan lagi. Sudah ramai mama papa yang cakna untuk meletakkan anak di dalam car seat sekiranya perlu dibawa travel. Ia bukan satu pilihan tetapi kewajipan!
Menggunakan car seat bukanlah satu trend tetapi sebagai langkah keselamatan demi melindungi si manja tersayang. Anak haruslah menggunakan car seat yang diperakui selamat bermula dari awal kelahiran sehingga usianya 10-12 tahun atau berketinggian 150sm.
Cari Car Seat Yang Sesuai Untuk Anak
Bagi memenuhi keperluan ini, mama papa perlu mencari dua atau tiga jenis car seat yang berbeza mengikut peringkat tumbesaran mereka. Alamak, macam mana ni?
Jangan risau mama papa, ada beberapa panduan untuk membantu anda mencari yang paling sesuai untuk si manja. Car seat terbaik adalah yang sesuai dengan usia, berat dan ketinggian mereka serta mengikut bajet anda.
Namun, seringkali mama papa keliru seberapa lama harus letakkan anak di dalam car seat. Ada yang hanya menggunakan car seat pada waktu anak masih bayi kemudian berhenti kerana merasakan anak sudah cukup selamat dengan hanya mengenakan tali pinggang keledar semata-mata atau tidak menggunakannya langsung tanpa sebarang perlindungan.
Ada juga yang sudah mendapatkan infant carrier untuk anak seawal kelahirannya, tetapi kemudian buntu untuk mencari car seat yang seterusnya. Adakah car seat yang digunakan semasa si manja masih bayi sesuai untuknya ketika menginjak usia dua atau tiga tahun? Bagaimana pula nak tahu car seat yang digunakan sekarang boleh digunakan sehingga beratnya 36kg?
Tahniah! Joie merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Car Seat Terbaik Pilihan Pa&Ma.
Journey Penggunaan Car Seat
Mama papa jangan risau! Bercerita tentang car seat, jenama Joie sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja jenamanya diyakini, bahkan produk Joie melalui pelbagai pemeriksaan keselamatan sebelum dikeluarkan di pasaran.
Sekiranya mama papa membeli car seat Joie untuk si manja, berikut adalah gabungan terbaik yang untuk meneruskan pemakaian car seat buat anak tersayang. Untuk pengetahuan mama papa, semua convertible car seat daripada Joie boleh digunakan menghadap belakang sekurang-kurangnya sehingga berat anak 18kg.
- Gabungan 1: *i-Gemm + Stages + Trillo LX
Infant carrier car seat untuk bayi baru lahir sehingga anak dengan berat 13kg (lebih kurang usia 18 bulan) + convertible car seat sehingga 18kg (lebih kurang usia 4 tahun) + Booster seat sehingga anak usia 12 tahun (berat sekitar 36kg).
Tiga model ini sangat sesuai untuk si manja seawal usianya sehari dimulai dengan i-Gemm dan boleh diteruskan dengan Stages sehingga berat 18kg untuk usia sekitar empat tahun bagi penggunaan harness dan kemudian sehingga berat 25kg sebagai booster iaitu dengan penggunaan tali pinggang keledar atau mama papa boleh teruskan dengan model ketiga Trillo LX yang sesuai untuk anak dengan berat sekitar 36kg. Memang ngam!
- Gabungan 2: (Ideal untuk mama papa yang menginginkan convertible car seat yang boleh berpusing) *i-Spin 360 + Duallo booster seat. Untuk bayi baru lahir sehingga berat 18kg (lebih kurang usia 4 tahun) + Booster seat sehingga 36kg (lebih kurang usia 12 tahun)
Bermula dengan model i-Spin 360 untuk bayi baru lahir sehingga berat 18kg diikuti dengan Duallo booster seat yang cukup sesuai sehingga anak berat 36kg. Terbaik!
- Gabungan 3: *Steadi/Tilt + Bold (Untuk bayi yang lebih besar)
Convertible car seat untuk bayi baru lahir sehingga berat 18kg + kombinasi booster seat untuk anak dari usia 3-12 tahun.
Model Steadi/Tilt adalah jenis convertible car seat yang sesuai untuk bayi baru lahir sehingga beratnya 18kg. Kemudian boleh diteruskan dengan penggunaan booster bermula usia anak 3-12 tahun. Bagusnya!
Joie Paling Best!
Rangkaian produk Joie adalah inovatif dan unik. Antaranya ialah i-Level yang merupakan i-Size infant carrier yang mempunyai 3 posisi berbaring dan kebolehan baring secara rata sama ada berada di dalam kereta atau di dalam stroller.
Selain itu, Steadi R129 yang di bawah piawaian terbaru UNR129 merupakan satu-satunya car seat yang pemasangan menggunakan tali pinggang keledar. Joie turut memperkenalkan ‘encore system’ di mana sistem ini terdapat tapak car seat yang boleh berpusing 360 darjah dan boleh digunakan dengan car seat yang berlainan, mengikut kesesuaian.
Terbaharu, Joie mengeluarkan i-Prodigi, car seat yang pertama dalam kategori i-Size yang boleh menghadap belakang sehingga 22.5kg atau 125cm. Semua produk menggunakan kualiti material yang tinggi dan sudah semestinya menjalankan ujian yang ketat dalam keadaan yang ekstrim kerana Joie ingin memastikan hanya produk yang terbaik sahaja layak dimiliki oleh pengguna di seluruh dunia.
Paling penting, sama-sama kita Buckle Up! dalam kenderaan bagi memastikan keselamatan si manja.
Untuk maklumat lanjut, layari ms.joiebaby.com atau laman Facebook Joie Baby Malaysia atau laman Instagram joie_malaysia. Selain itu mama papa juga boleh hubungi 03- 83228191 atau Whatsapp 019-9792284.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI