Ada ibu hairan kenapa anak minum susu banyak tapi berat badan tak naik. Tanpa sedar rupanya ibu cairkan bancuhan susu formula untuk anak. Sebenarnya perbuatan membancuh susu formula tanpa mengikut sukatan yang betul seperti diajar pada label boleh mempengaruhi khasiat yang diperolehi oleh anak.

Jadi jangan sembarangan membancuh susu formula sama ada dicairkan atau dipekatkan kerana sebab-sebab tertentu. Ibu-ibu kena baca penjelasan ditulis oleh Pakar Dietetik Universiti Sains Malaysia, Ruqayyah Muhd dalam facebook beliau.

Pagi tadi ada seorang doktor sarjana Pediatrik datang berjumpa saya. Beliau ingin dapatkan penjelasan mengenai pemberian susu pada anak.

“Mak patient kata, anaknya sembelit. Jadi dia cairkan sikit susu anak. Boleh ke macam tu Puan Qay?” tanya beliau.

“Kalau susu dicairkan terlalu banyak tak boleh sebenarnya. Nanti berat badan anak tak naik dengan elok.” jelas saya.

“Kebiasaannya susu formula ada satu oz 30ml, perlu masukkan 1 sudu susu. Ada juga susu 60ml dan satu sudu sahaja. Biasanya saiz sudunya lebih besar. Kena tengok balik sukatan yang ada pada paket susu. Sebetulnya bancuhan kena betul. Baru anak dapat kalori yang cukup.”

Ads

“Jika ibu cairkan susu, contohnya 60ml, satu sudu susu, anak hanya akan dapat 22kcal berbanding 44kcal yang sepatutnya. Jika setiap hidangan susu begitu, pasti akan dah dapat kurang separuh pengambilan kalorinya. Memang takkan membantu kenaikan berat badan anak. Jadi kena tengok balik berapa oz anak minum dan cara bancuhannya. Baru boleh tahu jumlah kalori sehari dan bandingkan dengan berat badan anak.” terang saya.

“Kalau anak sembelit macamana pula puan?Tak boleh cairkan susu ke?” tanya doktor lagi.

Patutlah Berat Badan Bayi Tak Naik, Rupanya Ada Ibu Cairkan Bancuhan Susu Formula!

Ads

“Jika anak belum mula makan, sembelit mungkin kerana bancuhan susu tak betul, terlalu pekat atau susu tak sesuai dengan anak. Kalau sembelit boleh cari susu yang ada fiber untuk lawaskan susu anak. Atau boleh juga cari susu yang ada probiotik yang boleh juga bantu penghadaman anak.”

“Kalau dah mula makan, biasa anak akan sembelit juga jika lepas makan tak beri air kosong. Bila anak mula makan, biasanya susu anak pun akan kurang sedikit dari biasa. Jadi air yang diambil anak dah kurang. Kena tambah air sedikit lepas makan.”

Ads

“Satu lagi, tengok juga pengambilan sayur dan buah. Jika sedikit sangat sayur dan buah dalam diet pun tak membantu anak juga. Kena tambah serat dalam diet, kena tambah air juga lepas makan.” panjang lebar saya ceritakan.

“Senang lagi bagi susu badan kan?Tak gaduh sembelit anak, nak tukar susulah.” seloroh rakan saya itu.

“Sungguhlah. Senang lagi bagi susu ibu.” balas saya.

Sumber: Ruqayyah Muhd

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI