Berkenaan video tular memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh ibu kepada salah seorang murid di dalam kelas telah mendapat perhatian seorang peguam.

Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, selepas video ini tersebar beliau memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Hormati Keputusan Ustazah Tak Ambil Tindakan. Ibu Bapa Kena Ambil Iktibar

Mahu bantu ustazah ikut nasihat undang-undang

Dalam postingnya, dia meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, sehingga dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.

Menerusi entrinya, peguam itu berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana menjatuhkan maruah guru, sedangkan ada saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Peguam Hormati Keputusan Ustazah Tak Ambil Tindakan. Ibu Bapa Kena Ambil Iktibar

Peguam Hormati Keputusan Ustazah Tak Ambil Tindakan. Ibu Bapa Kena Ambil Iktibar

Berjaya hubungi ustazah

Namun update terbaru dari Peguam Nurhidayaty, beliau telah berjaya menghubungi guru yang berkenaan berserta penyelia sekolah dan telah memberikan nasihat undang-undang.

Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan. Namun sebagai pengajaran supaya insiden ini tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu. Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya. Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini.

Peguam Hormati Keputusan Ustazah Tak Ambil Tindakan. Ibu Bapa Kena Ambil Iktibar

Apabila wartawan tanya saya apakah perasaan puan apabila melihat video tersebut, saya katakan ada dua perkara bermain di fikiran saya :

Pertama:

Betapa nilai seorang pendidik iaitu guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat yang semakin hari semakin hilang adab. Bahkan sikap ibu ini yang meminta guru merangkak adalah sangat tidak cerdik dan keanak-anakkan. Saluran yang betul untuk membuat aduan adalah dengan mengisi borang aduan disekolah dan laporkan kepada guru besar.

Kedua:

Ini bukan kes pertama guru guru sekolah diserang oleh ibu bapa yang tak faham-faham bahawa kawasan sekolah ada kawasan no zone. High time kepada Pihak Kementerian Pendidikan untuk mengedarkan pekeliling khas kepada ibu bapa. Untuk ajar ibu bapa bahawa kawasan sekolah terutama kelas dan bilik guru adalah NO ZONE kepada mereka.

Ketiga:

Keselamatan di sekolah agama perlu diteliti oleh Jabatan Agama Islam dan juga Kementerian Pendidikan. Bukan sahaja keselamatan guru-guru terbabit dalam risiko. Lihat video bagaimana si ibu, orang luar, boleh masuk dengan sesuka hati di dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak sekolah. Kalaulah ibu tersebut seorang yang mengalami tekanan dan bawa senjata tajam? Saya tidak dapat bayangkan. Lihat betapa expressi muka kanak-kanak dalam kelas terbabit- confused dan takut pun ada. Sampai ada yang turun merangkak bersama.

Saya ucapkan terima kasih kepada netizen yang membantu saya mendapatkan no tel ustazah ini. Kami telah berhubung dan akan terus buerhubung sehingga isu ini selesai.

Sumber : Nurhidayaty Maidin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI