Uniknya susu ibu bantu bayi tidur nyenyak. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya.
Pernahkah anda mendengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu malam atau dinihari akan menyebabkan bayi mengantuk?
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.
HORMON MELATONIN BERI KESAN SEDATIF
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin. Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.
Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut. Hebatnya Ciptaan Allah!
PENYUSUAN EKSKLUSIF KURANGKAN BAYI MERAGAM
Untuk pengetahuan anda, penyusuan eksklusif juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang.
Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan formula tidak. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh semasa ibu bekerja syif malam).
MUDAH UNTUK TERTIDUR
Seperkara lagi, ialah bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan . Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus. Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan.
Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Menunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu ibu memang terbaik untuk bayi. Ibu-ibu yang menyusukan sendiri tentunya rasa puas apabila melihat bayi yang disusukan membesar dengan sihat.
Baru melahirkan bayi sulung pada 12 Julai yang lalu, Che Puan Juliana Evans masih dalam fasa berpantang. Puteri sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah kini berusia 14 hari.
Juliana yang mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017 memanggil Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dengan nama Mily. Dia baru-baru ini memuatnaik gambar swafoto bersama yang pertama dengan si kecil.
Kedua-dua mummy dan anak kelihatan sangat cantik. Mily mewarisi rupa yang menawan Juliana dan suami. Ramai juga yang memuji betapa berserinya wajah Juliana selepas bersalin.
BOTH SO BEAUTIFUL
Ads
TERSANGATLAH GLOWING
BABY COMEL, MUMMY COMEL
KEHADIRAN MILY MENCERIAKAN
Ads
SO CUTE
MUMMY’S MILK IS THE BEST!
Manakala menerusi Insta story, Che Puan Juliana berkongsi tentang perkembangan terkini anak sulungnya.
Dia yang menyusukan bayinya dengan susu ibu berpuas hati apabila berat badan Mily kini bertambah sebanyak 400gram.
Sejak bergelar ibu, Jihan Muse mengakui kehidupan berubah setelah dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Ungku Arsalan Haq sejak 4 bulan lalu.
Melalui perkongsian di Mstar dia menyatakan masih dalam proses memantapkan lagi ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu dalam apa perkara yang dilakukan.
“Sekarang ni fokus saya lebih kepada anak, apa-apa pun kena fikir dia dahulu. Mujurlah suami banyak membantu dan kami masih belajar apa yang terbaik.
“Kalau dulu, saya bekerja pagi sampai malam, sekarang pagi bekerja, malam masa untuk anak. Orang kata kena 50-50 la. Tak boleh nak fikir diri sendirilah.
“Semenjak jadi ibu ni, memang masa terasa sangat singkat setiap hari sampai nak berjalan pun tak larat,” katanya.
Walaupun Jihan macam tak serius, tapi bab penjagaan anak memang akan diutamakan kerana tanggungjawab sebagai ibu sangat besar. Jihan juga mahukan yang terbaik buat Ungku Arsalan agar membesar dengan penuh limpahan kasih sayang.
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
Sumber: Mstar & instagram Jihan Muse
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak-anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa hari ini. Bukan hanya dari aspek perkembangan anak sahaja tetapi dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit juga penting.
Usah sesekali mengambil mudah jika anak mengalami demam, selesema, sakit perut mahupun batuk. Ia mungkin petanda awal bagi penyakit yang lebih serius atau memerlukan rawatan segera.
Mungkin juga anak yang kerap sakit ini berpunca dari masalah pemakanan yang ramai ibu bapa tak perasan.
Melalui perkongsian dari seorang bapa ini apa yang dilakukan untuk anaknya mungkin boleh dijadikan panduan terutama aspek pemakanan buah mengandungi vitamin C untuk kuatkan antibodi anak.
Dulu anak saya selalu juga sakit-sakit. Selsema la batuk la. Memang sangat kerap.
Bagi antibiotik sebenarnya bukan penyelesaian masalah malah boleh tambah masalah lagi kalau sakit anak saya tu bukan disebabkan oleh bakteria. Silap haribulan boleh jadi antibiotic resistance!
Selsema dan demam ni kebanyakannya disebabkan oleh virus je. Kalau disebabkan oleh virus memang tak perlu antibiotik pun. Kalau guna antibiotik pun takde efek juga dan biasanya demam yang disebabkan oleh virus dia self-limiting, maksudnya demam tu akan sembuh sendiri.
Fikir punya fikir camne la nak bagi sistem imun anak saya ni kuat sikit. Mula-mula saya pun tak tahu jugak camne kan. Lepas isteri saya buat satu benda ni baru saya perasan anak anak saya dah jarang sakit sikit.
Nak tahu apa isteri saya buat?
Dia TUKAR BENDA YANG KAT DALAM PETI AIS je!
Senyap-senyap je peti ais saya ni makin banyak buah. Dia kurangkan makanan sejuk beku yang entah apa-apa tu dan ganti dengan buah yang tinggi kandungan Vitamin C macam buah oren, epal dan anggur.
Saya ni memang tak makan buah sangat sebenarnya jadi saya tak hiraukan sangat la kan tapi ada benda yang buat saya akhirnya jadi peminat buah buahan yang tegar! Saya perasan yang anak saya dah kurang demam, selsema dan sakit-sakit!
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Bila saya kaji rupanya Vitamin C dalam buah-buahan tu memang terbukti membantu sistem imun dan pertahanan tubuh untuk lawan kuman-kuman jahat dan bertindak sebagai antioxidant yang menurunkan risiko kanser pada anak kita.
Tolong ajar keluarga kita juga ye untuk penuhkan peti masing-masing dengan buah-buahan ni semua. Jangan-jangan sumber anak kita sakit selama ni datang daripada peti ais kita sendiri.
Kredit : Taufiq Rasul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.