Peka 10 Tanda Autisme Pada Anak. Lambat Bercakap, Selalu Menyendiri & Tiada Eye Contact Antara Cirinya

Share

Kepekaan ibu bapa boleh mempercepatkan pengesanan dan seterusnya rawatan awal boleh diberikan.  Lambat bercakap, selalu menyendiri & tiada eye contact antara ciri-cirinya.

Selain itu terdapat juga tanda-tanda seperti tiada hubungan mata (eye contact) dengan penjaga dan orang lain, tidak menutur sebarang perkataan, tidak memberi reaksi apabila nama dipanggil atau apabila diagah.

Kebanyakan si kecil yang mengalami autisme masih belum mampu bercakap apabila mencecah usia 2 tahun. Mereka  juga tidak suka bermain dengan orang lain, tidak suka berinteraksi dan tiada hubungan mata ke mata dengan orang lain.

1 dari 68 kanak-kanak didiagnos autisme. Kanak-kanak lelaki 4 kali ganda lebih berisiko mengalami autisme berbanding kanak-kanak perempuan.

TANDA AUTISME PADA BAYI & KANAK-KANAK

Selain itu, anak autisme juga menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;

1. Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.

2. Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.

3. Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.

4. Tidak suka berkongsi barang dengan orang lain.

5. Tidak bermain dengan orang lain atau bermain secara interaktif.

 

6. Tiada hubungan mata ke mata (eye contact) dengan orang lain.

7. Mengibaskan tangan.

8. Berjalan berjengket.

9. Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).

10. Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.

Bagi anda yang ingin mendapatkan info lanjut megenai autisme, bolehlah ke acara Embrace Autism yang telah dirangka oleh DOME Cafe Malaysia. Acara ini berlangsung selama 5 hari ini bermula  3 hingga 7 April 2019 di Intermark Mall, Kuala Lumpur.

Terdapat 8 sesi ceramah yang akan disampaikan oleh pakar dan mereka yang berpengalaman akan bermula dari 6 hingga 7 April 2019. Anda dijemput untuk mendapatkan informasi mengenai autisme di dalam slot-slot yang disediakan seperti berikut;

Embrace Autism 2019 akan berlangsung di Ground floor, Intermark Mall KL dari Apr 3-7, 10am-10pm. Bagi ada yang merancang untuk menyertai sesi ceramah bolehlah mendapatkan info disini.

Published by
Azma ML