Patutlah Farah Lee Sangat Independent, Ini Didikan Ibu Bapanya Sejak Kecil

Share

Independent & pintar ialah ciri yang sangat terserlah pada Farah Lee. Karakter yang bersahaja dan sentiasa berdikari menjadikan ia inspirasi ibu muda kini.

Kagum dengan semangat dan cintanya kepada ilmu. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana anak kelahiran Terengganu ini dibesarkan menjadi seorang yang berdikari, tahan lasak dan pintar. Farah mengongsikannya di laman Instagram.

Dia yang memuat naik fotonya bersama ibu telah berkongsi kapsyen yang terisi bagaimana dia boleh membina sikap berdikari iaitu melalui asuhan dan didikan dari kedua-dua ibu bapanya yang tidak terlalu mengongkong.

Kalau ada tertanya, macam mana Farah boleh jadi independent, wanita ini jawapannya.

Papa Mama, tak pernah kongkong kami. Jadi kami pandai bawa diri, suka explore dan lasak heh. Still, kami adik beradik tiada masalah sosial, malah semua alhamdulillah doing well in school. Kami akan selalu discuss kalau nak apa2, Papa Mama akan advice, tapi tak paksa kami ikut keputusan mereka mahupun when they say no, it means no sentiasa.

HORMAT ANAK WALAU PUN MEREKA MASIH KECIL
Pada Farah, in relationship, trust dan toleration paling penting. Be it between parents and children, atau pun partners. Respect each other as an individual, even if they’re still kids.

Kita akan rasa dipercayai dan dihormati. Nak buat something yang tak betul pun tak berani, sebab rasa hormat pada kepercayaan yang ibu bapa/partner berikan.

KONGKONGAN MENJADIKAN SESEORANG MEMBERONTAK
Kongkongan, can cause the subject to become rebellious. Contoh kes ‘culture shock’, buat jahat senyap2 etc. Depan mak ayah malaikat yakmat nauzubillah. It’s not healthy.

So jom latih kita supaya tak jadi parents/partner yang suka mengongong. It helps others to have faith in theirselves, to have respect, to explore and to have better survival skills. #ommabebel

Para follower rata-rata menyambut baik dan bersetuju corak didikan yang diberikan oleh ibu bapa Farah.

Sumber: Farah Lee


Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD pada Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!

Published by
Azma ML