“Patutlah setiap kali barang yang saya order sampai, dia nak buka, cakap barang dia, rupanya ada yang dia nantikan tanpa pengetahuan kami suami isteri..”

Tak sangka anak berusia 4 tahun membuat pesanan barang permainan melalui online tanpa pengetahuan ibu bapanya. Kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Sharifah Cut Nur Hastaty Said Nasir, 28, boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa lain agar sentiasa peka. Kadang anak diam jangan disangka tiada apa-apa.

“Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka..” Rupanya Anak Order Mainan Sampai RM700

Menurut Sharifah, anak sulungnya, Luth Harris Aufa berusia 4 tahun membeli barang permainan secara dalam talian tanpa pengetahuannya sebanyak RM700. Sewaktu dapat tahu jumlah itu agak terkejut juga tetapi cuba untuk tenangkan diri.

Bukan apa kalau saya terus marah dan melatah tanpa tahu hal sebenar, tak elok untuk anak. Mungkin kesilapan tu dari kita juga sebagai ibu bapa. Jadi selidik dulu dan bila tahu puncanya, barulah sama-sama beringat lepas ni.

“Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka..” Rupanya Anak Order Mainan Sampai RM700
Dua kali order. Satunya Luth cakap untuk adik

Tiba-tiba ada penghantaran barang

Sharifah berkata, pada awalnya dia berasa hairan kerana secara tiba-tiba ada penghantaran barang pada 18 Mac lalu meskipun dia atau suami tidak membeli sebarang produk daripada syarikat e-dagang.

“Suami ada bertanyakan kepada saya, adakah saya yang membeli barang untuk anak-anak kerana melihat ada penghantaran barang permainan kanak-kanak.

IKLAN

“Saya jawab memang tidak beli, kemudian suami melihat akaun dan terkejut senarai pembelian barang hingga mencecah RM700. Namun suami sempat melakukan pembatalan pembelian selebihnya iaitu RM200,” katanya.

“Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka..” Rupanya Anak Order Mainan Sampai RM700

Anak buat pesanan ketika iklan terpapar

Ibu kepada dua anak ini memberitahu, Luth melakukan pembelian barang-barang terbabit ketika menonton YouTube kerana pada masa sama iklan terpapar pada video berkenaan.

IKLAN

“Anak saya memang tidak pandai membuka portal syarikat e-dagang tetapi puncanya ketika dia bermain game dan menonton video di YouTube. Ini kerana terdapat paparan iklan yang menarik perhatiannya. Bila keluar iklan mainan kegemaran, dia terus ‘klik dan beli’.

“Suami juga tidak menerima sebarang Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau sebarang pemberitahuan dari syarikat berkenaan. Tetapi kami sempat batalkan beberapa item dan sehingga kini masih ada beberapa item belum sampai kerana barang itu dari luar negara,” katanya.

“Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka..” Rupanya Anak Order Mainan Sampai RM700

Jadi pengajaran buat kami 

IKLAN

Selepas kejadian berkenaan, dia dan suami mengambil pendekatan lebih berwaspada kerana bimbang perkara sama berulang kembali.

“Hendak marah pun dia masih kecil, cakap masih pelat lagi. Tetapi kejadian ini menjadi pengajaran buat kami untuk lebih berhati-hati dan menasihatkan dia agar tidak sesuka hati klik sebarang iklan,” ujarnya.

“Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka..” Rupanya Anak Order Mainan Sampai RM700

Pa&Ma harapkan perkongsian ini boleh dijadikan peringatan bersama oleh ibu bapa lain. Tolong jangan berikan persepsi negatif kerana sebagai ibu bapa kita tetap ada kesilapan. Tak semuanya sempurna. Mana yang salah kita sama perbetulkan kerana mendidik anak adalah proses yang sangat mencabar buat ibu bapa.

Kredit: Sharifah Cut Shai & Sinar Harian

“Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka..” Rupanya Anak Order Mainan Sampai RM700

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI