Patutlah Dayyan Anak Penyanyi Black Confident Dan Berani. Tengoklah Cara Rangsangan Yang Dia Terima

Share

Jika sesiapa biasa mengikuti Instagram penyanyi Black mesti sedia maklum tentang gelagat anaknya Dayyan.

Nampaknya bekas juara rancangan realiti Mentor musim ketiga, Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black memang lebih suka memberi pendedahan aktiviti luar rumah kepada anaknya Khaleef Dayyan Hanifah berbanding membiarkannya bermain dengan gajet sahaja di dalam rumah.

Dayyan yang sudah berusia 3 tahun lebih ini semakin bijak dan aktif kerana mendapat pelbagai rangsangan positif dari daddy nya.

Hasilnya memang nampak pada perkembangan Dayyan yang sentiasa berkeyakinan dengan apa yang dilakukan dan banyak belajar daripada persekitaran.

Walaupun ibu bapa muda zaman sekarang lebih percaya pada kepentingan mendedahkan anak pada pelbagai teknologi namun ternyata Black lebih percaya kecerdasan seorang anak juga boleh dirangsang dengan baik bila dibiasakan dengan alam semula jadi dan realiti persekitarannya.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine, anak yang dibiasakan melakukan aktiviti luar rumah dapat meningkatkan kemampuan otak dan prestasi akademik mereka.

Bahkan anak-anak yang dibiarkan explore dunia luar rumah juga boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka secara luas selain mengurangkan risiko masalah anak terkena rabun pada usia kecil.

Dayyan Juga Berbakat Menyanyi

Penyanyi yang memiliki suara nyaring dan tinggi ini nampaknya sekarang sudah mempunyai protege sendiri bila si cilik Dayyan mula menunjukkan bakat suka menyanyi.

Ke  mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mungkin disebabkan dari bayi lagi dah biasa tengok daddy menyanyi maka Dayyan pun terpengaruh untuk mengikut apa yang dilakukan oleh daddy nya.

Black yang memuatnaik satu video bersama Dayyan dalam Instagramnya dengan kapsyen “Bila nak menyanyi yang paling penting confident mahu tinggi” telah mendapat sebanyak 169,760 view daripada netizen.

Gelagat Dayyan yang selamba menyanyi di samping Black yang bermain gitar benar-benar menciut hati netizen.

Ramai rasa terhibur dan lucu melihat gaya confident Dayyan menyanyi walapun lirik lagunya langsung tak difahami.

Dalam video tersebut Black yang sedang bermain gitar menahan gelak melihat aksi anaknya menyanyi dengan penuh keyakinan walaupun liriknya salah. Memang ramai yang ketawa melihat aksi si kecil ini.

Sumber: Instagram black.hanifah

Published by
Hasnita Sawal