Anak-anak kalau dijaga dengan bapa, memang kebanyakannya suka. Entahlah kenapa seronoknya. Mungkin perkara yang diutarakan ini menjadi faktor penyebab bapa menjadi kegemaran anak-anak.
Karakter & cara berfikir antara bapa dan ibu selalunya memang berlainan. Walau pun tidak semua kanak-kanak menggemari bapa mereka dan tidak semua bapa suka melayani anak, kebanyakkannya ayah akan memanjakan anaknya. Mungkin perkongsian daripada ibu ini ada kebenarannya.
Patutlah anak-anak lebih suka dengan ayah..
Satu hari tu, bawa anak lepak mamak pagi-pagi sebelum sampai sekolah. Maya nampak gula-gula kat kaunter.
“Nak satu gula-gula Ummi”.
“Alah dik…pagi lagi ni.Tak elok la untuk buah pinggang. Petang nanti ye”.
Redha je lah dia menerima pun. Bila mamak datang tanya nak makan apa,dia minta maggi. Umminya pun respon like…
“Mana boleh maggi pagi-pagi. Tak bagus untuk badan .Lagipun semalam baru makan keropok kan”.
“Hmm..ok lah. Mee goreng je lah”, kecewa la sikit camtu. Tapi,boleh move on.Order benda lain.
Sementara tunggu mamak datang, dia minta nak main handphone .Umminya kata…
“Eh,pagi-pagi lagi.Tak elok dik.Nanti gelombang otak terganggu”.
Dia akur je. Kami pun sambung borak-borak kosong.
Tak lama…..
Datang seorang ayah dengan dua anak kecil. Pakai baju sekolah tadika. Tengok uniformnya dekat-dekat area anak-anak ni juga sekolahnya.
Si ayah dan anak perempuan berjalan di depan. Si Abang dalam lingkungan 4 tahun mengekor dibelakang. Ada handphone ditangannya. Dipegang handphone itu dan terus bermain dari kereta membawa ke meja makan.
Ummi pandang Maya. Maya pandang Ummi. Ummi faham apa maksud dia. Tapi, ummi buat-buat tak reti.
Sebaik saja yang anak lelakinya dah duduk, anak perempuan kecilnya dalam lingkungan usia 3 tahun berlari ke kaunter. Jarinya menunjuk ke arah balang gula-gula disitu.Ayahnya tanpa bunyi satu apa pun,keluarkan 2 biji plastik kecil bewarna ungu.
Si kecil berlari ke meja, minta ayahnya bukakan plastik,dan ngap! Selamat dah masuk ke dalam mulut.
Sekali lagi Maya pandang Ummi dengan mata yang semakin mengecil.
Eleh. Ummi tabah je.
Buat tak tau juga lagi.
Yang paling best!
Masa ambil order. Bila mamak sampai ke meja diorang, si ayah tak teragak-agak order…
“Indo Mee satu. Pinggan kosong dua!”
Kali ni mata Maya dah kecil, hidungnya terjongket, mulutnya menguncup. Haha.
Umminya masih lagi jiwa kental. Buat muka kering macam takda apa jadi.
Last-last dia terkeluar juga…
“Tu lah.Kalau makan dengan abah mesti abah bagi”.?
SHORT TERM PLEASURE
Tak salahkan ayah-ayah pun. Orang lelaki ni memang dia lebih pada short term pleasure dari long term. Diaorang tak faham kenapa kita nak fikir jauh-jauh sangat. Benda hari ini untuk hari ini. Esok kalau jadi masalah,kita fikir lain.
Sebab itu anak-anak enjoy dengan ayah lagi.Tak banyak rules. Sempoi-sempoi je. Kita kira ni apa anak makan supaya tak teroverlapped. Semalam dah keropok,minggu depan pulak lah. Tapi kalau dengan ayah,8 kali sehari pun ok.
Tu aku lah..korang lain la kot.
Ke sama dengan je?
Sumber: Puan Siti Suryani Yaakop