Patutlah Penginapan Homestay Best! Antaranya Murah Dan Ada Kolam Renang Untuk Anak-Anak Main Air!

Share

Apabila merancang nak pergi bercuti, perkara yang mesti ada mestilah penginapan yang menyediakan kolam renang. Wajib ada jika tidak tentu percutian menjadi hambar.  Selain hotel, kini terdapat homestay yang menyediakan kemudahan kolam.

Apa yang pasti homestay juga memiliki keunikkan yang tersendiri. Berikut kelebihan menginap di homestay

1.Murah

Secara purata harga yang tawarakan berpatutan antara harga bermula RM150 . Lebih menarik anda dapat membawa ahli keluarga yang ramai (bergantung kepada bilik )dan kos penginapan dapat dikongsi dengan ahli keluarga yang lain. Memang jimat!

  1. Dekorasi sederhana dan unik

Dekorasi yang unik dan sederhana. Umpana seakan berada di rumah sendiri. Ia akan membuatkan anda dan keluarga selesa semasa menginap di sini. Memang

tinggal di homestay memberikan pengalaman yang berbeza berbanding menginap di hotel

  1. Persekitaran aman damai

Bayangkan bangun pagi dapat menghirup udara segar. Rasa damai sangat! Kini banyak homestay yang menyediakan konsep percutian ala kampung dan kekeluargan. Percutian sebegini akan mencetuskan rasa tenang dan  damai.

  1. Aktiviti bersama keluarga

Selain anak-anak bermain air, ahli keluarga dapat mengeratkan silatulrahim melalui acara BBQ, sukaneka dan aktiviti keluargaan lain. Oleh itu, kebanyakkan yang menginap di homestay akan mengadakan family day dan sambutan hari jadi.

  1. Kemudahan lain

Sebagaimana hotel, homestay juga menyediakan kemudahan seperti bilik yang lengakap  dengan penghawa dingin, TV, Internet dan perkhidmatan seperti catering, peti ais dan mandian pemanas air.

Ingin mencuba homestay untuk cuti-cuti bersama anak-anak. Berikut antara homestay di Malaysia yang anda boleh menginap bersama keluarga. Murah dan selesa!

1.RUMAHKEBUN, HULU LANGAT, SELANGOR

Tentu ahli keluarga anda teruja dapat melihat pemandangan menghijau pokok-pokok dan kolam renang yang menggunakan air yang disalirkan dari sungai. Wow tentu rasa segar dan sejuk!

Lokasi: Kg Sg Semungkis (Batu 14), 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Facebook: RumahKebun

2.VILLA JDT, JOHOR

Bagi yang bercuti ke Johor, boleh singgah ke homestay ini. Memang rasa seakan berada di rumah. Paling best berdekatan dengan taman tema dan pusat membeli belah. Anak-anak memang seronok main air di kolam renang yang disediakan berdekatan dengan rumah penginapan.

Lokasi: Terletak di Taman Putri, Kulai, Johor berdekatan JPO, dan mudah nak ke Legoland, Forest City, Danga Bay dan Singapura.

Facebook: Villa JDT

3.HOMESTAY PENGKALAN BALAK MELAKA, MELAKA

Memurah harga homestay ini yang menyediakan konsep rumah kampung. Malah berdekatan dengan pantai dan pemandangan suasana kampung. Kolam renang pula berdekatan dengan rumah penginapan. Tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak.

Lokasi terletak di Pengkalan Balak (62.15 mi), Kampong Masjid Tanah, Melaka, Malaysia 78300.

4.HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT, LANGKAWI

Rindu kampung halaman, suasana damai dan tenang dan ingian merasai pengalaman duduk kampung di rumah kayu, tepi bendang atau dekat dengan laut. Semuanya ada di homestay di sini. Paling best berdekatan dengan pantai chenang. Kolam renangnya memang terbaik! Petang-petang layan anak mandi kolam  dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Facebook: Homestay Kampung Tok Lembut

5.ARISHAA HOMESTAY KELANTAN

Jika bercuti ke kelantan, jom menginap di homestay ini.  Memang terasa berada di rumah sendiri. Biarpun dekorasi sederhana tetapi anda tetap selesa untuk membawa anak-anak bercuti di sini. Anak-anak boleh bermain di kolam renang dengan ditemani oleh ibu bapa.

Facebook: Arishaa Homestay Kelantan

Published by
Nor Yusoff