Paling dinantikan semua pihak, peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu. Perkara tersebut dimaklumkan selepas beliau membuat pemerhatian sepanjang proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Peguam keluarga arwah Zara, Shahlan Jufri berkata, beliau berada di bilik bedah siasat selama lapan jam tanpa makan dan minum bagi memerhati keseluruhan prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.
Malah katanya lagi, prosedur berjalan dengan telus malah berjalan cukup lancar.
“Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.
“Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan.
“Proses itu saya berpuas hati kerana tidak ada campur tangan mana-mana pihak, hanya mereka yang terlibat sahaja.
Ads
“Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar,” tegasnya.
Kongsi Pengalaman Lapan Jam Di Bilik Bedah
Menceritakan pengalaman pertama berada di bilik bedah siasat sebagai memenuhi permintaan ahli keluarga, Shahlan mengakui semuanya masih segar dalam ingatannya.
“Ini memang kali pertama saya berada di bilik bedah, selalunya lihat gambar sahaja. Kalau saya mahu terangkan satu persatu bagaimana proses bedah siasat itu, saya boleh terangkan sekarang sebab masih lagi segar (dalam ingatan) dan doktor ada sebut tadi, dia terkejut sebab selama ini, inilah peguam yang boleh tahan di dalam (bilik bedah siasat).
Ads
“Saya masih tahu keadaan arwah bagaimana, pisau apa yang digunakan, mangkuk apa yang digunakan, macam-macam. Pada awalnya gemuruh, lepas itu rasa kasihan sebab terpaksa gali balik dan buat bedah siasat bukan suatu perkara yang mudah, dan ketiga insaflah,” katanya kepada pemberita sebaik keluar dari bilik bedah siasat.
Malah, kongsinya lagi, sepanjang tempoh dari jam 11 pagi hingga 7 malam, beliau langsung tidak menjamah sebarang makanan atau minuman, sama seperti pasukan pakar forensik yang turut bekerja tanpa henti.
“Dari jam 11 hingga jam 7, tiada makan tiada minum. Sebab itu saya cakap tadi, saya sangat berterima kasih kepada pasukan forensik sebab mereka bukan lagi tidak makan tidak minum tetapi tidak duduk.
Ads
“Saya boleh duduk, mereka langsung tidak boleh duduk, mereka sentiasa bergerak untuk mencari kecederaan-kecederaan yang lama dan baharu, kalau ada,” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa dirinya bertahan untuk kekal berada di dalam bilik itu dari awal hingga akhir demi memenuhi hasrat keluarga.
“Saya tahan, tidak keluar, memang di situ. Bagaimana baunya, apa mereka buat saya di situ sejak jam 11 pagi hingga jam 7 malam. Sebab kenapa, itulah keinginan ahli keluarga, sebab itu saya di situ. Bagaimanapun, saya hadaplah.
Sepanjang proses tersebut, jelasnya, turut dilakukan proses penerangan dan sesi soal jawab bersama barisan peguam.
“Ada sesi soal jawab, ada diterangkan dan semuanya ada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian & Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aksi comel pemilik nama Alisa Aisyah, puteri kepada selebriti, pelakon dan instafamous terkenal Hanis Zalikha & Hairul Azreen sering menjadi perhatian warga net. Mempunyai akaun Instagram yang diuruskan oleh mommy dan daddynya, keletah si kecil ini memang cukup mencuit hati.
Sesi fotografi bagi ruangan penghias kulit bersama mommy tersayang untuk isu Hari Ibu, Mei nanti bakal memaparkan gambar-gambar comel Alisa Bersama Hanis Zalikha.
Sesi fotografi dengan memaparkan Alisa Aisyah adalah julung kali berlaku kerana menurut Hanis, dengan jadualnya yang agak padat tanpa sedar anak perempuannya itu sudah masuk usia 9 bulan.
Pelawaan dari team Pa&Ma disambut dengan tangan yang terbuka memandangkan ini kali pertama wajah si kecil Alisa bakal disiarkan dimuka depan majalah keibubapaan Nombor satu di Malaysia.
Jom lihat keletah dan pose comel dari Alisa yang tak kekok pun beraksi di depan kamera walaupun baru pertama kali.
Kalau nak tengok lagi banyak aksi dan cerita menarik fasal Alisa dan ibunya Hanis Zalikha, jangan lupa dapatkan Pa&Ma edisi Mei 2020 istimewa Hari Ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Figura usahawan wanita dan pempengaruh terkenal, Madammu sememangnya tak asing lagi dalam dunia bisnes dan media sosial.
Dikenali dengan penampilan yang elegan, gaya hidup mewah dan aura ‘boss lady’ yang luar biasa, Madammu sering jadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.
Baru-baru ni, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid sekali lagi mencuri perhatian apabila dia membuat pendedahan yang buat ramai netizen terkelu.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, dia berkongsi jawapan kepada soalan penonton berkenaan jumlah perbelanjaan bulanan dan komitmen yang perlu dibayarnya setiap bulan.
Tanpa berselindung, Madammu dengan tenang berkongsi bahawa jumlah perbelanjaan bulanannya mencecah hampir RM600,000.
“Belanja bulanan termasuk bayar komitmen dalam RM500,000 ke RM600,000. Tapi tengok juga, ada masa tak banyak sangat.”
Namun wanita berkulit cerah ini turut memberi kata-kata semangat bahawa perlu bekerja lebih rajin untuk berbelanja lebih banyak.
Bagaimanapun, dia mengakui turut berhasratnya untuk lebih berjimat cermat di masa akan datang.
NETIZEN TERKEDU
Rata-rata netizen di ruangan komen tak dapat sorok rasa terkejut. Ramai yang pada awalnya ingat Madammu cuma sebut “lima ratus, enam ratus” je rupa-rupanya bila dengar balik betul-betul, RM500,000 weh! Bukan RM500. Terus ruangan komen jadi meriah dengan reaksi:
“Ingat RM500 je tadi, sekali RM500K? Aku siap ulang balik live tu tau!” “Eh biar betul? Aku dengar tadi macam biasa je nada dia, sekali 600K???” “Boss lady betul ni… komitmen aku baru RM1,200 pun dah rasa nak rebah.”
Ramai tak sangka gaya santai Madammu jawab soalan tu, tapi nombor yang keluar buat semua ‘tersentak sekejap’.
Laungan “Allahuakbar” bergema berulang kali di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, pada malam Sabtu lalu, mengiringi pemergian seorang anak syurga, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun. Suasana penuh sebak itu disaksikan penduduk kampung dan orang ramai yang hadir sejak awal petang, sebagai tanda kasih dan solidariti buat keluarga kecil ini.
Menurut laporan Sinar Harian, seawal jam 2 petang, kawasan pekarangan tanah perkuburan mula dipenuhi orang. Ada yang datang dari kampung berdekatan, ada juga yang sanggup memandu jauh, semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir. Ketika trak polis membawa jenazah keluar, takbir bergema dari setiap sudut, mengiringi perjalanan anak ini dengan doa.
Foto Via Sinar Harian
Jeffry Fauzi Rahman, 53, dari Kampung Maligan, berkongsi pengalaman yang menggetarkan hati. “Sebelum proses menggali kubur dimulakan, doa dibacakan. Masa itu, saya terhidu bau harum seperti bunga. Wangian itu datang secara tiba-tiba… sukar untuk saya lupakan,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kehadiran malam itu adalah sebagai sokongan kepada ibu arwah, Noraidah Lamat, dan sebagai doa agar keadilan dapat ditegakkan. “Saya ikut perkembangan kes ini sejak awal. Walaupun dari jauh, saya mahu lihat sendiri proses ini. Harap segalanya dilakukan dengan telus,” ujarnya.
Proses penggalian yang dilakukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sekitar 5.30 petang dan selesai pada jam 7.15 malam. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sambil disaksikan pasukan peguam dan ahli keluarga.
Semoga roh Zara Qairina ditempatkan di kalangan anak-anak syurga, dan semoga keadilan untuk keluarga ini ditegakkan. Moga ibu dan keluarga Zara Qairina terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.