Jika sesiapa biasa mengikuti Instagram penyanyi Black mesti sedia maklum tentang gelagat anaknya Dayyan.
Nampaknya bekas juara rancangan realiti Mentor musim ketiga, Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black memang lebih suka memberi pendedahan aktiviti luar rumah kepada anaknya Khaleef Dayyan Hanifah berbanding membiarkannya bermain dengan gajet sahaja di dalam rumah.
Dayyan yang sudah berusia 3 tahun lebih ini semakin bijak dan aktif kerana mendapat pelbagai rangsangan positif dari daddy nya.
Hasilnya memang nampak pada perkembangan Dayyan yang sentiasa berkeyakinan dengan apa yang dilakukan dan banyak belajar daripada persekitaran.
Walaupun ibu bapa muda zaman sekarang lebih percaya pada kepentingan mendedahkan anak pada pelbagai teknologi namun ternyata Black lebih percaya kecerdasan seorang anak juga boleh dirangsang dengan baik bila dibiasakan dengan alam semula jadi dan realiti persekitarannya.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine, anak yang dibiasakan melakukan aktiviti luar rumah dapat meningkatkan kemampuan otak dan prestasi akademik mereka.
Bahkan anak-anak yang dibiarkan explore dunia luar rumah juga boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka secara luas selain mengurangkan risiko masalah anak terkena rabun pada usia kecil.
Dayyan Juga Berbakat Menyanyi
Penyanyi yang memiliki suara nyaring dan tinggi ini nampaknya sekarang sudah mempunyai protege sendiri bila si cilik Dayyan mula menunjukkan bakat suka menyanyi.
Ads
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mungkin disebabkan dari bayi lagi dah biasa tengok daddy menyanyi maka Dayyan pun terpengaruh untuk mengikut apa yang dilakukan oleh daddy nya.
Black yang memuatnaik satu video bersama Dayyan dalam Instagramnya dengan kapsyen “Bila nak menyanyi yang paling penting confident mahu tinggi” telah mendapat sebanyak 169,760 view daripada netizen.
Ads
Gelagat Dayyan yang selamba menyanyi di samping Black yang bermain gitar benar-benar menciut hati netizen.
Ramai rasa terhibur dan lucu melihat gaya confident Dayyan menyanyi walapun lirik lagunya langsung tak difahami.
Dalam video tersebut Black yang sedang bermain gitar menahan gelak melihat aksi anaknya menyanyi dengan penuh keyakinan walaupun liriknya salah. Memang ramai yang ketawa melihat aksi si kecil ini.
Kanak-kanak yang berumur tiga hingga empat tahun menunjukkan tanda-tanda awal disleksia sebelum mereka mula membaca. Ini kerana disleksia boleh menjejaskan pelbagai kemahiran bahasa yang menjadi asas kepada proses pembacaan. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang anda perlu kenal pasti.
#1 BERCAKAP SEPERTI BAYI
Kanak-kanak yang disyaki mengalami disleksia akan menyebut perkataan dengan salah sebagai contoh ‘almari’ menjadi ‘lamari’. Manakala penguasaan bahasanya juga kurang daripada rakan-rakan sebayanya yang lain dan dia juga kurang bercakap. Hal ini kerana disebabkan oleh perkembangan bahasa yang tertunda.
#2 MENGALAMI MASALAH MEMANGGIL SESUATU DENGAN NAMA YANG BETUL
Si manja akan mengalami masalah untuk menterjemahkan apa yang anda katakan. Misalnya jika anda memintanya memberikan sudu, dia akan berikan sudu. Ini berlaku kerana kanak-kanak disleksia mengalami masalah untuk mengenal pasti nombor, warna dan abjad. Disleksia mempengaruhi cara otak memproses bahasa. Ini akan menyebabkan si kecil mengalami masalah untuk menamakan sesuatu objek dengan tepat.
#3 MASALAH DENGAN PERKATAAN YANG MEMPUNYAI RIMA YANG SAMA
Perkataan yang mempunyai rima yang sama seperti “papan”, “lapan”, “lipan”, memang akan menyebabkan ia dikenal pasti kanak-kanak disleksia. Mereka sukar untuk mengenal pastinya dan sering kali tertukar kerana susah untuk memecahkan perkataan kepada suku kata yang berbeza bunyinya.
#4 TIDAK MAMPU MENGIKUTI ARAHAN
Apabila anda memintanya mengambil jaket dan kasut, dia hanya akan datang membawa kasut sahaja. Kanak-kanak disleksia tidak boleh memproses arahan yang kompleks. Mereka boleh mengikuti arahan yang pendek dan ringkas serta perlu sentiasa diingatkan. Ini kerana mereka hanya menangkap arahan yang diberikan pada awal atau akhirnya sahaja.
TIDAK SEMUA MENUNJUKKAN GEJALA YANG SAMA
Namun semua kanak-kanak disleksia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan pada kanak-kanak peringkat sekolah adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.
Ibu bapa kerap menyalah tafsirkan disleksia sebagai developmental delay. Ia adalah satu stigma yang perlu diperbetulkan kerana disleksia adalah masalah yang berkaitan dengan neurological, tiada kaitan dengan IQ. Kanak-kanak disleksia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya.
PENGESANAN AWAL
Apabila ibu bapa melihat ciri-ciri yang meragukan seperti di atas, lakukan pengesanan awal dengan segera. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini serta dalam proses rangsangan.
PEMAKANAN ANAK
Amat mustahak bagi anda untuk memastikan si manja membesar dengan sihat dan ceria. Pemakanan yang seimbang sangat diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Perut dan penghadaman si manja adalah bahagian yang tidak boleh dinafikan penting agar nutrien penting yang diperlukan dapat diserap dengan baik.
Novamil ialah susu untuk membesar yang diperkaya dengan pelbagai zat dan mineral yang diperlukan untuk si manja. Novamil IT adalah susu tepung yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun yang diimport daripada Eropah. Ia diformulasi oleh para ahli farmasi, pakar pediatrik dan pakar pemakanan untuk membantu menyeimbangkan tekstur najis anak dan penghadaman oleh usus yang lancar.
Novamil IT memberikan mereka nutrien seimbang termasuk asid lemak dan 26 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan mental dan fizikal si manja. Novamil mempunyai rasa susu yang sedap tanpa tambahan sukrosa. Berikan anak anda 3 gelas Novamil IT kepada anak setiap kali menghidangkan 3 sajian utamanya.
Novamil DHA pula mempunyai tambahan DHA. Ia diperkasa dengan minyak ikan, prebiotik dan nukleotida tanpa sukrosa (gula) serta mempunyai rasa vanila yang lazat.
Novamil 1+ pula diperkuat dengan asid lemak yang penting seperti Omega 3 dan Omega 6 daripada sumber tumbuh-tumbuhan untuk membantu perkembangan mentak dan visual anak. 26 vitamin dan mineral di dalam susu ini membantu perkembangan dan tumbesarannya. Tanpa sukrosa iaitu gula adalah di baik kerana si kecil tidak mudah untuk menjadi penggemar makanan manis dan mengalami obesiti.
Jangan lupa saksikan rancangan Pa&Ma dibawakan oleh Novamil dengan episod Si Genius Disleksia di Astro Prima & Astro Maya HD pada hari Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya pada jam 9 malam. Banyak info mengenai disleksia telah kami kumpulkan untuk anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sulung pasangan selebriti popular Nabil dan Nazirah Ayub atau lebih glamor dikenali dengan panggilan Zira mempunyai dua orang anak perempuan yang comel iaitu Naira Mikayla,6 dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Baru-baru ini Zira memuat naik video gelagat anak sulungnya yang manja dengan panggilan Mika sedang mempromosikan produk bengkung milik ibunya dalam bahasa Mandarin.
Wah! memang kagum melihat kefasihan si comel ini bercakap Mandarin.
*Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap.
*Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.
Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:
Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.
Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.
*Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti harian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak.
Anak cakap pelat memang nampak comel. Sebenarnya ada cara untuk betulkan anak yang cakap pelat mengikut cara Speech Therapist. Kalau anak bercakap pelat, ia bukan sesuatu yang ‘comel’ dan lucu. Jangan disebabkan anda seronok dan merasakan si kecil kelihatan comel bercakap pelat maka anda biarkan sahaja.
Dengan harapan nanti lama-lama akan elok lah percakapannya. Menurut Puan Ruby Atika, Speech Therapist yang berpengalaman luas dalam bidang speech therapy serta mempunyai pusat terapi sendiri, pelat si kecil boleh dibetulkan jika ibu bapa berjaya mengesan apa punca anak bercakap pelat.
Kisah Pelat
Umur 4 tahun (ikut tarikh lahir, bukan ikut tahun sekolah) patutnya dah boleh cakap jelas, bercerita dan difahami oleh orang dewasa, walaupun bukan ahli keluarga dekat.
Jika masih pelat,
1) ujian pendengaran
2) mulakan speech therapy
Jika memang dah confirm, normal hearing, takde isu taik telinga keras ke, air bertakung belakang gegendang ke atau apa-apa masalah pendengaran, maka alhamdulillah.
Untuk bab speech therapy,
1) kena pastikan, adakah umur bahasanya setara dengan umur sebenar? Maksudnya, takde isu language delay.
2) Jika memang umur bahasa sesuai dengan umur (boleh bercerita, main teka teki, ayat panjang ada kata hubung, menjawab soalan ‘kenapa’ dan lain-lain) maka kena pastikan, adakah dia sedar yang dia tu pelat? Adakah dia boleh membezakan perbezaan bunyi terkecil?
tangga/mangga
satu/batu
pokok/rokok
kopi/topi
kari/sari
Perbezaan ini mesti dinilai bukan saja dalam peringkat 1 perkataan, tapi jika dalam ayat, boleh tak? Atau bila makin panjang ayat, dia makin rasa keliru?
3) Kemudian barulah nilai semua konsonan dan vokalnya dalam 3 kedudukan berbeza. Awalan, tengah dan hujung perkataan. Cth: s
maka awalan s /sabun/
tengah s /basuh/
hujung s /bas/
Adaka /s/ salah di kesemua kedudukan? atau ada yang betul? Bermakna, tidak konsisten pelatnya?
Bahagian 2, Pelat
Selepas buat analisa, maka ibu bapa patut jelas apakah masalah sebutan yang anak hadapi secara detail.
Contoh:
k jadi t (kakak disebut tatak)
s jadi c (nasi disebut naci)
b jadi m (bomba disebut mome)
ng jadi m (pisang disebut pisam)
hilang awalan konsonan (roti – oti)
dan sebagainya.
Masalah pelat sebenarnya boleh jadi:
A) Phonological disorder
B) Articulation disorder
Speech therapist (ST) akan membuat penilaian untuk benar-benar tahu, sama ada ini kes A atau B.
Secara mudahnya Articulation Disorder ialah masalah untuk sebut sebab letakkan lidah/bibir/rahang yang salah.
Tapi Phonological Disorder pula masalah bila anak memudahkan sebutan dan ciri sebutan pelat tu biasa berlaku pada kanak-kanak yang baru berkembang.
Maka buat ibu bapa yang ada anak pelat, lepas ni jika nak kata anak anda pelat, sila sebutkan analisa anda. Dan nyatakan sama ada ianya konsisten atau tidak.
Bahagian 3, Pelat
Pendekatan untuk melatih kes articulation disorder dan phonological disorder adalah berbeza. Maka sebagai speech therapist, mesti betul-betul teliti semasa penilaian, supaya tak buat kerja sia-sia.
Untuk ibu bapa, anda sepatutnya bawa anak ke ST untuk maklumat yang tepat. Sementara tunggu, ada beberapa kaedah yang anda boleh cuba jaya.
Bermakna, ini tak semestinya berjaya. Tapi boleh cuba. Speech therapy, bukan macam buku masak-memasak, ada bahan-bahan dan langkah-langkah bagai. Bergantung pada jenis masalah, tahapnya dan penerimaan individu murid yang unik.
Berdasarkan komen-komen pembaca dalam post saya sebelum ni, ramai yang pelat /k/ jadi /t/. Kakak dia sebut /tatak/.
Cara rawatan
– sebut aaaaaa……… dulu.
– pastu sebut aaaaaaka. maka dia akan jadi ata.
– tekan lidah depan dia guna kayu ais krim, sambil sebut aaaaaka.
– ulang 5x
– jarakkan kayu ais krim dari lidah, tapi masih di dalam ruang mulut anak. ulang 5x.
– jarakkan kayu ais krim dari mulut anak, tapi dia masih nampak kayu tu. sebut aka 5x.
– letak kayu ais krim dan sebut ka ka ka 5x.
Bahagian 4, Pelat
Ada pula yang pelat ng. Pisang jadi pisam. Abang jadi abam.
Maka ajak anak nyanyi lagi doremon. Ang ang ang……
Kalau dia jadi am am am juga, tunjuk cermin. Sebut sama-sama. Bagi dia nampak beza, bila kita sebut /ang/ mulut terbuka. Kalau /am/ mulut tertutup.
Dah berjaya jadi ang, maka main lawan-lawan.
Beng beng! tembak. Peng peng! Menang!
Senaraikan perkataan ng dan latih anak sebut.
Hilang, pisang, lapang, lalang, senang….
Bahagian 5, Pelat
Ramai pula ibu bapa kata anaknya pelat s.
– mulakan ajar bunyi ular ssssss…..
– kalau tak keluar bunyi, ajar tiup wisel.
– pakai cermin, tunjuk kat anak yang lidah depan mesti ke gigi bawah baru boleh keluar bunyi desir sss….
– cicah jari kelingking dgn air sedikit, letak di bibir, letak rapat di bibir bawah, rasakan angin desiran pada jari.
– dah cekap ssss….. baru ajar bas, kipas, emas, lipas. Bunyi s di hujung.
– kemudian s di tengah. basah, basuh, masak
– kemudian s di depan. sabun, sakit, suka
– seterusnya s dalam ayat. saya masak nasi.
Ingat ya, saya takkan ajar benda-benda ni jika anak belum capai umur 4 tahun. Kalau anak speech delay pun, saya akan pastikan umur bahasa dia dah mencapai 4 tahun. Baru saya ajar.