Peka tempoh masa bayi alami aselerasi pertumbuhan bayi sebelum usia 1 tahun. Selalunya 3 perkara ini akan berlaku!
Bayi anda berubah jadi kuat makan, menyusu dan meragam? Kalau dulu dia senang tidur apabila tiba waktu tidur dan tidak kisah untuk bermain berkeseorangan, tapi sejak akhir-akhir ini kini dia berubah karakter jadi suka merengek, mengamuk, kuant makan dan dan mudah menangis. Mama papa perasan tak ini berlaku pada tempoh tertentu kepada bayi bawah 12 bulan.
Pertumbuhan bayi pada tahun pertama hidup adalah cepat dan penuh dengan perubahan fizikal dan emosinya. Bayi secara purata membesar setengah inci hingga satu inci setiap bulan dan pertambahan beratnya lima hingga tujuh auns setiap minggu pada enam bulan pertama.
Berat ketika lahirnya dengan akan meningkat kepada dua kali ganda pada usia lima bulan dan tiga kali ganda usia setahun. (Bayi lelaki baru lahir cenderung untuk lebih berat dan panjang berbanding bayi perempuan baru lahir)
Proses pertumbuhan yang pesat ini terjadi dalam jangka masa yang sangat singkat. Proses dipanggil aselerasi pertumbuhan atau growth spurt.
KEKERAPAN ASELERASI PERTUMBUHAN BAYI
Setiap bayi berbeza, ada garis pertumbuhan pertumbuhan yang berbeza. Selalunya ia berlaku 5 kali iaitu;
JANGKAMASA
Aselerasi pertumbuhan selalunya berlaku dengan pantas iaitu dua hingga tiga hari bagi setiap kalinya. Ia adalah proses yang normal dan tidak ada yang perlu ditakuti hinggakan ramai ibu bapa tidak menyedarinya walau pun ia berlaku.
SIMPTOM ASELERASI PERTUMBUHAN BAYI
Mama papa perlu tahu setiap bayi adalah unik dan berbeza walau pun antara adik beradiknya. Anda perlu banyak bersabar kerana bayi mungkin akan kelihatan seperti ‘buat perangai’. Antara tanda aselerasi pertumbuhan pada bayi ialah seperti berikut;
1)ALAMI MASALAH UNTUK TIDUR MALAM
Si kecil anda yang selama ini mudah untuk tidur malam kini suka berjaga pula. Waktu malam pun suka bermain hingga tidak mahu tidur dan mahu makan atau menyusu.
2)SELALU LAPAR DAN MENYUSU LAMA/ KERAP
Kelaparan meningkat dan ini menyebabkan bayi jadi kuat menyusu atau makan. Jika bayi masih menyusu, mereka akan sentiasa mahu menyusu atau mengempeng.
3)KUAT MERAGAM
Bayi cenderung untuk mengamuk atau menangis apabila apa yang dikehendaki tidak dipenuhi. Apabila lapar dan penat (akibat tidak tidur secukupnya), bayi akan mudah emosi dan menangis walau pun apa yang terjadi adalah perkara yang kecil yang sebelum ini mereka tidak kisah.
Cara Mengendalikan ASELERASI PERTUMBUHAN?
Jadi, mama dan papa kena pandai menilai dan mengenali tanda-tanda aselerasi pertumbuhan ini supaya boleh bertindak dengan betul. Walau apa pun yang terjadi, kawal emosi dan elakkan memarahi si kecil.
a)CARI ALTERNATIF UNTUK MENENANGKAN
Jika si manja sudah minum susu secukupnya tiga jam sebelum itu dan berat badannya ketika itu naik dengan baik, cuba alternatif lain untuk menenangkannya iaitu dengan menukarkan lampin, membedungnya semula dan mendodoinya. Anda juga boleh lakukan apa sahaja perkara lain kerana pada peringkat ini, bayi anda akan lebih sukar untuk ditenangkan dan dihiburkan.
b)ELAKKAN TENANGKAN Bayi DENGAN MAKANAN
Menenangkan dengan makanan juga boleh menyebabkan si kecil menyusu terlalu berlebihan. Sebelum anda memberikan susu, cari isyarat asas lapar, seperti tangisannya atau gesaan untuk mendapatkan payudara/ botol susu. Tetapi pastikan ia tidak berlebihan. Bila bayi memalingkan wajah daripada payudara atau botol, bermakna mereka sudah kenyang. Jangan dipaksa mereka habiskan kesemuanya!
c)HADKAN MAKANAN PEJAL PADA WAKTU TENGAH MALAM
Pakar mencadangkan ibu papa untuk memberikan susu, air dan sajian makanan pelengkap (sekiranya bayi sudah mula makan makanan pelengkap iaitu bulan ke atas) pada siang hari. Ini kerana pada waktu siang, mereka akan sibuk dengan aktiviti dan memerlukan tenaga tambahan!
Tapi pada sebelah malam, anda perlu kurangkan pemberian makanan sebaliknya berikan susu sahaja kerana bayi perlukan tidur dan rehat secukupnya.
PROSES YANG NORMAL BERDASARKAN CARTA PERTUMBUHAN
Walaupun bayi sudah naik berat badan, bagi memastikannya berada pada tahap yang betul, rujuk kepada carta pertumbuhan bayi.
Pakar kanak-kanak akan mengukur dan menjejaki ketinggian dan panjang bayi semasa pemeriksaan (yang kerap semasa 18 bulan pertama) dan mencari corak dan trend. Sekiranya pertumbuhan bayi menyimpang secara mendadak dari lengkung individunya, itu boleh menjadi penunjuk masalah seperti penyakit atau penyakit.
Anda tidak perlu menunggu temujanji kesihatan untuk bercakap dengan doktor anda tentang pertumbuhan bayi. Sekiranya anda mempunyai keprihatinan mengenai aselerasi pertumbuhan ini atau sebarang aspek perkembangan kanak-kanak, rujuk dan berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.