Pegaga, epal hijau, lemon dan madu memang banyak khasiatnya untuk kecantikan dan juga kesihatan. Pengambilan jus daripada sayur-sayuran dan buah-buahan amat baik untuk penjagaan kecantikan dalaman selain rahsia awet muda.
Jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Tidak dapat dinafikan di pasaran ada banyak minuman jus untuk kecantikan dalaman termasuklah minuman kolagen. Namun adalah lebih baik jika jus tersebut anda buat sendiri kerana ia lebih segar dan anda sendiri memilih bahan-bahan untuk dijadikan jus.
RESEPI JUS AWET MUDA
Cara hendak buatnya senang sahaja. Bukan setakat awet muda, jus ini juga turut membantu menambah susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Bahan-bahan yang digunakan ialah pegaga, epal hijau, lemon, madu dan air.
Ads
Rahsia Kulit Anjal & Awet Muda
Khasiat pegaga sangatlah banyak. Selain membuatkan wajah awet muda, pegaga juga dapat menyuburkan rambut, membina kolagen secara semulajadi, meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan sistem penghadaman.
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan.
Ads
2. Tapis pegaga untuk ambil airnya. Kalau dapat makan serat-seratnya sekali, lagi bagus. Baik untuk pelawasan.
Ads
3. Sedia untuk diminum. Amalkan selalu. Tidak perlu lagi beli minuman kolagen.
Setiap petua perlukan diamalkan secara konsisten. Barulah kita mendapat hasil seperti yang diinginkan.
Ibu mana yang sanggup melihat anak merintih sakit setiap hari. Lebih memilukan apabila anak itu masih lagi kecil. Saat anak-anak lain seusianya aktif bermain, Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang berumur setahun Sembilan bulan terpaksa menanggung derita penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.
Menurut Nur Atekah Mohd Yusof, 23, ibu kepada Icha, dia mula perasan ada kelainan pada leher anaknya itu selepas melahirkan Icha. Ekoran daripada itu, anaknya ditahan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Seri Manjung, selama tujuh hari.
Menurut Nur Atekah lagi, leher kiri anaknya itu membengkak dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis, namun sebaliknya terkumpul di leher.
“Icha kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan didapati cystic hygroma ketika berusia hampir tiga bulan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Bumi Hijau, Batu 5 Segari di Lumut oleh sebuah akbar.
“Luluh hati saya apabila Icha mengadu ‘Buuu, akit.. (Ibu.. sakit), malah dia kerap merengek dan terjaga dari tidur kerana tidak selesa dengan lehernya yang besar,” jelasnya sayu.
Menurut Nur Atekah, benjolan di leher anaknya itu semakin serius dan pemeriksaan imbas CT, bulan lalu, menunjukkan saluran makanan dan pernafasan Icha semakin terhimpit berikutan keadaan lehernya yang semakin membesar.
“Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia dua tahun ke atas tetapi keadaan Icha semakin serius dan pembedahan akan dibuat untuk membuang cecair itu di HKL, 21 Oktober ini.
“Saya dimaklumkan pembedahan ini berisiko serta boleh beri kesan kepada suara dan saraf tetapi sebagai ibu saya tak sanggup lihat anak berada dalam keadaan begitu, malah lehernya akan semakin membesar nanti.
“Sebab itu saya dan suami (Fahme Ridzuan Zulqarnil, 28) mahu Icha menjalani pembedahan dan kami juga mula menyimpan wang sebagai persediaan termasuk kos ulang-alik ke sana nanti,” katanya yang memaklumkan suaminya hanya bekerja sebagai operator kilang di Segari.
Nur Atekah berkata, tidur malam anaknya kini kerap terganggu kerana tidak selesa dengan keadaan lehernya itu sehingga menangis dan kadang-kadang bernafas menggunakan mulut.
“Hampir setiap malam setiap 15 minit dia akan terjaga dan tidur semula selepas diberi susu dan berulang sehingga pagi. Dia nak telan makanan juga agak sukar,” katanya.
Menurutnya, biarpun begitu, Nur Falisya Mardina seorang yang aktif serta suka berkawan dan berharap pembedahan anaknya itu berjalan lancar.
“Saya mahu lihat dia membesar dengan sihat seperti kanak-kanak normal lain, saya sedih melihat dia dijauhi dan dipandang pelik segelintir kanak-kanak ketika bermain di taman kerana keadaannya itu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 atas nama Nur Atekah Mohd Yusof.
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lapisan putih dinamakan vernix caseosa berfungsi melindungi kulit bayi daripada jangkitan. Turut dijelaskan kenapa bayi tidak dimandikan selepas dilahirkan.
Vernix terbentuk secara semula jadi dari dalam rahim ibu. Ini sama sekali menolak mitos dalam masyarakat yang mengatakan ia adalah air mani suami.
Turut dijelaskan kenapa hospital tidak memandikan bayi selepas dilahirkan. Antaranya ialah hypothermia & jumlah kelahiran yang tinggi.
Keselamatan ibu dan anak lebih penting berbanding bau wangi bayi selepas dilahirkan. Bagaimana pun ia bergantung kepada protokol hospital dan budi bicara jururawat.
Vernix berfungsi menghangatkan tubuh bayi, sebab itu di hospital bayi hanya dibersihkan mata dan tali pusat sahaja. Kini jururawat juga tidak memandikan bayi semasa lawatan ke rumah.
Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas. Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab. Tahukah anda, tabiat ini sangat berbahaya?
Malang tidak berbau, bukan sedikit kes wanita tertelan jarum peniti atau pin tudung. Ia berlaku di luar kawalan ketika mereka terbatuk, terbersin, menarik nafas atau ia terlucut dari bibir.
Dr Ahmad Samhan menerangkan tentang bahaya sekiranya berlaku situasi wanita tertelan jarum atau pin tudung ini.
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Simptom yang biasa berlaku apabila sesuatu objek asing ditelan adalah: 1. Tercekik 2. Kesukaran untuk bernafas 3. Batuk 4. Berdehit (wheezing)
Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk: *Muntah *Air liur meleleh *Kesakitan pada bahagian dada atau tekak *Keengganan untuk makan *Sakit perut *Demam
Pemeriksaan sinar-X lebih terperinci dengan barium mungkin digunakan untuk membantu mencari objek yang tersekat yang tidak dapat dilihat sinar-X biasa.
Pemeriksaan sinar-X pada bahagian leher, dada dan perut mungkin dilakukan untuk membantu mencari sebarang objek yang mungkin dapat dilihat menerusi pemeriksaan ini
#Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.Sama-sama kita berpesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.