Yusoff Al Qardawi tak maragam semasa ikut serta mamanya, Datin Sri Nur Shahida Abdul Rashid mengerjakan umrah. Ramai yang kagum dengan telatah anak kecil ini yang tidak menangis mahu pun mengamuk. Rupa-rupanya ini yang dilakukan oleh ibunya terlebih dahulu sebagai persediaan.
Sudah tentu ibu Yusoff ingin merebut peluang melakukan solat berjemaah lebih kerap sepanjang berada di tanah suci.
Datin Sri Shahida Abdul Rashid berkongsi tip caranya melatih Yusoff. Sebelum ini, rupa-rupanya dia telah membiasakan Yusoff untuk mengikutnya solat berjemaah di masjid, lama- kelamaan bayi penghias kulit Pa&Ma edisi November ini terbiasa untuk terbaring disisi ibunya sehingga selesai solat.
Selain itu, beliau juga memastikan Yusoff kenyang dan mendapat tidur yang cukup.
shahidadherbs Ramai tanya mcm mana bawa baby @yusoffalqardawi waktu umrah….waktu solat mcm mana dia x nangis ke?
.
1-2 bulan sebelum umrah saya biasakan yusoff ikut saya solat di masjid waktu subuh…supaya dia terbiasa……mula2 dia nangis2 juga waktu mula2 ajar tu sbb orang x ambik dia,dari sehari ke sehari dia dah boleh faham time solat dia akan baring kat situ sampai habis solat…..kadang2 dia pula yg sengih2 kat kita time kita tgh solat tu….
.
Alhamdulillah kat sini belum lagi sekalipun yusoff meragam time solat…….yg penting sebelum solat bagi dia cukup tidur cukup susu..Insya Allah selamat kita
Para follower memuji Datin Sri Shahida yang bijak melatih Yusoff dari awal. Selain itu, rata-rata memuji betapa baiknya Yusoff yang tidak pernah meragam saat ibunya beribadah.
DATIN SRI SHAHIDA KONGSI TIP BAWA ANAK YANG AKTIF & LASAK
PERSEDIAAN YANG CUKUP
YUSUF ANAK YANG BAIK
IBU YANG GIGIH
PANDAI KENDALI SITUASI
Sumber: shahidadherbs
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI