Setiap hari kalau ulang menu yang sama tentu anak-anak bosan. Mula lah drama tak nak makan dan request mama untuk masak macam-macam. Untuk elak anak mula bosan dengan menu yang mama sediakan, apa kata kalini mama masak ayam bakar black pepper yang mudah. Anak-anak pasti suka.
Selamat mencuba!
Harini saya buat ayam bakar, tabur lada hitam sikit. Macam biasa la resepi ringkas je, boleh ubah suai bahan sesuai selera ye. Boleh jugak kalau nak pakai sos kimball tu, tapi saya takde tu yang buat macam ni.
Bahan A
👉 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
👉 Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
👉 Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
👉 Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
👉 Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
👉 Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Kredit: Dani