Mencari bahagia dalam rumah tangga sememangnya memerlukan usaha berterusan dari kedua belah pihak. Tidak perlu berhenti sebaliknya kasih sayang perlu disemai sentiasa, baik suami mahupun isteri. Sama-sama perlu memainkan peranan, barulah rumah tangga makin bahagia.

Dari hal sekecil-kecil perkara, semuanya perlu dilakukan dengan baik, jujur dan ikhlas hati agar pasangan sama-sama dapat merasainya. Ustaz Ebit Lew tidak terkecuali sentiasa berkongsi nasihat dan panduan buat pasangan suami isteri.

Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni, Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat!

Terbaru menerusi Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah kehidupannya bersama bidadari hatinya, isteri yang dicintai. Berkongsi satu videonya bersama isteri di dalam kereta, Ustaz Ebit Lew turut menasihati semua agar sentiasa mencari pahala malah juga berterima kasih pada bidadari hatinya kerana sentiasa menjadi penyokong kuatnya dalam menguruskan rumah tangga.

“Pegang Tangan Yang Halal Buat Kita, Dapat Pahala”- Ustaz Ebit Lew Kongsi Pesanan Buat Suami!

“Pegang tangan bidadari dapat pahala. Allah sayang. Best petang-petang lari pergi parking dekat taman. Pusing berdua-duaan. Bestnya. Cuma nak cakap terima kasih bidadari abang,” katanya melalui instagramnya.

Malah kata ustaz lagi, tidak sukar untuk mencari pahala dalam rumah tangga. Malah beliau sentiasa menyarankan para suami untuk memegang tangan isteri agar menjadi lebih dekat dengan kita.

“Main kejar-kejar dengan isteri dapat pahala. Dukung isteri. Laga pipi. Anak-anak pegang tangan mak ayah. Buat hati jadi dekat sangat. Pegang dengan rasa syukur. Terima kasih pada Allah. Pegang tangan yang halal buat kita,” katanya.

IKLAN

“Pegang Tangan Yang Halal Buat Kita, Dapat Pahala”- Ustaz Ebit Lew Kongsi Pesanan Buat Suami!

Rajinkan bantu isteri di rumah
Dalam pada itu, pengasas Elewsmart ini juga menyarankan agar suami sentiasa membantu isteri ketika berada di rumah. Tidak perlu memasak jika tidak pandai sebaliknya bantulah isteri pada perkara-perkara lain yang lebih mahir. Membantu menjaga anak juga dapat meringankan bebenan isteri.

“Pegang Tangan Yang Halal Buat Kita, Dapat Pahala”- Ustaz Ebit Lew Kongsi Pesanan Buat Suami!

“Tengok tangan mereka kadang keluar urat kerana kerja kuat. Kadang kasar kerana kerja rumah. Dulu Saidina Ali ra jumpa Nabi saw ceritakan Fatimah ra yang tangannya kasar kerana kerja rumah.

“Allahuakbar. Kita suami bantulah bidadari di rumah. Sama ada carikan pembantu atau kita sendiri yang bantu. Paling kurang ambil masa dating walau 10 minit cakap terima kasih dan dengarilah luahan hati mereka.

IKLAN

Saya doakan buat sahabat yang bujang diberikan jodoh yang baik-baik. Soleh solehah bahagia sampai syurga anak soleh solehah,” katanya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

Pegang tangan bidadari dapat pahala. Allah sayang. Best petang-petang lari pergi parking dekat taman. Pusing berdua-duaan. Bestnya. Cuma nak cakap terima kasih bidadari abang. Main kejar-kejar dengan isteri dapat pahala. Dukung isteri. Laga pipi. Anak-anak pegang tangan mak ayah. Buat hati jadi dekat sangat. Pegang dengan rasa syukur. Terima kasih pada Allah. Pegang tangan yang halal buat kita. . Tengok tangan mereka kadang keluar urat kerana kerja kuat. Kadang kasar kerana kerja rumah. Dulu saidina Ali ra jumpa Nabi saw ceritakan Fatimah ra yang tangannya kasar kerana kerja rumah. Allahuakbar. Kita suami bantulah bidadari di rumah. Sama ada carikan pembantu atau kita sendiri yang bantu. Paling kurang ambil masa dating walau 10 minit cakap terima kasih dan dengarilah luahan hati mereka . Saya doakan buat sahabat yang bujang diberikan jodoh yang baik-baik. Soleh solehah bahagia sampai syurga anak soleh solehah

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Jadi para suami, ambillah peluang untuk menambahkan pahala dalam rumah tangga. Kita pegang tangan yang halal, usap mesra agar bebanannya setiap hari rasa lega. Bantu dia ringankan bebannya. Insyaallah rumah tangga kita makin bertambah bahagia.

IKLAN

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

“Pegang Tangan Yang Halal Buat Kita, Dapat Pahala”- Ustaz Ebit Lew Kongsi Pesanan Buat Suami!

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Menarik: Gigi Rongak Buat Emosi Anak Terganggu, Tukar Rutin & Jadual Anak Menyusu!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI