Kesibukan bekerja ada waktunya membuatkan kita terlepas waktu untuk mengepam. Sudahnya payudara membengkak teruk dan dibiarkan lama tanpa sedar pembengkakan ini bertukar menjadi nanah yang menyakitkan ibu.
Jangan sesekali membiarkan masalah ini terjadi. Dr Aimi Jaafar berkongsi tip jika ibu menyusu berdepan dengan masalah sakit pada payudara. Jangan biarkan jadi nanah!
Seorang ibu bekerja, tekad menyusukan anaknya. Dalam kesibukan bekerja, ada masa terlepas mengepam, payudara sebelah kanan mula membengkak.
Biasanya surut setelah dipam dan kasi bayi menyusu terus dari payudara. Tapi kali ni tak surut pula. Mula merah, dan sakit.
Ibu ke klinik terdekat, namun doktor lelaki di dalam bilik tidak mahu berjumpa. Pembantu klinik hanya berikan ubat demam dan tahan sakit.
“Doktor cakap tak payah jumpa. Puan bengkak susu kan? Ambil ubat ni”.
Ibu tersebut ambil ubat yang diberikan. Namun bengkak semakin membesar, sehingga ada bahagian yang gelembung seperti ada air di dalam. Sakit pun bertambah, nyut nyut nyut.
Waktu ibu ini berjumpa saya, sudah ada nanah dalam payudara. “Doktor buat lah apa apa, saya dah sakit sangat ni”.
Saya buat needle aspiration, di bahagian areola yang lembut, bengkak dan sakit. Tanda nanah berkumpul di situ. Dapat dalam 10cc nanah yang sangat pekat.
Selepas keluarkan nanah tu, ibu rasa lega. Sakit sangat berkurang. Saya pesan pada ibu untuk terus keluarkan nanah sekiranya ada lagi nanti. Di samping tu saya berikan antibiotik, ubat surut bengkak, tahan sakit dan supplement untuk lancarkan pengaliran susu.
Alhamdulillah keadaan ibu bertambah baik tanpa perlukan operation lebih besar untuk keluarkan nanah. Pengajaran dari kisah ibu ini.
1. Ibu. Kalau dah mula ada lump atau ketulan di payudara, jangan tunggu. Terus lakukan tuam, dan urutan. Jumpa kaunselor laktasi kalau tak pasti nak buat apa. Bila dah mula merah. Terus jumpa doktor.
2. Doktor. Sekiranya anda tak arif dalam penyusuan pun, sekurang kurang nya, lihat lah keadaan pesakit dan berikan rawatan sewajarnya. Kalau Dr lelaki tak selesa untuk periksa ibu, boleh la cadang ke doktor perempuan lain. Jangan biarkan keadaan ibu melarat. Dalam kes mastitis, terus berikan antibiotik.
Bukanlah saya ni suka sangat antibiotik, tapi pemberian antibiotik yang awal akan dapat mengelakkan terjadinya breast abscess. Cloxacillin pun dah cukup kalau first cycle.
Kalau dah ada abscess, tak ada cara lain selain kena keluarkan nanah. Aspiration boleh untuk first attempt. Tapi kalau recurrent atau worsening, most likely kena buat i&d juga.
Saya tak suka nak condemn teman sejawat, tapi dalam kes ni memang saya kecewa. Dan terpanggil untuk berkongsi bila baca kisah Dr Tengku Nur Atiqah.
Dan one thing yang saya belajar sejak berkecimpung dalam dunia penyusuan badan, tak perlu advise ibu untuk pump and dump susu kalau ambil antibiotik.
Educate ibu untuk pump atau berikan susu sebelum makan ubat. Next session penyusuan estimate dalam 2 jam selepas makan ubat. Boleh juga suggest ibu untuk ambil prebiotic dan probiotic untuk topup balik good bacteria.
Doktor dengan ilmu penyusuan tak ramai. Jadi kami memerlukan doktor in general untuk bantu ibu ibu yang gigih berjuang dalam menyusukan anak anak mereka ini.
We need each other. Let’s support one another.
Artikel berkaitan: Payudara Bengkak Susu Boleh Ke Rawat Guna Kubis, Ini Jawapan Dari Doktor, Mama Kena Tahu
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI