Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di negara kita, Ummi Nazeera mengikut sarana kerajaan untuk kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. Dia juga telah menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta secara drive thru sahaja.
Melalui akaun Instagram, Ummi berkongsi video ketika dia menjalani proses ujian saringan serta slip keputusan ujian tersebut.
Tambah Ummi, jika ada kemampuan untuk pergi luar negara, tidak salah rasanya untuk memperuntukkan wang melakukan ujian saringan ini. Ummi memberitahu proses saringan ini tidak lama, sekitar 10 minit sahaja. Walaupun sedikit pedih, tetapi katanya berbaloi untuk mengetahui tentang kesihatan diri.
Selain melahirkan rasa syukur kerana bebas dari jangkitan virus itu, Ummi juga menitipkan pesanan agar rakyat Malaysia yang ada ke luar negara untuk bersikap jujur serta mengkuarantin diri mereka bagi membantu mengatasi penularan wabak ini.
Berikut Pa&Ma kongsikan cara membasuh tangan dengan cara yang betul seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini pun penting juga kerana salah satu aspek yang penting bagi mengelakkan jangkitan virus ini adalah untuk kita menjaga kebersihan.