Menyusukan bayi sehingga usia mereka dua tahun bukan satu tugas yang enteng untuk seorang ibu. Akan ada berbagai masalah dan dugaan yang perlu dilalui ketika tempoh tersebut. Antaranya adalah bengkak susu.
Bengkak susu terjadi apabila payudara mengeras namun susu yang dihasilkan tidak terlalu banyak atau hanya keluar sedikit sahaja. Dari situ bermulalah masalah susu ibu yang kurang malah payudara anda menjadi sakit dan membengkak.
Kita sering dimomokkan dengan pelbagai petua dalam mengurangkan masalah bengkak payudara ini, salah satu darinya adalah dengan menggunakan kubis bagi mengurangkan sakit bengkak pada payudara itu. ikuti perkongsian dari Dr Muhammad Izzat:
“Payu dara bengkak susu ( breast engorgement ). Apa nak buat? Boleh guna Kobis tak Dr?“
Tengok balik teknik penyusuan, tanya misi atau doktor semula.
Selalu perah susu. Walaupun baby da kenyang. Perah dan simpan. Selalu buat. Jangan lupa.
Sebelum bengkak susu terjadi nak kena buat siap-siap
Semua benda tak kena sebab buah dada bengkak dan sakit. Boleh try guna kobis.
1. ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih
2. masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
3. letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit.
4. Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.
Kalau makin sakit , atau breast makin bengkak, merah menyala, atau ibu demam, cepat-cepat jumpa Dr. Nak kena periksa. Jangan leka nanti boleh ada jangkitan kuman ( mastitis ) atau bernanah ( abscess )
Lupa nak cakap, kobis lepas letak kat dada tu sila lah buang. Jangan guna semula untuk buat masak lemak kobis atau ulam plak
Selain itu, Dr Muhammad Izzat juga ada berkongsi beberapa tip untuk ibu-ibu yang menyusu
Tips untuk ibu-ibu yang menyusu badan:
JANGAN
1) spray perfume kat dada
2) pakai bedak atau pewangi pada dada
3) lumur apa-apa cream atau lotion pada dada
4) pakai apa-apa sahaja bahan yang berbau pada dada
Bahan-bahan kat atas ni akan ganggu deria bau baby. Dia tak seronok lagi nak menyusu macam biasa
Baby suka bau asal maknya. Walaupun si suami asyik komplen “awak ni berbau susu la”
Sumber: Muhammad Izzat
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI