“Peganglah Tangan Ummi Abah Ke Syurga.” 30 Minggu Dikandung, Hari Kelahiran Perpisahan Terakhir

Share

Dulu ummi dapat merasai aktifnya adik dalam kandungan. Kini tiada lagi tendanganmu, kesayangan ummi sudah kembali kepada Maha Pencipta…

Kehamilan langsung tiada masalah. Muntah dan pening jauh sekali. Kehamilan Nurul Shuhada Amran berjalan dengan lancar sehinggalah usia kandungan lima bulan apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungan mengalami Potter Syndrome.

Apakah punca Potter Syndrome?

Bagi Potter Syndrome, masalah utamanya ialah kegagalan buah pinggang. Ginjal gagal untuk berkembang dengan betul semasa bayi membesar dalam rahim. Ginjal biasanya menghasilkan cecair amnion (sebagai air kencing).

Potter phenotype merujuk kepada penampilan muka lazim yang berlaku pada bayi baru lahir apabila tiada cecair amnion. Kekurangan cecair amnion dipanggil oligohydramnios. Tanpa cecair amnion, bayi tidak dilindungi dari dinding uterus. Tekanan dinding uterus membawa kepada penampilan muka yang luar biasa, termasuklah mata yang terpisah luas.

Potter phenotype juga boleh menjurus kepada anggota badan abnormal, atau anggota badan berada pada kedudukan abnormal.

Oligohydramnios juga menghentikan perkembangan paru-paru, jadi paru-paru tidak boleh bekerja dengan betul semasa lahir.

Pada tahun 1946, Dr. Edith Potter menyifatkan kegagalan renal pranatal/ agenesis renal ini dan mengakibatkan ciri-ciri fizikal janin adalah disebabkan oleh oligohydramnios iaitu kekurangan cecair amnion, serta ketidakhadiran langsung cecair amnion (anhydramnios). Oligohydramnios dan anhydramnios juga boleh disebabkan oleh hasil kebocoran cecair amnion daripada pemecahan membran amnion.

Apakah simptom-simptomnya?

Gejala-gejala Potter Syndrome termasuklah:

  • Mata terpisah luas dengan lipatan epicanthal,hidung lebar, posisi telinga rendah, dan dagu mengendur.
  • Tidak mengeluarkan air kencing.
  • Kesukaran untukbernafas.

    Tiada sesiapa mengetahui alasan di sebalik berlakunya kes-kes Potter Syndrome. Namun, para penyelidik masih lagi mengkaji masalah kecacatan kelahiran ini.

LAHIR SEBERAT 860gram

Bagi Puan Nurul Shuhada Amran Muhammad Ridhwan yang dilahirkan pada 30 Julai tahun lepas memberikan kesan kepada perasaan dia dan suami.

Dilahirkan seberat 860gram ketika kandungan berusia 30 minggu 5 hari, ibu ini berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk proses indius yang melibatkan 5 kali ubat-ubatan diberikan. Catatan ibu ini menyebabkan sesiapa sahaja sebak membacannya.

15 Disember 2017

Tarikh ini ummi & abah menikah.

Bahagia sangat masa ni setelah setahun bercinta & 10 bulan bertunang..

28 Disember 2017

Last period sebelum adik menghuni rahim ummi…

Masuk bulan Januari ummi lewat period 5 hari tapi langsung tak sangka adik ada dlm rahim ummi.

Ummi ke klinik sebab tak sihat. Bagi tahu doktor ummi dah lewat period. Doktor suruh buat pemeriksaan air kencing. Alhamdulillah positif. Sepanjang mengandungkan adik.. ummi tak pernah ada masalah apa-apa. Alahan ummi langsung tak rasa…

Mei 2018

Ummi pergi klinik untuk buat ujian imbasan dan masa ini laa ummi tahu adik tak sihat.

Terus kena refer pakar O&G hospital. Ummi follow up pakar tiap-tiap bulan. Perkembangan adik memang baik. Makin lama adik makin besar walaupun doktor cakap adik tak ada harapan. Doktor tak boleh nak terminate adik sebab adik makin besar. Masa scan adik punya aktif. Adik tunjuk kt doc adik kuat. Anak ummi hebat kan.

2 Julai 2018

Adik kurang gerak. Umi pergi klinik. Klinik hantar pergi ke hospital.

Sampai sahaja di  hospital adik gerak bukan main pulak. Aktif sangat. Keesokan harinya ummi kena scan lagi dgn doktor pakar dan pakar sahkan adik dah tak mampu survive. Doktor berbincang dan ambil keputusan untuk nak terminate adik.

Ummi & abah redha walau terpaksa kehilangan ank sulung kami. Ummi yakin adik akan bahagia di syurga sana.

5 kali masukkan ubat

Keesokan harinya ummi telah di induce dengan ubat untuk proses kelahiran adik (terminate).

5 biji ubat dimasukkan selama 3 hari tapi adik masik seronok kat dalam. Ummi langsung tak rasa sakit. Doktor bagi ummi balik rehat kat umah 3 hari. Dalam tempoh rehat itu lah adik nak keluar dengan sendiri. Alhammdulillah ummi bersalinkan adik dengan mudah

30 Julai 2018

Akhirnya masa untuk bersalin tiba. Allah mentakdirkan anak kecil ini untuk keluar dengan tenang tanpa paksaan.

Tengah malam ummi bangun buang air, tiba-tiba rasa sakit 3 minit sekali.

Ummi terus dikejarkan ke PAC pada jam 2.30 pagi, sampai sana jam 3 pagi.

Bila diperiksa, terus bukaan 4cm. Masani adik ada lagi. Lepas tu mmi dah sakit sangat dah tak tahan. Doktor scan dah tak ada lagi kelip-kelip jantung adik..

Tapi Alhamdulillah Ummi boleh kuat. Jam 4.00 lebih ummi masuk ke labour room, jam 5.09 pagi keluar laa ank kesayangan ummi abah pada usia kandungan 30w5d. 

Berbahagialah anak Ummi, Muhammad Ridhwan disyurga sana.

Adik tunggu Ummi dan Abah ye…

Sumber: Hello DoktorNurul Shuhada Amran

Published by
Azma ML