Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di negara kita, Ummi Nazeera mengikut sarana kerajaan untuk kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. Dia juga telah menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta secara drive thru sahaja.
Melalui akaun Instagram, Ummi berkongsi video ketika dia menjalani proses ujian saringan serta slip keputusan ujian tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Tambah Ummi, jika ada kemampuan untuk pergi luar negara, tidak salah rasanya untuk memperuntukkan wang melakukan ujian saringan ini. Ummi memberitahu proses saringan ini tidak lama, sekitar 10 minit sahaja. Walaupun sedikit pedih, tetapi katanya berbaloi untuk mengetahui tentang kesihatan diri.
Selain melahirkan rasa syukur kerana bebas dari jangkitan virus itu, Ummi juga menitipkan pesanan agar rakyat Malaysia yang ada ke luar negara untuk bersikap jujur serta mengkuarantin diri mereka bagi membantu mengatasi penularan wabak ini.
Berikut Pa&Ma kongsikan cara membasuh tangan dengan cara yang betul seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini pun penting juga kerana salah satu aspek yang penting bagi mengelakkan jangkitan virus ini adalah untuk kita menjaga kebersihan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senarai Semak Barang Keperluan Mama, Papa & Bayi Sebelum Ke Hospital. Mama Yang Bakal Bersalin Wajib Semak
Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi. Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal. Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan senarai dan tip yang telah disediakan.
Mama tentu berdebar-debar menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Sudah tentu memikirkan tentang proses kelahiran yang bakal dilalui dan tidak sabar menatap wajah buah hati baharu. Anda tentu tidak mahu tergopoh gapah mengemas barangan keperluan semasa air ketuban sedang meleleh keluar!
Tip menyediakan beg hospital
- Beg hospital perlulah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda tiba-tiba akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelumnya.
- Pilih beg jenis troli yang boleh memuatkan barang anda yang banyak. Manakala untuk si kecil dan papa dalam dua buah beg berasingan.
- Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian sekiranya hospital tidak menyediakan pakaian hospital untuk pesakit di wad.
- Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
- Pastikan beg ini ditempatkan di dalam bonet kereta supaya senang dicapai apabila hendak ke wad bersalin.
- Sebelum anda ke hospital, tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Elakkan daripada membawa barang kemas di dalam beg hospital kerana bimbang keselamatannya tidak terjamin.
- Baby carrier akan memudahkan anda atau suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam kenderaan juga lebih terjamin.
Senarai semak beg hospital
Bagi mengelakkan barang keperluan anda, suami dan si kecil tertinggal, mari kita kemas menggunakan senarai semak ini.
Mama
- Buku rekod kehamilan
- Kad pengenalan diri
- Telefon dan alat pengecas
- Baju berbutang depan (untuk memudahkan penyusuan)
- Kain batik
- Sepersalinan baju untuk dipakai selepas keluar dari hospital.
- Kain tudung
- Seluar dalam pakai buang
- Baju sejuk
- Stoking
- Coli menyusu
- Pam payu dara dan botol penyimpanan susu ibu
- Pad payudara pakai buang
- Krim pelembap puting payudara (untuk mengelakkan putih merekah)
- Tuala wanita materniti
- Tuala mandi dan tuala muka
- Selipar
- Minyak angin
- Snek seperti kurma, biskut dan air zam zam.
- Sikat rambut, getah rambut, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
- Beg plastik untuk pakaian kotor
- Beg atau bekas untuk meletakkan uri.
- Kaca mata dan bekas menyimpannya (jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap).
- Bahan bacaan atau barangan yang boleh membuatkan mama selesa seperti kusyen kecil atau tasbih untuk berzikir.
Papa
- Baju
- Seluar
- Pakaian dalam
- Kamera
- Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
- Selipar
- Baju sejuk
Bayi
Bagi yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda boleh beli keperluan bayi ini secara online sahaja. Nak lebih jimat, DPAM sekarang tengah buat promo ‘free shipping’. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM!
- Lampin pakai buang
- Baju
- Topi, sarung tangan dan kaki
- Barut
- Kain bedung
- Baby wipes
- Tuala kecil
- Tuala mandi
- Bantal kepala
- Minyak telon
- Kapas
- Baby carrier
- Selimut
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam, Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung
Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar. Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.
Biasanya, proses pembuangan air besar sepanjang usus dikawal oleh sistem saraf anda. Dalam penyakit Hirschsprung, saraf yang mengawal pergerakan ini tidak ada pada bahagian akhir usus, yang bermaksud najis mungkin terkumpul dan menyebabkan penyumbatan.
Ini boleh menyebabkan sembelit yang teruk, dan kadangkala membawa kepada jangkitan usus yang serius yang disebut enterocolitis jika tidak dikenal pasti dan dirawat lebih awal.
Walau bagaimanapun, keadaan ini biasanya dikesan tidak lama selepas kelahiran dan dirawat dengan pembedahan secepat mungkin.
Simptom penyakit Hirschsprung
Simptom-simptom penyakit Hirschsprung biasanya jelas kelihatan selepas bayi dilahirkan, walaupun kadang-kadang tidak jelas sehingga seorang anak berusia setahun atau dua tahun.
Tanda-tanda keadaan ini dalam bayi termasuklah:
- gagal membuang meconium dalam tempoh 48 jam (najis yang gelap seperti tar yang dikeluarkan bayi sihat yang menyusu tidak lama selepas dilahirkan
- perut bengkak
- muntah cecair berwarna hijau (cecair hempedu)
Tanda-tanda pada bayi dan kanak-kanak yang lebih besar termasuklah:
- perut bengkak dan sakit perut
- sembelit berterusan yang tidak sembuh dengan rawatan biasa
- tidak makan atau tidak bertambah berat badan dengan baik
Sekiranya anak anda mengalami jangkitan usus (enterocolitis), mereka juga mungkin mengalami suhu tinggi (demam) dan cirit-birit berair dan berbau busuk.
Bagaimana penyakit Hirschsprung didiagnosis
Jika anak anda mempunyai simptom dan tanda yang perlu dirisaukan, perut anak anda biasanya akan diperiksa dan kadangkala melibatkan pemeriksaan dubur. Doktor atau jururawat akan memasukkan jari ke bahagian dubur (rektum) untuk merasa sebarang keabnormalan.
Jika penyakit Hirschsprung disyaki, X-ray mungkin dilakukan untuk menunjukkan penyumbatan dan pengembangan pada usus.
Diagnosis boleh disahkan dengan melakukan biopsi rektum, yang melibatkan kemasukan alat kecil ke bahagian dubur anak anda untuk mengeluarkan sedikit sampel usus yang terjejas.
Ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat jika bahagian ini tiada sel saraf.
Apakah punca penyakit Hirschsprung?
Otot-otot usus dikawal oleh sel-sel saraf yang dipanggil sel ganglion. Dalam penyakit Hirschsprung, sel-sel ganglion ini hilang daripada bahagian akhir usus hingga ke anus atau pembukaan di bahagian dubur yang mengeluarkan najis.
Atas sebab tertentu, sel-sel tersebut tidak berkembang di bahagian usus apabila bayi membesar dalam rahim. Punca sebenar tidak diketahui tetapi tidak ada kaitan dengan apa yang dilakukan oleh si ibu ketika mengandung.
Sejumlah gen dikaitkan dengan penyakit Hirschsprung dan kadangkala diwarisi dalam keluarga. Sekiranya anda mempunyai anak dengan penyakit ini, anak yang lain mungkin mengalaminya juga.
Keadaan ini juga mungkin berlaku dala, keadaan genetik seperti sindrom Down, tetapi dalam kebanyakan kes tidak.
Rawatan untuk penyakit Hirschsprung
Semua kanak-kanak dengan penyakit Hirschsprung akan memerlukan pembedahan.
Semasa mereka menunggu pembedahan, mereka mungkin perlu:
- berhenti menyusu dan sebaliknya diberi cecair terus ke dalam saluran darah
- memakai tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan sebarang cecair dan udara yang terkumpul di dalamnya
- menjalani pembilasan usus berkala, di mana tiub nipis dimasukkan ke dalam punggung dan air garam yang hangat digunakan untuk melembutkan dan menyingkirkan najis terperangkap
- mengambil antibiotik jika mereka mempunyai enterocolitis
Anak anda mungkin perlu menetap di hospital pada masa ini, atau anda mungkin perlu menjaga mereka di rumah. Doktor anda akan menasihati anda mengenainya.
Pembedahan
Kebanyakan kanak-kanak akan menjalani operasi “pull-through”, di mana bahagian usus yang terjejas akan dibuang dan bahagian usus yang sihat disatukan. Ini biasanya akan dilakukan apabila mereka berumur tiga bulan.
Jika anak anda tidak cukup sihat untuk menjalani prosedur ini – seperti disebabkan enterocolitis atau penyumbatan teruk – mereka mungkin menjalaninya dalam dua peringkat.
Beberapa hari selepas kelahiran, pakar bedah akan mengalihkan usus melalui pembukaan sementara (stoma) yang dibuat di perut. Prosedur ini dipanggil pembentukan kolostomi.
Najis akan keluar terus daripada pembukaan tersebut ke dalam kantung yang dipakai pada badan anak anda sehingga mereka cukup sihat untuk menjalani prosedur lain untuk mengeluarkan bahagian usus yang terjejas, menutup pembukaan stoma, dan menyatukan kembali dengan bahagian usus yang sihat. Ini biasanya dilakukan pada usia tiga bulan.
Prosedur ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada:
- pembedahan laparoskopi – ini melibatkan memasukkan alat pembedahan melalui pembukaan kecil
- pembedahan terbuka – di mana potongan lebih besar dibuat pada perut anak anda
Bincang dengan pakar bedah anda tentang pilihan terbaik untuk anak anda.
Risiko pembedahan
Tiada pembedahan yang bebas daripada risiko. Terdapat risiko kecil:
- pendarahan semasa atau selepas pembedahan
- usus menjadi dijangkiti (enterocolitis)
- kandungan usus yang bocor ke dalam badan, yang boleh menyebabkan jangkitan serius (peritonitis) jika tidak dirawat dengan cepat
- usus menjadi sempit atau tersumbat sekali lagi, memerlukan pembedahan lanjut
Pemulihan dari pembedahan
Anak anda mungkin perlu tinggal di hospital selama beberapa hari selepas pembedahan. Mereka akan diberikan ubat-ubatan yang melegakan kesakitan untuk menjadikannya selesa dan cecair ke dalam saluran darah sehingga mereka dapat makan sendiri.
Tiada makanan khas yang diperlukan sebaik sahaja anda pulang ke rumah, tetapi penting untuk memastikan mereka minum banyak cecair sewaktu tempoh pemulihan.
Anak anda akan pulih dengan baik dan usus mereka akan berfungsi sebaik selepas pembedahan.
Pada mulanya mereka mungkin akan mempunyai rasa sakit di punggung ketika membuang air besar. Sebaiknya biarkan punggung mereka terdedah sekerap mungkin, dan gunakan minyak bayi untuk membersihkan bahagian punggung mereka serta nappy cream selepas setiap kali menukar lampin.
Hubungi doktor anda dengan segera jika anak anda mengalami masalah seperti perut bengkak, demam, atau cirit-birit yang busuk.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lamanya Abang, Kakak Tunggu Baby Girl,” Fasha Kongsi Momen Indah Pertama Kali Anak-anak Jumpa Adik
Selain ibu dan ayah, adik-beradik yang lain merupakan orang yang paling gembira menerima kehadiran setiap bayi baru dalam keluarga. Itulah reaksi anak-anak pelakon Fasha Sandha, Putra Rayfal dan Puteri Rasha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu adik perempuan mereka Aisha Amaira.
Momen indah itu dikongsi oleh Fasha Sandha menerusi satu video yang dimuat naik di akaun instagram miliknya semalam.
Dalam video yang berdurasi 2.55 saat itu jelas menunjukkan keterujaan Rayfal dan Jemyma untuk bertemu adik mereka buat pertama kali.
Sepanjang video dipaparkan, dua beradik tersebut tak lekang dari tersenyum dan Rayfal dilihat berkali-kali mencium adiknya yang baru sahaja dilahirkan itu.
“Memandangkan hari ni hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira.
“Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha,
“Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni.
“Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada.
“Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus2 Alhamdulillah Allah ganti babygirl yang sihat dan sempurna , Alhamdulillah,” tulis Fasha di Instagramnya.
Baca: Aisha Amaira Anak ke-5 Ibu, Sebelum Ni 2 Kali Keguguran, Syukur Allah Sebaik Perancang
Terdahulu sebelum itu, Fasha juga ada memuat naik sebuah video yang merakamkan momen tersebut.
Menurut kapsyen posting tersebut, Fasha mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah makbulkan permintaan anak-anaknya untuk mempunyai adik perempuan.
“Setelah beberapa tahun mintak adik perempuan. Syukur, Allah makbulkan
Momen indah Abang Rayfal dan Kakak Raysha Jemyma pertama kali berjumpa dengan Adik Aisha Amaira.
“Terima kasih @cameo.x hadiahkan video kenangan ni buat keluarga kami.
Syukur Alhamdulillah.
“Semoga baby Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah buat ibu dan ayah
Thank you,” tulisnya.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.
Sumber: Gempak & IG Fasha Sandha
Baca: Comelnya Aisha Amaira Di Usia Dua Minggu, Fasha Sandha Turun Padang Rakam Foto Comel Anak!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI