Walau pun anak sudah 4 tapi kecantikannya tetap terpelihara dan langsing. Rupanya 4 tip sihat ini yang Lisdawati amalkan.
Aktres Lisdawati, 39, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada 24 Julai 2018 lalu. Walau pun telah mempunyai anak keempat, kecantikan dan kesihatan diri tidak dilupakan.
SENAMAN RINGAN & BUAT KERJA RUMAH TANPA KIPAS DAN PENDINGIN HAWA
Antara tip yang dikongsikannya untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah dengan tanpa kipas dan penyaman udara. Mungkin ia adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.
Ads
Lisdawati mengongsikan tip tip penjagaan kesihatan di dalam posting seperti berikut;
Jom Jaga makan dan jaga kesihatan
Banyakkan sayur dalam masakan.
Banyakkan minum air suam.
Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah ( tutup kipas dan aircond )/ Sauna.
Lisdawati juga turut berkongsi senaman berjalan kaki sejauh 2km yang dilakukannya bersama bayi kecilnya, Ahmad Nur Fayyadh selepas 52 hari bersalin.
Assalamualaikum, semangat nak senam sihat ? Jom mulakan dgn bismillah … Langkah pertama selain kerja rumah seperti biasa sampai berpeluh ( tutup kipas atau aircorn) . Pagi ni sy mula dgn berljn 2 km sahaja kawasan rumah . Balik buka sarapan #maggicarrotsup resepi sendiri .
Para peminat Lisdawati memberikan komen tentang tip sihat selebriti ini dan mengakui Lisdawati seorang yang suka bersenam dan jogging sejak zaman anak dara lagi.
Ibu lepas bersalin jika mahu badan pulih dengan cepat dan susu ibu yang berkualiti, amalan pantang yang menyekat makanan berkhasiat perlu dielakkan. Dr Hamid Arshat juga kongsikan kepentingan vitamin kepada kesihatan ibu dan anak.
Menurut Datuk Dr Hamid Arshat dari videonya, amalan ‘pantang’ perlu dibasmikan sebaliknya ibu-ibu perlu makan dari sumber-sumber yang berzat dan berkhasiat khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan selepas pembedahan/ bersalin agar cepat pulih luka dan juga susu ibu lebih banyak dan berkhasiat.
JANGAN AMAL PANTANG YANG TIADA ASAS ILMUNYA
Jangan amalkan amalan pantang yang tidak mempunyai asas ilmunya. Beliau menggalakkan wanita selepas bersalin untuk makan makanan yang berzat, di mana 70% terdiri daripada buah-buahan segar yang mentah.
PASTIKAN ADA SAJIAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Banyak buah-buahan tempatan yang dimomokkan tidak boleh dimakan semasa pantang seperti;
Semua buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin. Vitamin A, B, C yang sangat penting untuk kesihatan. Ia amat penting khususnya kepada ibu yang dalam pemulihan selepas bersalin sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan.
KENAPA VITAMIN C SANGAT PENTING?
Bagi ibu bersalin yang menyusukan anak perlu mengamalkan pemakanan yang baik. Vitamin sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan ketahanan badan, sebagai antioksidan, pemulihan luka dan pendinding atau penahan daripada serangan kuman.
Beliau amat menggalakkan wanita-wanita selepas bersalin atau pembedahan untuk makan banyak buah-buahan.
KISAR BUAH-BUAHAN SUPAYA MUDAH DIAMBIL & DIHADAM
Buatkan minuman dengan mengisar buah-buahan tersebut sama ada nanas, papaya atau tembikai. Bila dikisar kita tidak kehilangan seratnya. Ia sangat penting untuk penghadaman dan kesihatan usus kita.
Memang sukar untuk makan dalam jumlah yang besar tetapi bila mengisarnya ia jadi pekat dan mudah dihadam.
AIR LIMAU NIPIS/ LIMAU KASTURI
Air limau nipis misalnya mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan dan ia patut diamalkan sebagai minuman pertama diminum di waktu sarapan pagi. Kerana limau yang terlalu banyak di pasaran ialah limau nipis atau limau kasturi. Memang sudah dikaji yang limau kasturi mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit.
Selain dibuat minuman, buah-buahan ini perlu diambil pada setiap kali waktu makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan petang.
Ini akan mempercepatkan proses pemulihan pada luka pembedahan dan luka kelahiran.
PEMAKANAN BAIK MEMPERCEPATKAN PEMULIHAN
Orang-orang dulu mungkin mengamalkan berpantang badan kerana zaman dahulu tiada antibiotik. Zaman sekarang sudah ada antibiotik sekiranya berlaku jangkitan kuman.
Sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang baik, pemulihan akan berlaku dengan cepat dan penyusuan tidak tersekat. Ini adalah punca kebanyakan mengalami masalah susu tidak lancar atau berkurangan. Amalan pantang yang menyekat makanan yang berkhasiat disekat sedangkan pada waktu menyusukan ibu-ibu memerlukan banyak makanan berzat akan menjadikan susu yang dihasilkan baik.
IKAN AMAT DISARANKAN
Susu ibu di samping mengandungi zat, vitamin dan logam, ia juga mengandungi omega 3 dan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
Makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan yang berminyak seperti ikan kembung, tenggiri dan lain-lain sangat baik untuk dimakan sewaktu menyusukan anak. Ini sangat penting kerana melalui penyusuan ibu memindahkan antibodinya kepada bayi.
Jadi bayi akan lebih kuat antibodi dan tahan daripada penyakit, di samping menguatkan hubungan (bonding) antara ibu dan anak.
Datuk Dr Hamid amat menyarankan kaum wanita untuk membasmi amalan berpantang makan sebaliknya mengamalkan ambil makanan segar, yang mentah berkhasiat dan berzat sewaktu pemulihan selepas bersalin.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod ke-5 minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Komplikasi Awal Kehamilan. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 9 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika kerap mengalami senggugut, susah mengandung atau kerap keguguran mungkin tanda penyakit endometriosis. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.
Jika diperingkat teruk, wanita yang mengalaminya perlu dibedah buang rahim.
Untuk pengetahuan wanita, penyakit endometriosis ini disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu endometrium tumbuh diluar rahim. Darah haid tumpah ke belakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit. Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau imuniti yang lemah.
Awas jika anda ada tanda-tanda berikut:
Jika ada tanda atau gejala tersebut ambil langkah berikut;
– Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovari dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang.
– Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakan peranakan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakan.
– Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stres dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
– Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, ais krim, coklat dan berkaitannya. Jauhkan minuman ringan, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
– Makan 70% bahan mentah dan segar, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , buah naga dan sebagainya.
Saya galakkan makan ulam-ulaman, sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
– Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang celery dan 1/4 buah betik. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
– Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
– Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah atau segenggam campuran almond, gajus dan kacang. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kubis, lobak merah, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, tauge, sengkuang, tempe, tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.
– Suplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja. Sebenarnya, bukan itu faktornya, isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan. Jadi suami perlu tahu 5 tanda isteri tak cukup tidur dan kurang rehat.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur;
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!