Pegaga, epal hijau, lemon dan madu memang banyak khasiatnya untuk kecantikan dan juga kesihatan. Pengambilan jus daripada sayur-sayuran dan buah-buahan amat baik untuk penjagaan kecantikan dalaman selain rahsia awet muda.
Jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Tidak dapat dinafikan di pasaran ada banyak minuman jus untuk kecantikan dalaman termasuklah minuman kolagen. Namun adalah lebih baik jika jus tersebut anda buat sendiri kerana ia lebih segar dan anda sendiri memilih bahan-bahan untuk dijadikan jus.
RESEPI JUS AWET MUDA
Cara hendak buatnya senang sahaja. Bukan setakat awet muda, jus ini juga turut membantu menambah susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Bahan-bahan yang digunakan ialah pegaga, epal hijau, lemon, madu dan air.
Ads
Rahsia Kulit Anjal & Awet Muda
Khasiat pegaga sangatlah banyak. Selain membuatkan wajah awet muda, pegaga juga dapat menyuburkan rambut, membina kolagen secara semulajadi, meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan sistem penghadaman.
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan.
Ads
2. Tapis pegaga untuk ambil airnya. Kalau dapat makan serat-seratnya sekali, lagi bagus. Baik untuk pelawasan.
Ads
3. Sedia untuk diminum. Amalkan selalu. Tidak perlu lagi beli minuman kolagen.
Setiap petua perlukan diamalkan secara konsisten. Barulah kita mendapat hasil seperti yang diinginkan.
Janin yang gugur perlu dikebumikan dan diuruskan dengan cara yang betul, sama seperti jenazah lain. Perkongsian ini memperbetulkan pelbagai pendapat tentang pengurusan janin keguguran.
Keguguran ialah kematian janin dalam kandungan yang berusia kurang dari 24 minggu dalam kandungan ibu. Menguruskan janin yang gugur dan uri sebenarnya ada langkah-langkahnya.
Dua keadaan yang berbeza tetapi langkahnya lebih kurang sama. Cuma bagi uri, tidak perlu permit penguburan.
Pengurusan janin keguguran dan menanam uri perlu diketahui semua. Jadi tidak salah ibu ayah sendiri belajar cara pengurusannya yang tepat.
Ustaz Rafie Zainal berkongsi langkah pengurusan ini bagi memberikan panduan kepada ibu bapa tentang tatacara sebenar pengurusan janin. Katanya ia adalah satu cara mengubati kesedihan kepada kehilangan yang dialami. Ia bermula daripada proses memandikan, mengafankan & menguburkan.
Buat ibu dan ayah yang diuji keguguran janin, ubatilah kesedihan kalian dengan menguruskan jasad kecil itu sendiri. Sila ikuti panduan di bawah;
#1. BACA NIAT & RATAKAN AIR
Baca niat, “Sahaja aku mandikan janin ini kerana Allah swt” dan ratakan air bersih di seluruh badan janin.
(Boleh juga ditambah dengan air sabun, cendana dan lain-lain sekadar sunat wangian).
#2. TUTUP DENGAN 3 LAPISAN KAIN, SEHELAI DEMI SEHELAI
Letakkan 3 helai lapisan kain putih dan sedikit kapas sekiranya ada serta 3 utas tali yang dipotong dari helaian kain putih. (Rujuk gambar).
Setelah selesai mandikan janin, letakkan di atas kain tadi dan terus menutupnya sehelai demi sehelai.
#3. GALI KUBUR SEDALAM 1 ATAU 2 KAKI
Kubur digali sedalam 1 atau 2 kaki dengan syarat tidak sampai mengeluarkan bau atau dapat digali binatang.
Letakkan jenazah janin tadi dengan kedudukan sama seperti jenazah dewasa, kemudian letakkan papan lahad dan terus dikambus sehingga selesai.
1)DAPATKAN PERMIT MENGUBUR
Pastikan ibu ayah mendapatkan ‘Permit Mengubur’ dari pihak Forensik Hospital atau Balai Polis berdekatan. Jika dikebumikan tanpa permit, kemungkinan besar boleh didakwa kerana menyembunyikan kematian.
2)JANIN KEGUGURAN TIDAK PERLU DISOLATKAN
Janin yang mati di dalam perut tidak perlu disolatkan. Sekiranya bayi dilahirkan hidup kemudian baru meninggal dunia, maka wajib solat jenazah ke atasnya.
3)KAEDAH SAMA UNTUK URUS URI, TIDAK PERLU PERMIT PENGUBURAN
Kaedah yang sama juga digunakan untuk menguruskan uri bayi. Cuma untuk tanam uri bayi tidak perlu dapatkan Permit Mengubur.
Ibu mana yang tidak cemas apabila anak terjatuh kemudian dihempap pula oleh seorang lelaki dewasa. besar pula tu badannya! Begitulah kisahnya dengan Sheila Razlan, isteri kepada Lan Solo yang berkongsi melalui laman Instagramnya tentang kejadian anaknya terjatuh semasa bermain luncur ais.
Kejadian tersebut terjadi di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di negara ini. Menurut Sheila, anak ketiganya iaitu Akid terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya semasa meluncur ais lalu terjatuh. Kejadian ini yang berlaku secara mengejut, kemudian seorang lelaki berbangsa Inggeris pula terjatuh di atas badan anaknya.
Semasa dihempap lelaki tersebut, Akid tidak dapat bergerak dan hanya mampu menangis sahaja. Sheila dan Lan yang berada di luar gelanggang pada waktu itu segera berlari mendapatkan anak mereka.
Pun begitu, Sheila memuji tindakan pantas yang diambil oleh pihak di sana dan lelaki tersebut juga kelihatan risau kerana khuatir pinggang Akid patah. Maklum sajalah, berat Akid hanyalah 16kg berbanding tubuh sasanya dengan berat 90kg.
Sheila mengambil langkah untuk bertenang dan menyelesaikan perkara ni dengan cara baik. Sempat memberi cadangan, Sheila berharap pada masa akan datang gelanggang luncur ais akan dipisahkan mengikut kategori (untuk yang amatur dan profesional).
Tempoh berpantang bukan sekadar waktu untuk berehat, tapi masa paling penting buat seorang ibu memulihkan semula tenaga, emosi dan tubuh selepas melalui proses kelahiran yang panjang serta mencabar.
Dalam fasa ini, apa yang ibu makan memainkan peranan besar dalam menentukan cepat atau lambat tubuh kembali pulih. Pemilihan buah untuk ibu berpantang sangat penting kerana nutrisi daripada buah boleh mempercepatkan pemulihan dan menguatkan tubuh dari dalam.
Ramai ibu berpantang masih ragu-ragu nak makan buah. Takut “sejuk”, takut angin, malah ada yang percaya buah boleh buat luka lambat sembuh. Tapi sebenarnya, buah-buahan ialah makanan semula jadi yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat dan semuanya penting untuk penyembuhan luka, penghasilan susu badan, serta kesihatan usus dan kulit.
Buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat penting untuk meningkatkan sistem imun dan membantu penyembuhan luka dalaman. Ia juga memberi tenaga serta membantu penghasilan susu badan untuk ibu menyusu. Antara buah untuk ibu berpantang yang paling mudah didapati dan berkhasiat.
Buah kegemaran Nabi SAW ini bukan sekadar manis, tapi ‘superfood’ untuk ibu pantang! Kaya dengan zat besi, folat dan serat, kurma membantu memulihkan tenaga, menstabilkan hormon serta mengelakkan sembelit — masalah biasa selepas bersalin.
Kaya dengan vitamin C dan antioksidan, strawberi bantu penyerapan zat besi dalam badan ibu dan menyokong pertumbuhan bayi yang menyusu. Rasanya yang masam manis juga boleh mengurangkan rasa loya atau tidak selera makan semasa tempoh berpantang.
Epal merah bukan sahaja sedap dimakan, malah tinggi serat, vitamin A dan C. Kandungan pektin dalam epal bertindak sebagai prebiotik semula jadi yang membantu sistem pencernaan ibu kembali sihat dan lancar. Ia juga sesuai dijadikan snek sihat semasa berpantang.
Buah ini menjadi rahsia kecergasan wanita dalam amalan berpantang masyarakat Cina. Ia mengandungi antioksidan tinggi yang membantu menguatkan hati, melancarkan peredaran darah dan mengembalikan tenaga selepas kehilangan banyak darah ketika melahirkan.
Buah tin kaya dengan zat besi, kalsium dan kalium yang membantu mengawal tekanan darah serta mempercepatkan proses pemulihan. Ia juga bagus untuk mengelakkan sembelit kerana tinggi serat semula jadi — sesuai sebagai buah untuk ibu berpantang yang ingin kekal cergas.
Blueberry adalah buah kecil penuh khasiat. Ia kaya dengan vitamin K dan karbohidrat sihat yang membekalkan tenaga berpanjangan buat ibu yang kurang tidur atau sering berjaga malam menjaga si manja.
Anggur membantu memperkuat sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan. Kandungan antioksidan seperti flavonol dan tanin di dalamnya membantu melancarkan peredaran darah serta memulihkan tenaga dalaman ibu.
Buah kering ini mengandungi tenaga semula jadi yang tinggi serta kaya zat besi. Ia sangat baik untuk membantu pembentukan darah merah dan mengurangkan rasa letih selepas bersalin.
Buah prun mengandungi vitamin A, beta-karoten dan serat yang tinggi. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan, mengelakkan sembelit dan memperbaiki kesihatan kulit serta mata ibu yang kurang tidur. Prun juga disyorkan sebagai salah satu buah untuk ibu berpantang paling berkesan.
Buah-buahan bukan musuh ibu berpantang, malah ia sahabat baik untuk pemulihan semula jadi. Dengan pengambilan yang betul, tubuh lebih cepat segar, luka pun cepat sembuh, dan yang paling penting ibu lebih kuat untuk menyusukan dan menjaga si kecil dengan penuh kasih sayang.