Ingatkan anak menangis biasa je, tapi sebaliknya ada sesuatu berlaku tanpa sedar. Saat melihat muka anak dah senget sebelah terus hati seorang ibu ini rasa ada sesuatu tak kena. Sehinggalah bawa ke hospital dan doktor sahkan anaknya Bell Palsy.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Sri Syamimie Ibrahim ini yang terjadi pada anaknya, Aisyah Safiyyah bt Mohd Arif Faisal, 1tahun 11bulan cukup buatkannya trauma.
Tak bagi pegang telinga
Mulanya kami ingat Aisyah sakit telinga biasa sahaja. Balik dari kampung tiba-tiba dia tak bagi pegang telinga dia. Bila terpegang dan nak buka baju dia akan menangis. Kami bawa ke klinik.
Doktor kata telinga kena jangkitan dan bernanah. 3 hari selepas itu, Aisyah masih lagi meragam dan tak bagi pegang telinga. Hari Rabu, hari pertama hantar ke pengasuh untuk tahun 2021. Waktu petang semasa saya ambilnya, perasan bila dia senyum mulut dia jadi senget.
Hati kuat katakan Aisyah kena Bell Palsy
Hati dah tak tenteram sebab abah Aisyah pun kena bell palsy masa bulan November 2020. Nenek Aisyah kena bell palsy juga dalam bulan yang sama dengan abah Aisyah. Lepas Maghrib mula perasan lagi mata Aisyah dah tak boleh berkelip sebelah. Kami bawa pergi klinik. Doktor check telinga nanah dah kering. Doktor minta bawa ke emergency malam tu juga.
Mula-mula jumpa doktor dekat emergency doktor menafikan Aisyah kena Bell Palsy. Sampailah Aisyah menangis baru nampak mukanya jadi makin teruk. Malam tu admit ward.
Gegendang telinga dah pecah
Esoknya jumpa neuro peadiatrik. Memang jelas dia kena bell palsy. Pakar check telinga. Pakar kata kena jumpa ENT, nampak macam gegendang telinga Aisyah dah pecah. Pagi tu juga jumpa ENT dan baru tahu rupanya ada pirah/kutu babi dah hampir dengan gegendang telinga.
Kutu babi penyebab saraf muka Aisyah terganggu
Pirah/kutu babi itu telah menyebabkan Aisyah kena jangkitan dan juga racun dari benda tu dan menyerang saraf muka Aisyah. Selagi tak buang selagi itu racun benda itu akan serang saraf muka.
Menurut pakar ENT, kutu babi ini mungkin kena semasa Aisyah balik kampung. Sebab dekat kampung ada beli binatang dan waktu itu juga musim hujan. Kutu memang banyak bila udara lembab.
Alhamdulillah kini, keadaan Aisyah dah semakin baik. Muka dia hanya akan nampak senget kalau dia senyum dan menangis sahaja.
Kadang-kadang ketika dia minum susu, air atau air liurnya sendiri pun akan meleleh di tepi bibir. Minum dalam botol dengan straw pun kena cari posisi yang betul untuk letak straw. Kalau posisi tak betul, memang tak boleh nak sedut airnya.
Bagaimanapun, rawatan susulan dengan pakar masih dilakukan bagi memastikan saraf muka pulih sepenuhnya. Doakan agar Aisyah cepat sembuh ya!
ARTIKEL MENARIK [Hebat Sungguh Bau Bayi Baru Lahir, Banyak Manfaat! Ciumlah Puas-Puas Bila Anak Dah Besar Bertukar Masam]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas? Jangan Sedapkan Hati Kata OK, Ada Tak Kena!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI