Patung Labubu kini semakin diminati ramai terutama di kalangan kanak-kanak perempuan dan dewasa. Walaupun kelihatan cukup comel namun anak patung kesukaan ramai ini dikatakan bermula dari inspirasi sesuatu agama.

Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, seorang wanita mendedahkan bahawa patung Labubu ini difahamkan merupakan inspirasi dari Tuhan sesuatu agama.

Tambahnya juga, versi pertama Labubu dikeluarkan berwarna merah dan terdapat tulisan 666 pada bahagian badannya. Pencipta patung ini menjelaskan bahawa dia terinspirasi ketika berpindah ke Belanda dan berkait dengan agama di sana.

“Ramai cuba mencari simbolik agama menyerupai Labubu dan apabila ditemui, mereka berpendapat bahawa Labubu adalah inspirasi dari sebuah agama yang dikatakan mirip dengan simbol iblis yang bernama ‘Kala’,” jelasnya.

Patung Labubu Jadi Trend, Tak Perlu Belikan Anak Sebab Inspirasi Pada ‘Sesuatu’ Agama!

Menurut Pensyarah Fiqah Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim berpendapat bahawa tidak wajar ibu bapa beragama Islam membenarkan anak mereka bermain dan menyimpan patung Labubu ini.

Hal ini kerana patung tersebut ada elemen kegamaan mana-mana kaum kerana ia inspirasi pada tuhan sesuatu agama.

Ads

“Patung tidak boleh mempunyai sebarang inspirasi atau yang disembah oleh mana-mana pihak. Nasihat saya, diharapkan ibu ayah prihatin dengan mainan anak-anak.

“Saya berharap agar ibu bapa mengambil tahu latar belakang mainan anak supaya tiada sebarang unsur keagamaan,” katanya.

Patung Labubu Jadi Trend, Tak Perlu Belikan Anak Sebab Inspirasi Pada ‘Sesuatu’ Agama!

 

Ads

Menerusi laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, mereka mengesyorkan agar elak daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.

Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:

الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ

Maksudnya: “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”

Ads

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Mstar & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI