Kemalangan berlaku tanpa diduga, sebab itulah kena sentiasa peka dan berhati-hati waktu memandu di jalan raya. Sama ada kemalangan biasa mahupun yang serius, ia pasti meninggalkan kesan kepada individu yang terlibat. Sememangnya menakutkan kalau nak dikenangkan semula.

Artikel Menarik: [Sedihnya! Nak Check Anak Tidur, Nampak Dia Peluk Cium Gambar Arwah Abah]

 

 

 

Ads

Begitu juga yang dialami oleh pelakon Ikmal Amry yang mengakui dirinya masih trauma selepas kemalangan yang berlaku pada awal September lalu. Tambah memberi kesan, apabila Ikmal kemalangan bersama isteri dan anak mereka yang masih bayi.

“Pegang Anak Masa Tidur, Rasa Trauma.” Ikmal Amry Kongsi Keadaan Keluarga Lepas Kemalangan
Insan-insan kesayangan Ikmal, isterinya Najla dan si comel Cailie

Menurut artikel di Astro Gempak, Ikmal memberitahu yang kini dia akan ditemani pembantu peribadinya untuk memandu kereta ke lokasi kerja. Masih tidak berani memandu sendiri, dia akan dihantar oleh pembantu peribadinya ke tempat kerja.

Video yang dikongsikan Ikmal di Instagram selepas kemalangan berlaku;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

 “Bila dak drive tu saya selalu overthinking, even jalan kaki pun saya takut dan selalu fikir bukan-bukan. Dulu pernah accident sediri, tapi mungkin sebab kali ni dengan isteri dan anak, ia buat saya trauma. Perasaan tu masih terbawa-bawa samapi sekarang.”

Ads

Artikel Menarik: [Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu]

Ikmal turut memberitahu yang dirinya dan isteri kini mengalami kebimbangan yang serius ketika keluar rumah terutama bila berdepan dengan orang ramai.

“Lepas kemalangan tu, saya macam anxiety bila jumpa orang. Memang perkara yang jadi tu menganggu emosi dan menghantui saya dan isteri. Saya dan isteri masih teringat-ingat apa yang berlaku hari tu.”

“Pegang Anak Masa Tidur, Rasa Trauma.” Ikmal Amry Kongsi Keadaan Keluarga Lepas Kemalangan
Ikmal dan anaknya, Cailie

Tambah Ikmal lagi, isterinya pula jadi mudah terkejut dan sentiasa pegang anak mereka semasa tidur. Melahirkan rasa syukur kerana dia sekeluarga tidak tercedera biarpun keadaan kereta terus dan total loss.

Ads

Artikel Menarik: [Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik]

Ketika kemalangan, Ikmal dan isterinya Najla Shamsul serta bayi mereka Cailie yang berusia sembilan bulan berada di Projek Lebuh Raya Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

“Pegang Anak Masa Tidur, Rasa Trauma.” Ikmal Amry Kongsi Keadaan Keluarga Lepas Kemalangan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI