Patutlah Cantik & Kurus, Lisdawati Elak Kipas, Aircond & Rajin Bersenam. Anak 4 Pun Tetap Langsing

Share

Walau pun anak sudah 4 tapi kecantikannya tetap terpelihara dan langsing. Rupanya 4 tip sihat ini yang Lisdawati amalkan.

Aktres Lisdawati, 39, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada 24 Julai 2018 lalu. Walau pun telah mempunyai anak keempat, kecantikan dan kesihatan diri tidak dilupakan.

SENAMAN RINGAN & BUAT KERJA RUMAH TANPA KIPAS DAN PENDINGIN HAWA

Antara tip yang dikongsikannya untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah dengan tanpa kipas dan penyaman udara. Mungkin ia adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.

Lisdawati mengongsikan tip tip penjagaan kesihatan di dalam posting seperti berikut;

 Jom Jaga makan dan jaga kesihatan

  1. Banyakkan sayur dalam masakan.
  2. Banyakkan minum air suam.
  3. Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah ( tutup kipas dan aircond )/ Sauna.
  4. Berhenti makan sebelum jam 9 malam.

Lisdawati juga turut berkongsi senaman berjalan kaki sejauh 2km yang dilakukannya bersama bayi kecilnya, Ahmad Nur Fayyadh selepas 52 hari bersalin.

Assalamualaikum, semangat nak senam sihat ? Jom mulakan dgn bismillah … Langkah pertama selain kerja rumah seperti biasa sampai berpeluh ( tutup kipas atau aircorn) . Pagi ni sy mula dgn berljn 2 km sahaja kawasan rumah . Balik buka sarapan #maggicarrotsup resepi sendiri .

Para peminat Lisdawati memberikan komen tentang tip sihat selebriti ini dan mengakui Lisdawati seorang yang suka bersenam dan jogging sejak zaman anak dara lagi.

Sumber: lisdawati15

 

Published by
Azma ML