Keletah si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang kini berusia dua tahun seringkali menarik perhatian kita.
Ada sahaja gelagat dan aksi comel Fatima yang sememangnya petah berkata-kata dikongsikan oleh ibunya di Insta Story.
Menerusi Instagram keluarga kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura turut memuat naik video Fatima yang kini sudah pandai meminta dibelikan mainan kepada bapanya.
Menurut Fazura, anak kecil kesayangannya itu berjaya mendapatkan barangan kesukaannya yang dipilih sendiri di gedung mainan.
“Upacara pow daddy for toys berjaya dengan cemerlang semalam.
“Masuk je kereta dia kata “daddy, Nyamma nak beli toys”. Kitorang semua terkejut dia cakap macam tu.
“Daddy kata Nyamma dah banyak toys no need to buy la ok?
“Dia pun kata “ok”. Habis je makan, dia minta lagi “Nyamma nak jalan beli toys”. Nasib la awakkk @fattahaminz,” tulis Fazura berseloroh.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan pelakon cantik manis ini, ternyata Fatima begitu fokus memilih mainan yang menarik perhatiannya.
Fatima terlebih dahulu memilih beg bewarna merah jambu dan terus menggalasnya ketika memilih mainan.
Tidak hanya beriya memilih mainan kesukaan, bahkan Fatima juga mahu membawa sendiri mainan kesukaannya biar pun terpaksa menggalas bebanan yang berat. Bersungguh Fatima!
Rata-rata peminat anak kecil itu begitu terhibur melihat langkah Fatima yang laju dan begitu teruja melihat deretan mainan di hadapannya.
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!