“Amboi…sekarang ni dah pandai cakap menjerit-jerit ya dia,” tengking Julia pada anaknya yang baru berusia 3 tahun.
Bila kena tengking tak kira sama ada budak kecil atau orang dewasa mesti akan beri kesan pada emosi mereka.
Mungkin kalau orang dewasa yang ditengking, mereka boleh mempertahankan diri sendiri dengan memberi penjelasan tetapi bayangkan kalau anak kecil yang ditengking oleh ibu ayah.
Tentu sahaja si kecil rasa sedih dan merasakan ibu atau ayah sudah tidak sayangkan mereka lagi. Kesannya sangat buruk kepada perkembangan diri anak.
Seorang ibu Hidayah Azir berkongsikan kesan buruk yang akan berlaku pada diri anak-anak yang selalu ditengking.
Pagi ni, ummi nak kongsi 5 Kesan Buruk menengking anak. Actually, ni peringatan untuk diri ummi juga yg kerap kali terbabas.
1. Kurang percaya diri
Anak suka menyendiri, kurang keyakinan diri dan tidak gemar bergaul atau bersosial.
2. Mudah dan cepat stress
Berada dalam mood stres membuatkan anak lambat faham arahan dan kerap berada dalam moood negatif. COntonya muda tantreum
3. Ganggu perkembangan sel otak
Pada usia golden age ini, suara keras dan tengkingan ibu bapa akan mengganggu perkembanganpositif sel otak anak.
4. Kesihatan anak mungkin terjejas
Boleh mendatangkan kemurungan kepada anak. Anak juga mungkin mengalami gangguan kesihatan mental, pendengaran dan lain-lain.
5. Meniru sikap yang sama
Mereka berpotensi suka menjerit, kasar dalam pergaulan, mudah dan sukar kaal emosi serta kasar dalam pergaulan.
Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin menjelaskan bahawa anak adalah amanah Allah kepada ibu bapanya.
Hatinya masih suci bagaikan acuan asli yang masih bersih daripada segala corak dan warna. Jika dibiasakan dan dibina untuk menjadi baik maka ia akan menjadi baik.
Ibu bapa, para guru dan pendidiknya pun akan menuai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Namun, sebaliknya, bila dibiasakan terhadap keburukan, maka buruklah jadinya.
Imam Al Ghazali menambah lagi dalam kitabnya, ‘Ayyuha Al Walad dengan membuat perumpamaan pendidikan/pelajaran/contoh kepada anak anak adalah seperti seorang peladang yang membersih rumput rumpai, lalang dan sebagainya yang tumbuh di celah-celah pokok yang ditanam.
Perkara itu haruslah selalu dilakukan supaya tanaman mampu tumbuh subur.
Sumber: Hijab B Enam Puluh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI