Payudara Dibiarkan Penuh Tanpa Diperah Atau Dihisap Bayi Musuh Nombor 1 Ibu Menyusu!

Share

Payudara dibiarkan penuh tanpa diperah adalah masalah yang nombor 1 yang tidak diberi perhatian. Sebelum mengaku kalah dan katakan susu drop, pastikan perkara ini tidak berlaku. Fahamkan konsep “DEMAND & SUPPLY.”

Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang berkongsikan info bermanfaat ini.

Jika sebelum ini ibu-ibu hanya menuding jari dan mengatakan susu semula jadi sedikit atau susu kering selepas masuk kerja selepas cuti bersalin, fikirkan semula faktor kegagalan kita memerah mengikut keperluan, pemikiran negatif dan tahap stres yang dihadapi.

Puan Noorfazila telah berkongsi tentang perkara ini seperti berikut;

Penting bagi memahami konsep “DEMAND & SUPPLY” dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

APA ITU FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION (FIL)?

Mungkin ramai ibu tak faham konsep ini sebab ramai lagi yang tidak kenal dengan FIL (feedback inhibitor of lactation). 

Sebenarnya selain STRESS dan pemikiran NEGATIF, FIL merupakan MUSUH NOMBOR 1 semua ibu yang menyusukan anak.

“FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.”

PAYUDARA BENGKAK TANPA PAM/ HISAPAN BAYI PARAS FIL AKAN TINGGI

Faham tak? Ok saya terangkan dengan lebih mudah. Actually kalau ibu suka tunggu breast betul-betul bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dalam tempoh yang agak lama, paras FIL dalam payudara jadi makin banyak dan tinggi.

Dia nilah sebenarnya yang menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sebab kurang permintaan dari ibu..Sama jugak macam kolah air yang ade pelampung tu, bile penuh paip air dah tak perlu keluarkan air lagi..

RAJIN PAM, BAYI HISAP FIL AKAN RENDAH & SUSU DIHASILKAN TANPA SEKATAN

Situasi berbeza kalau ibu yang rajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis dan payudara sentiasa kosong. Paras FIL akan rendah dan sedikit, bergantung kepada kekosongan breast ibu.

Bila FIL ini berkurang, badan akan terus-terusan menghasilkan susu sebab otak tak ada pun terima hasutan dar iFIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu.

FAHAMI & PENUHI KONSEP DEMAND & SUPPLY, ANDA TIDAK PERLUKAN MILKBOOSTER 

Sekarang agak-agak dah faham tak kenapa saya sering sebut pasal konsep demand & supply?

Sebab tu saya tak pernah nak bagitau semua ibu kene makan ni baru susu banyak, kene minum ni baru susu banyak, jangan makan ni nanti susu drop..

Itu semua mind set sahaja. Buktinya saya makan semua makanan yang ada (makanan berkhasiat & halal) tak kisah apa pun saya makan. Alhamdulillah tak pernah lagi susu drop sebab saya makan sesetengah jenis makanan.

Bagus ibu-ibu macam saya yang berselera makan macam saya ni sebab semua benda jadi milk booster sebab once kita enjoy dengan makanan, itu semua akan jadi milk booster ok!

4 TIPS KALAU NAK SUSU BANYAK

Anda perlu ingat, kalau nak susu yang banyak dan cukup untuk anak ibu perlulah;

#1: KERAP KOSONGKAN PAYUDARA

Kerap kosongkan payudara maksudnya kerap susukan baby bila baby ada dengan kita kalau boleh susukn anak setiap 2 jam sekali bila di rumah & keraplah mengepam bile baby tidak ada dengan kita (di tempat kerja).

Kalau IBU -Ibu pam 3 jam sekali atau usahakan untuk pam 3 kali sepanjang 10 jam bekerja.

#2: JANGAN TUNGGU PENUH BARU PAM

Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam. No no no ya..sebab semakin lama anda biar susu dalam payudara tidak dikeluarkan protein jahat FIL ini akan menghasut otak menghentikan production susu.

Itu yang membuatkan supply akan makin drop dan susu akan makin kering. Nak susu banyak, saya ingatkan tolong pam susu setiap 3 jam bila di tempat kerja dan susukan anak sekerap yang boleh bila di rumah.

#3: ENJOY THE FOOD

Makan sayur makanan apa je yang ibu-ibu semua suka. Enjoy the food. Minum air kosong lebih.

#4: SENTIASA POSITIF

Keep positif, jauhi stress ni semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dr payudara) daripada terhasil. Bila hormon oksitosin kurang, susu pun malu-malu nak keluar.

#5: BERDOA & ZIKIR

Teruskan berdoa, selalulah berzikir. Hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat.

Sumber: Noorfazila binti Abdul Rahman

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang

Kaunselor Laktasi Bertauliah Anda!

 

 

 

 

Published by
Azma ML