Anak yang lasak, aktif petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Jika anak kecil jenis tak mahu duduk diam, jangan terus dihulurkan dengan gajet semata-mata mahu mereka duduk diam.
Sebaiknya cari alternatif lain dulu seperti melakukan aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak. Malah anak kecil yang asyik berjalan dalam dan luar rumah itu pun bagus walaupun kita rasa penat lihat mereka tak duduk diam.
Berikut perkongsian Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.
TAHUKAH AYAH IBU?
Anak kecil (toddler) berlatih berjalan selama 6 jam sehari. Apabila mula melangkah, mereka berjalan sebanyak 500-1500 langkah SEJAM di dalam dan di luar rumah.
Dalam SEHARI mereka berjalan sebanyak 9000 langkah atau bersamaan ukuran panjang 29 padang bola, dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Begitulah betapa tidak diamnya anak kecil dan itu perkara NORMAL. Pergerakan inilah yang menjadi asas perkembangan sosial, emosi dan kognitif anak kecil. Bukan hanya untuk perkembangan fizikal sahaja.
Jangan biarkan anak kecil hanya diam menggunakan skrin. Itu tidak normal.
Jika orang dewasa ingin kuruskan badan, bolehlah kejar anak kecil yang ‘baru dapat kaki’ berjalan 9000 langkah.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Sumber: Adolph, Vareijken & Shrout (2003). What Changes In Infant Walking and Why. Child Development.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)