Ramai suami yang merungut isterinya sangat cerewet. Balik rumah je membebel, itu lah, ini lah. Serba tidak kena dibuatnya. Tapi perasan tak suami-suami sekalian, isteri yang cerewet ini banyak juga manfaatnya.
Isteri cerewet hidup suami lebih sihat
Isteri yang cerewet boleh membuatkan suami hidup lebih sihat. Macamana ya? Ada satu kajian yang dibuat oleh researchers, mereka mendapat data dari sumber National Social Life, Health, and Aging Project untuk meneliti hubungan pasangan suami isteri dari sudut kualiti kesihatan mereka.
Kajian ini dibuat terhadap lebih dari 1200 pasangan suami isteri yang telah menikah lebih daripada 5 tahun dan responden berusia 57 hingga 85 tahun.
Daripada jumlah tersebut, seramai 389 responden mengalami diabetes. Fakta yang mengejutkan dari seorang Professor Sosiologi, Michigan State Universiti, Dr Hui Liu menemukan bahawa suami yang memiliki isteri yang cerewet ternyata lebih sihat dan terhindar dari penyakit diabetes. Jika yang menghidap diabetes sekalipun, ia masih boleh dikawal dan tidak kritikal.
Ini ternyata isteri yang cerewet terutama dari segi pengambilan makanan, ia sedikit sebanyak dapat membantu suami untuk menjaga tahap kesihatannya. Jikalau isteri tidak cerewet, dia akan biarkan suaminya nak makan apa, nak minum apa. Sedar-sedar kadar gula suami sudah terlalu tinggi, dan ini lebih memudaratkan.
Kebanyakan suami tidak begitu mengendahkan tentang pemakanan mereka, tambahan pula jika suami itu pula seorang yang kuat merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Dalam situasi ini, isteri sangat berperanan untuk cerewet dengan suaminya, demi menjaga kesihatan suami dan mudah-mudahan umur suami lebih panjang, in shaa Allah.
Bebelan isteri buktinya sayang suami
Menurut Dr Karen Ruskin, seorang Therapist kekeluargaan, beliau berkata bebelan isteri sebenarnya belum tentu menjadi tanda ketidakbahagiaan. Bahkan kata beliau, bebelan daripada isteri yang cerewet sebenarnya itu merupakan bukti yang dia sayangkan suaminya.
Oleh sebab itu, bagi suami yang mempunyai isteri yang cerewet, terutama cerewet dalam bab pemakanan, bab ibadat, bab-bab kebaikan, saya melihat ia sebagai suatu perkara yang baik untuk suami. Ia membantu mendisiplinkan suami dan dapat memanjangkan umur suami dengan izin Allah. Bersyukurlah….
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI