Tengok keletah comel Maryam pasti ramai yang geram. Mana tidaknya dia sentiasa cool bila jumpa dengan orang dan tak banyak kerenah.
Mawar akui ramai yang bertanyakan macam mana dia ajar Maryam supaya sentiasa relax dan mudah diurus.
“Tiada apa-apa rahsia pun cuma sejak dalam kandungan lagi Mawar dah rangsang Maryam dengan selalu bercakap dengannya seolah-olah dia ada di depan mata.
“Kita bercakap hari-hari dengannya dan baby pun dah kenal suara ibu. Cakap je yang baik-baik dan hasilnya memang sangat berkesan. Saya tengok Maryam sejak mula-mula dia keluar hinggalah sekarang memang sangat mudah diurus,” katanya di ruangan ig storynya.
Lagi satu rahsia yang Mawar buat pada anaknya adalah sentiasa panggil Maryam ‘Good Girl’. Ia ibarat doa dari mulut seorang ibu.
Sebab tu kalau Mawar balik kampung atau pergi mana-mana sekalipun tanpa Fizo, tiada masalah nak bawa Maryam berseorangan.
Jadi mana-mana ibu pun boleh buat cara macam ni. Tak kisahlah nak panggil good girl atau good boy ke, anak soleh atau apa saja gelaran yang baik untuk anak.
Didikan awal sebenarnya penting untuk membentuk keperibadian anak sejak dari kecil kerana ia adalah harta yang sangat bernilai buat semua yang bergelar ibu bapa.
Sumber: Mawar Karim