Tengok keletah comel Maryam pasti ramai yang geram. Mana tidaknya dia sentiasa cool bila jumpa dengan orang dan tak banyak kerenah.
Mawar akui ramai yang bertanyakan macam mana dia ajar Maryam supaya sentiasa relax dan mudah diurus.
“Tiada apa-apa rahsia pun cuma sejak dalam kandungan lagi Mawar dah rangsang Maryam dengan selalu bercakap dengannya seolah-olah dia ada di depan mata.
Ads
“Kita bercakap hari-hari dengannya dan baby pun dah kenal suara ibu. Cakap je yang baik-baik dan hasilnya memang sangat berkesan. Saya tengok Maryam sejak mula-mula dia keluar hinggalah sekarang memang sangat mudah diurus,” katanya di ruangan ig storynya.
Lagi satu rahsia yang Mawar buat pada anaknya adalah sentiasa panggil Maryam ‘Good Girl’. Ia ibarat doa dari mulut seorang ibu.
Ads
Sebab tu kalau Mawar balik kampung atau pergi mana-mana sekalipun tanpa Fizo, tiada masalah nak bawa Maryam berseorangan.
Ads
Jadi mana-mana ibu pun boleh buat cara macam ni. Tak kisahlah nak panggil good girl atau good boy ke, anak soleh atau apa saja gelaran yang baik untuk anak.
Didikan awal sebenarnya penting untuk membentuk keperibadian anak sejak dari kecil kerana ia adalah harta yang sangat bernilai buat semua yang bergelar ibu bapa.
Sumber: Mawar Karim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menangis itu normal. Tapi bila semua dah dicheck dah kenyang, dah tukar lampin, suhu okay, peluk pun tak nak… tetap juga menangis setiap hari tanpa sebab jelas. Masa ni lah ramai ibu mula terdengar-dengar suara orang tua-tua:
“Cuba semak nama anak tu… takut tak serasi”
Tapi betul ke nama boleh buat anak tak tenteram? Atau ini sekadar mitos orang dulu-dulu?
Dalam masyarakat Melayu lama, nama bukan hanya sekadar sebutan untuk memanggil anak. Ia adalah doa, harapan dan getaran hidup yang akan menemani anak itu sepanjang usia. Sebab tu, orang tua-tua sangat berhati-hati dalam memilih nama. Bukan main letak yang sedap di telinga saja — tapi diteliti makna, disebut berkali-kali, dan kadang kala dirujuk pada ustaz, tok guru, malah melalui mimpi atau petunjuk rohani.
Mereka percaya, setiap nama membawa “berat” dan “jiwa” tertentu. Ada nama yang lembut, menenangkan… ada nama yang berat, kuat — tapi mungkin tak sesuai dengan sesetengah bayi yang baru lahir dan masih belum cukup “kuat” untuk memikul maknanya.
Pernah dengar cerita bayi yang asyik menangis, tak mahu tidur malam dan sering sakit… tapi selepas nama ditukar, terus tenang dan ceria? Dalam kepercayaan tradisional, ini bukan kebetulan. Ia tanda nama asal mungkin tidak serasi dengan “energi” anak, dan apabila nama yang lebih sesuai dipilih, barulah bayi lebih selesa dan mudah dijaga.
Boleh Ke Tukar Nama Anak Kalau Rasa Tak Serasi?
Jawapannya, boleh dan tiada salahnya. Dalam Islam, menukar nama dibenarkan selagi ia membawa maksud yang baik dan tidak bertentangan dengan syariat. Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menukar nama beberapa sahabat yang mempunyai maksud yang tidak elok kepada nama-nama yang lebih positif dan indah, sebagai simbol perubahan dan harapan yang lebih baik.
Kadangkala, cukup sekadar menambah satu nama yang lebih ringan atau lembut seperti Muhammad, Ahmad, Nur, Aisyah, Yusuf, atau Hana untuk memberikan keseimbangan pada nama yang asal. Penambahan nama ini boleh menjadi satu bentuk doa baru agar anak lebih tenang, sihat dan membesar dengan baik.
Kadang-kadang kita tak faham semua perkara dengan logik. Tapi sebagai ibu bapa, intuisi dan naluri itu juga anugerah dari Allah. Kalau rasa nama yang diberi kurang serasi, tak salah untuk semak dan ubah, asalkan ia dilakukan dengan niat yang baik dan penuh kasih sayang.
Yang penting, kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk si kecil… kerana apa pun namanya, doa dan kasih ibu bapa adalah pelindung paling kuat buat anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bekerja menyusukan baby kali pertama tertanya macam mana cara nak perkenalkan botol susu pada anak?
Ramai ibu rasa risau bayi akan menolak susu ibu yang diberi menggunakan botol susu ketika mereka kembali bekerja. Makanya ramai ambil keputusan memperkenalkan botol susu secepat mungkin lepas melahirkan bayi.
Menurut Kaunselor Laktasi, Ziela Juzaila nak perkenalkan botol susu pada baby ada seninya. Paling penting ELAK daripada perkenalkan terlalu awal dan dilakukan oleh ibu sendiri. Baca tips yang beliau kogsikan ini.
KETIKA KALI PERTAMA SAYA PERKENALKAN BOTOL SUSU
1. Sepanjang dalam pantang hanya direct feeding. Saya mahu baby create memory bahawa susu hanya boleh diperolehi daripada habitat asalnya. Diperkenalkan awal biasanya mudah saja baby menerima kerana flow botol laju dan baby tidak perlu stimulate sepertimana direct feeding dan saya tidak mahu memory baby dicampur adukkan. Kejap botol kejap direct, kejap botol kejap direct kecelaruan boleh berlaku dan saya tidak mahu ia berlaku. Itu sebab saya perkenalkan botol kurang seminggu sebelum kembali bekerja. Dan walaupun pernah berjauhan dengan anak 8 malam tetapi kembali bersama anak, anak tidak menolak direct feeding.
2. Perkenalkan di tempat yang asing bagi baby.Rumah yang tidak biasa dirasa suasana kelilingnya. Dalam suasana yang meriah biasanya ketika adik beradik berkumpul ramai2. Pernah juga, ada anak yang saya dapatkan bantuan pengasuh melatihnya sebelum kembali bekerja. Dengan 1-2 sesi sehari dalam tempoh 2-3 hari. Ini lebih mudah bagi saya kerana baby merasa suasana rumah yang betul2 asing bagi baby. Sudah tentu berbincang awal dengan pengasuh agar ada persefahaman .
3. Guna susu perahan fresh. Ini pada saya sangat penting sebab selama direct feeding baby dapat susu fresh saja. Jadi, apabila kali pertama diperkenalkan botol susu maka wajarlah pada saya susu fresh yang diberikan. Kenapa? Sebab saya mahu baby menerima botol susu bukan mahu baby menerima susu perahan. Susu perahan chilled dan frozen berbeza.
4. Diberikan oleh orang lain. Orang yang jarang didengar suaranya. Supaya baby tahu bahawa habitat asalnya tiada disisi dan baby perlu minum susu perahan dari puting tiruan. Saya akan melihat dari jauh saja. Baby kita bijak jangan under estimate. Bau kita berkilo-kilometer boleh dihidunya.
5. Guna teat newborn, apa saja jenis teat. Memang akan guna teat biasa yang dijual di kebanyakkan kedai. Memang tidak memikirkan adakah perlu selembut puting original dan tidak memikirkan baby akan menolaknya. Kerana yakin baby perlu dilatih dan saya perlu melatih tanpa mengalah.
6. Berikan susu perahan ketika kali pertama adalah untuk melatih baby menyedut dan menelan. Proses melatih memang memakan masa. Maka sabarlah melatih. Keadaan menyedut semasa direct feeding tidak sama ketika bottle feeding. Untuk menghabiskan pasti memakan masa. 2oz perlu 15minit untuk dihabiskan atau lebih.
7. Susu perahan diberikan dengan posisi paced feeding. Posisi dimana bayi dipeluk rapat ke tubuh yang bersedia untuk melatih baby. Keadaan seolah-olah baby hampir tegak. Tujuannya supaya susu dari botol tidak mengikut graviti dan teat botol susu yang mudah keluarkan susu dapat dikawal alirannya. Juga supaya baby lebih mudah dibantu jika tersedak.
8. Yakin. Saya yakin baby boleh terima susu perahan menggunakan botol susu. Kerisauan, tidak yakin boleh dirasai oleh baby. Biasa bila akan kembali bekerja, baby dapat merasa akan ditinggalkan sementara, baby meragam lain macam. Jadi, dengan melatih baby menyusu menggunakan botol kurang seminggu sebelum kembali bekerja meletakkan keyakinan saya diparas paling tinggi. Bukan over confident.
9. Saya berterus terang kepada pengasuh bahawa baby masih dalam proses menerima susu perahan menggunakan botol susu. Maka saya akan meminta pengasuh dapat bersabar memberikan susu yang akan mengambil masa yang panjang untuk baby habiskan. Biasanya akan mengambil 3-4 hari dan syukur alhamdulillah. Selama ada anak dan dijagai oleh pengasuh, Allah kurniakan pengasuh yang faham dan akur dengan apa yang saya aturkan.
10. Educate pengasuh cara kendalikan susu dengan corak penyusuan baby sesuai dengan waktu baby menyusu, waktu baby bermain dan waktu baby tidur. Selalu berbual sambil menyelit sedikit info tentang penyusuan. Bercerita betapa saya gigih memerah sewaktu bekerja untuk mencukupkan demand anak. Permudahkan urusan pengasuh untuk memberikan susu perahan guna botol dan saya tidak membekalkan susu frozen ke rumah pengasuh.
11. Educate juga orang keliling bahawa pemberian susu perahan guna botol saya yang tentukan. Menyusukan anak direct feeding berbeza kerana direct feeding on demand terpulang pada kehendak baby tetapi pemberian susu perahan menggunakan botol saya yang aturkan. 2oz sekali feeding dengan kekerapan antara sejam hingga sejam setengah sekali minum. Apabila sudah habis disusukan, baby saya perlu diangkat dibawa bermain dan saya tidak mahu bayi saya dibaringkan selepas menyusu botol. Apabila baby dibawa bermain didukung dibawa melihat keluar baby saya seronok.
12. Fitrah baby memang suka mengempeng. Apabila susu sudah habis 2oz dinyonyotnya lagi puting botol itu perlukan skill pengasuh untuk melekakannya. Peraturan saya tiada puting kosong untuk melekakannya. Baby semakin membesar makin suka bermain. Jadi, memang pengasuh anak saya faham perkara ini.
13. Berdoa meminta padaNya. Inilah yang paling utama. Kita mengadap bayi manusia yang penuh emosi. Kita mengadap pengasuh yang punyai tanggungjawab pada keluarganya. Saya yakin apabila kita meminta bantuan orang, hanya Allah yang mampu menggerakkan jiwa orang tersebut. Doa kepada pengasuh anak2 memang ada setiap solat, saya yakin apabila mendoakan orang pasti Allah berikan apa yang saya perlukan.
Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya susukan anak2 dengan susu ibu. Kejayaan melatih bergantung pada masing-masing 🙂
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan kembar Zizie Ezzette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang dah berusia 3 bulan kini menjadi tumpuan peminat ibunya kerana kecomelan mereka berdua.
Menerusi instagram Zizie Ezette, dia telah berkongsikan gambar anak kembarnya yang masing-masing mempunyai berat 7 kilogram dan 6.9 kilogram sehingga mendapat pelbagai pertanyaan di ruangan komen.
Bukan setakat badan je yang bersemangat, tapi kegebuan mereka berdua pun buatkan semua netizen geram.
Melalui satu posting di ignya juga, Zizie turut menyatakan kedua-dua anaknya masih menyusu badan.
Jadi segala teka-teki dari peminat dah terjawab. Sebabnya ramai juga yang ingatkan Zizie memberikan susu formula pada kembarnya.
Tak mustahillah kembar Zizie ni bam bam sebab memang dapat nutrisi yang cukup. Semoga kedua-duanya membesar dengan sihat.
Terdahulu sebelum melahirkan pasangan kembar pada 29 Disember lalu, Zizie telah pun mengambil dua anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: instagram zizie ezette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!