Patutlah Sedap Betul, Ni Rahsia Peria Goreng Crispy Ala Mamak Kekal Rangup & Sedap!

Share

Setiap kali makan nasi kandar atau ke restoran mamak, sayur peria goreng crispy tidak pernah ditinggalkan. Sedap dan rangup.

Rupanya hendak menyediakan peria goreng ini agar tidak lembik dan kekal rangup ada caranya. Perkongsian resipi Sheena Supramaniam ini mama kena cuba.

Kalau ke mamak nasi kandar, mesti ada peria goreng yang rangup dan crispy ni. Giler layan. Lepas ni kalau teringin boleh buat sendiri kat rumah.

Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
1 1/2 sudu kecil kunyit
1 1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung beras

1. Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.

2. Masukkan garam dan gaul.

3. Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.

4. Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.

5. Sediakan minyak yang banyak. Setkan api kecil hingga minyak betul-betul panas.

6. Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.

7. Ikut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.

8. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Sheena Supramaniam

Published by
SRM