Ayden Mikael penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019 bayi yang ceria. Si kecil berkulit putih, halus dan gebu ini menjadi pujaan ramai.

Ayden Mikael Memang Ada Aura  & Bakat. Tak Takut Orang, Suka Diagah!

Kemunculan Ayden memegang watak Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda menjadikan si kecil ini mula dikenali. Lakonannya sebagai sebagai anak angkat kepada Danny lakonan Remy Ishak dan Tiara lakonan Mira Filzah dalam drama tersebut adalah titik tolak populariti anak kecil ini.

Ayden berlakon dalam lebih 300 scene dalam drama itu. Penggambaran drama 28 episod yang bermula daripada awal Oktober hingga akhir Disember 2018. Dari Ayden belum ada gigi hinggalah giginya tumbuh!

PERSONALITI EASY GOING

Mempunyai personaliti easy going, anak sulung pasangan Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar yang mempunyai darah campuran Cina, Vietnam, Cambodia, Indonesia & Portugal ini amat mudah dijaga.

Ayden Mikael Memang Ada Aura  & Bakat. Tak Takut Orang, Suka Diagah!

IKLAN

“Ayden tidak pernah meragam sejak lahir. Semasa proses berpantang, dia tidak pernah berjaga malam. Selepas ditukar lampin & menyusu, terus tidur semula,” ujar ibunya.

RAHSIA KULIT PUTIH GEBU

Selain itu, Anna juga turut berkongsi semasa hamilkan Ayden, dia turut mengalami morning sickness.  Selain itu, dia turut berkongsi amalan meminum air kelapa tanpa gula dari usia kandungan 7 bulan. Rupa-rupanya inilah rahsia kulit nampak bersih, ibu Ayden Mikael beri petua minum air kelapa!

MOMEN KELAHIRAN & PERKEMBANGAN

View this post on Instagram

Hello there

A post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on

IKLAN

Ayden dilahirkan ketika usia kehamilan ibunya 39 minggu 6 hari. Dilahirkan melalui pembedahan caesarean, sewaktu lahir si cilik ini seberat 3.18kg.

Semasa temu ramah dilakukan, Ayden sudah pun boleh menggunakan penyedut minuman. Selain itu, dia juga sudah boleh berpegang dan berpaut kepada perabot. Walau pun skip merangkak, Ayden sudah boleh mengengsot untuk bergerak.

Tidak seperti kebanyakan bayi yang mempunyai objek/ mainan kegemaran, Ayden lebih suka diagah dan berkomunikasi dengan orang sekeliling.

AYDEN SELALU DIPANGGIL IQY

IKLAN

Ayden Mikael Memang Ada Aura  & Bakat. Tak Takut Orang, Suka Diagah!

Selepas drama ditayangkan, ramai yang memanggil Ayden dengan panggilan Iqy. Ibunya mengakui selepas Ayden berlakon, ke mana-mana mesti sentiasa proper sebab ramai yang mula mengenali  Ayden. Populariti yang tidak dijangka ini menyebabkan ada yang membuka akaun palsu menggunakan nama & gambar Ayden Mikael. Hal ini menyebabkan Anna lebih berhati-hati.

Anda nak tahu lanjut mengenai Ayden Mikail, boleh dapatkan naskhah majalah Pa&Ma Mac 2019 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Lebih banyak cerita yang dikongsikan dalam ruangan Penghias Kulit, Pa&Ma Edisi Mac 2019!

Artikel berkaitan: Popular Dengan Pujaan Hati Kanda, Ayden Mikael Mix 5 Bangsa. Patutlah Comel & Putih Gebu!

Sumber: Majalah Pa&Ma & aydenmikael_mz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI