Berkongsi barang merupakan antara perkara yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak awal usia terutama anak bermula usia tiga tahun. Kanak-kanak pada tahap ini berada pada fasa perkembangan egocenterik iaitu mula mengenali diri sebagai individu dengan menganggap semua barang adalah hak miliknya.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi membantu mengurangkan perasaan egocentric ini.

IKLAN

Patutlah Susah Suruh Anak Kongsi Barang. Rupanya Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat
1.Jadi teladan kepada kanak kanak
Anak awal usia banyak belajar melalui peniruan. Sentiasa gunakan perkataan “berkongsi” seperti mama nak berkongsi biskut dengan adiklah, boleh adik kongsi air dengan mama.” Biar anak faham maksud berkongsi melalui perbuatan yang kita tunjukkan. Apabila anak berkongsi, jangan lupa beri pujian atau penghargaan seperti ucapan ‘terima kasih”, “sayang anak mama” dan sebagainya lagi. Pujian dan penghargaan ini menyebabkan si kecil berasa serasa seronok untuk mengulang lagi tingkahlaku yang sama. Lama-kelamaan akan mula berkongsi secara semulajadi tanpa perlu di suruh.
2.Pegang dan pulangkan semula
Lakukan proto-sharing iaitu boleh menunjukkan barang mainan pada orang lain, biarkan orang lain memegangnya tapi meminta semula barang tersebut. Ia seakan meminjam barang seketika. Sebenarnya proto sharing boleh dianggap sebagai langkah permulaan kanak-kanak berkongsi. Jadi galakkan juga tingkah laku ini berlaku. Misalnya si ibu boleh berkata pada sikecil dengan ayat seperti “Cantiknya kereta Anas, boleh tak tunjukkan pada Amin”. Kemudian apabila Anas mula bermain dengan mainan yang lain, minta Anas berikan kereta mainannya pada Amin dan jangan lupa untuk memuji tingkah laku Anas tersebut.
3.Tunggu giliran
Turn taking adalah salah satu cara yang berkesan untuk menggalakkan anak belajar berkongsi barang dengan kanak-kanak lain. Sentiasa mengamalkan turn taking atau tunggu giliran semasa anak berada di rumah supaya menjadi satu tabiat pada si kecil anda. Misalnya anda boleh meminta si kecil anda memeluk anak patung kesayangannya. Kemudian berkata sekarang giliran mama pula memeluk teady bear tersebut. Aktiviti giliran seperti ini akan menyebab anak kecil berasa walaupun memberikan barang kepada orang lain, mereka masih berpeluang untuk mendapatkan semula barang atau mainan tersebut.
4.Minta izin
Hormati barang mainan atau barang kesayangan si kecil anda. Biasakan meminta izin pada anak anda sebelum mengambil barang atau mainannya dan beri peluang mengatakan tidak. Pastikan juga anak lain atau kawan kawan yang menggunakan barangan si kecil anda menjaganya dengan baik apabila dipinjamkan dan sentiasa meminta kebenaran dan juga mengucapkan terima kasih.
5.Had masa bermain
Kaedah Time It boleh menghadkan tempoh masa bermain sesuatu mainan pada si kecil dengan memberi tahu bahawa hanya boleh bermain dengan mainan tersebut selamat 10 minit. Selepas itu giliran kakak atau kawan lain pula bermain dengan mainan tersebut. Si kecil mungkin tidak memahami maksud lama masa 10 minit atau 20 minit. Jadi sediakan timer atau jam loceng yang akan berbunyi bila had masa yang ditetapkan telah tamat.
6.Libatkan kerja amal
Bila ada peluang atau kesempatan, cuba libatkan anak kecil anda dengan kerja kerja amal. Cuba libatkan dalam kerja mengumpulkan barangan untuk sedekahkkan kepada rumah amal atau pada kanak-kanak lain yang lebih memerlukan. Dalam masa yang sama ceritakan padanya tentang bagaimana dapat menghiburkan hati orang lain dengan berkongsi atau memberikan mainan yang sudah tidak digunakan lagi pada kanak-kanak lain.

IKLAN
IKLAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI