Geram tengok pau yang gebu dan lembut kan?. Nak buat sendiri rasa tak yakin. Dalam fikiran selalu fikir, nak makan beli je lah senang. Tak payah fikir nak uli semua tu. Cumanya jika beli mungkin kosnya banyak juga jika anak-anak jenis yang suka makan.

Apa kata bagi anda yang pertama kali teringin nak cuba, guna resipi Acu Kuzent ni. Resepinya ringkas dan bagi yang tak pernah buat, ia cukup mudah.

RESIPI MENARIK [Sambal Nasi Lemak Padu, Tumis Lama-Lama, Sedapnya Lain Macam]

Inti untuk pau terpulang pada citarasa masing-masing. Jika suka kacang merah atau kaya, boleh beli inti yang dah siap jual di kedai bakeri. Sekiranya anak suka inti kari ayam atau sardin, masak je seperti kita buat inti karipap.

Pau Kacang Merah Gebu. Sejuk Pun Masih Lembut, Senang Step Nak Buatnya! 

Pau kacang merah versi pink colour

IKLAN

Bahan-bahan:
250 g tepung gandum( nak guna tepung pau pun boleh)
1/2 camca gula pasir
1 camca susu pekat
1 camca yis
1/2 camca shortening pau
1/4 camca pelembut roti
Air ais agak agak uli ( lebih kurang 1 cawan ) hakak buh skit skit..

Cara-cara:

*** Masuk semua bahan uli, air tu masukan skit skit.. uli sampai jadi doh…lepas uli letak minyak di tapak tangan supaya tak lekat untuk timbang doh…timbang 30g

Pau Kacang Merah Gebu. Sejuk Pun Masih Lembut, Senang Step Nak Buatnya! 

IKLAN

Lepas tu letak la inti ikut kesukaan ….(inti kacang, kaya, ayam). Lepas tu rehatkan 5 minit. Panaskan air kukus hakak guna letrik sat ja.

Kukus 3-5 minit sahaja.Penutup kukus balut la dengan kain untuk elak air kukus jatuh atas pau. Kukus jangan lama. Kalau lama pau ampa redot sebelum usia.

Pau Kacang Merah Gebu. Sejuk Pun Masih Lembut, Senang Step Nak Buatnya! 

IKLAN

*** Kalau tak ada shortening boleh ganti butter/marjerin. Pelembut roti kalau susah nak cari tak payah letak pun tak apa. Tapi tak selembut sutera la…cuma lembut sahaja ja…

Selamat mencuba!

LAGI RESIPI MENARIK [Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade. Makan Sejuk, Terasa Nikmat Coklatnya!]

Kredit Resepi : acu kuzent

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI