Angin pasang atau hernia kerap kali terjadi kepada bayi dan kanak-kanak lelaki. Mama dan papa perlu peka dan periksa sekiranya si kecil mempunyai tiga simptom hernia ini.
Bayi lelaki anda menangis tanpa henti? Setelah ditukar lampin, disapu minyak angin dan dipeluk tangisan masih belum reda? Periksa bahagian intim bayi, kalau membengkak, ia mungkin petanda angin pasang atau hernia. Hernia kerap terjadi pada bayi pramatang dan bayi berumur kurang dari satu tahun.
SIMPTOM HERNIA PADA BAYI & KANAK-KANAK
1.Terdapat benjolan peringkat awal jika dan ia tidak menyebabkan rasa sakit. Benjolan kelihatan semasa menangis atau mengeliat kemudian ia hilang. Tetapi lama-kelamaan, apabila hernia membesar, kesakitan akan mula dirasai bayi/kanak-kanak.
2.Keadaan yang teruk ialah apabila si kecil yang terbabit muntah,perut buncit serta benjolan keras serta sakit. Pesakit juga tidak buang angin (kentut) serta air besar.
3.Terdapat benjolan pada bahagian ari-ari serta bukaan lubang pada kantung telur. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak di bawah umur setahun tapi ada juga lebih umur setahun apabila ibu bapa baru menyedari anak menghidapi hernia.
Ads
BANYAK BERLAKU PADA LELAKI BERBANDING PEREMPUAN
Hernia yang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak lelaki disebabkan oleh lubang dalam abdomen yang tidak normal. Ia berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya. Hernia selalunya dihidapi oleh bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Pada kebiasaan hernia mengandungi usus. Jika bayi perempuan, hernia mungkin ada pada ovari.
Jika bayi masih menangis, segera berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia (usus) mungkin terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda. Ianya lebih kritikal jika benjol menjadi keras pesakit masih menangis serta muntah. Pada masa yang sama perut menjadi buncit serta bayi tidak akan membuang air besar atau angin(kentut).
3 HERNIA YANG SERING BERLAKU PADA KANAK-KANAK
Ads
1.Hernia umbilikal pada bahagian pusat
Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya. Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
2.Hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha
Hernia jenis ini berlaku di mana abdomen bertemu bahagian atas paha. Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen. Bagi kanak-kanak perempuan berkemungkinan ovari atau saluran fallopian masuk dalam hernia. Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.
Ads
3.Hernia tercekik
Ia merupakan hernia yang terputus bekalan darah. Ia menjadi sakit dan akhirnya bergangren.
JANGAN URUT!
Hernia tidak boleh diurut. Tindakan mengurutnya sangat berbahaya. Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.
Begitu juga jika tuam dengan daun sirih, apabila panas ia akan menyebabkan usus melekat di bahagian hernia. Segera dapatkan rawatan apabila mendapati anak anda mengalami hernia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu menyusu jangan sekali-kali ‘skip breakfast’. Menyusukan anak akan membuatkan ibu mudah rasa lapar.
Sarapan pagi adalah penting untuk semua orang apatah lagi ibu yang menyusukan anak. Ini kerana ia menjadi permulaan hari yang lebih bagus.
Kadangkala disebabkan kesibukan menguruskan rutin harian, ramai ibu menyusu terlupa makan sarapan pagi. Sebenarnya tak semestinya anda perlu masak makanan yang berat dan sukar disediakan.
Menu sarapan pagi yang mudah tetapi berkhasiat untuk ibu menyusu seperti dikongsi oleh Puan Siti ‘Aisyah ini boleh dicontohi. Tiada lagi alasan ‘skip breakfast’.
BREASTFAST MUDAH + BERKHASIAT BUAT IBU MENYUSU
Baru-baru ni ada ibu mengadu pada saya, pagi-pagi kerap “skip” breakfast.
Buat ibu menyusu, breakfast sangatlahpenting!
ELAKKAN skip breakfast!
Saya akan kongsikan menu breakfast yang simple untuk ibu.
(Ni kalau tak sempat nak buat & fikir menu “kompleks” macam mee goreng, nasi goreng, roti canai dan lain lagi)
MENU PAGI IBU MENYUSU
Biasanya diambil pada pukul 7-8 pagi.
1. Roti wholemeal
2. 2 biji telur + ditabur lada putih
3. Butter atau jem yang anda suka.
4. Air kosong @ teh hijau + madu
Pukul 10 pagi.
SUSU KURMA
1. 3 biji kurma dibuang biji
2. Rendam dalam air panas (supaya kulit luar kurma lembut dan senang keluar.
3. Lepas 10 minit, kupaskan kulit luar kurma. Isi kurma dalam bekas.
4. Tuangkan fresh milk dan guna mixer untuk blendkan susu fresh + isi kurma.
Terus minum! Moga bermanfaat.
Menu ini kaya serat, cukup karbohidrat, protein, iron dan segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh ibu menyusu di waktu pagi.
Untuk menghasilkan SUSU CUKUP + BERKUALITI.
Sumber: Siti ‘Aisyah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya selepas dua bulan bersalin dan melalui tempoh berpantang.
Jihan dan suami, Ungku Hariz memperkenalkan bayi comel mereka dalam majlis aqiqah dan cukur jambul yang diadakan di Dewan Seri Hatinie Shah Alam, semalam.
Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekatnya itu, pasangan ini turut berkongsi nama yang telah dipilih buat anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq. Bayi lelaki Jihan juga turut mempunyai gelaran manja-Baby Ninja.
Sebelum ini Jihan dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka terlebih dahulu sehingga ada peminat seakan-akan tak berpuas hati.
Dengan pendedahan ini, pastinya peminat gembira selepas menanti lebih dua bulan lalu semenjak Jihan bersalin pada 25 Januari lepas.
Terdahulu, Jihan yang bersalin secara pembedahan telah melahirkan bayi sulungnya dengan berat 3.85 kilogram di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sumber: instagram Jihan Muse & Ungku Arsalan Haq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Nanti anak yang dikandung tu jadi gelap”, kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang sedang mengandung.
Ini merupakan salah satu tips orang terdahulu yang dikatakan boleh mengelakkan anak mendapat kulit yang gelap.
Malah ada yang menyatakan, air kacang soya yang putih boleh membuatkan anak menjadi putih jika selalu meminumnya ketika mengandung.
IRONINYA, KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT IAITU KICAP DAN AIR KACANG SOYA INI BERASAL DARIPADA TUMBUHAN YANG SAMA IAITU SOYA.
Persoalannya disini, adakah benar dengan memakan ataupun meminum bahan yang mempunyai warna gelap dan putih itu akan mempengaruhi warna kulit kanak-kanak?
Disini kami ingin menyatakan beberapa fakta.
1. Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripadasel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan kompoun ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan setakat itu, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan kompaun melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka yang ada masalah ini dikatakan mempunyai penyakit ‘Albino’.
Kuantiti kompaun melanin yang dihasilkan inilah yang akan menentukan kecerahan dan gelapnya kulit seseorang. Dan perkara ini bergantung kepada genetik.
Sebagai tambahan, warna kulit diperturunkan kepada anak kita melalui ‘polygenic inheritence’. Bermaksud ada beberapa ‘gene’ pada baka kita yang terlibat dalam warna kulit. Berlainan pula bagi jenis darah. Ia hanya melibatkan sepasang ‘gene’. Iaitu satu daripada ayah dan satu lagi daripada ibu.
Kita bagi contoh.
A mewakili gene yang akan menyebabkan kulit GELAP
a mewakili gene yang akan menyebabkan kulit CERAH
Seorang rakyat Afrika mempunyai kulit warna yang sangat gelap:
Kita anggap semuanya genenya adalah mewakili gelap iaitu
AA AA AA
Saya tulis AA tu secara berpasangan disebabkan satu gene daripada ayah dan satu lagi gene daripada ibu.
Ada 3 pasangan disebabkan ‘polygenic inheritence’ seperti yang saya terangkan di atas.
Dia kahwin dengan perempuan eropah yang sangat cerah:
Kita anggap semuanya gene warna kulitnya mewakili yang cerah sahaja:
aa aa aa
Anak yang akan terhasil akan mempunyai warna kulit di antara cerah dan gelap. Maksudnya tidak terlampau cerah ataupun gelap disebabkan genetik anaknya telah bercampur iaitu: Aa Aa Aa
Oleh itu, penyelesaian sebenar untuk mendapatkan anak yang putih adalah berkahwin dengan orang yang mempunyai kulit yang putih.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.