Ramai ibu bapa merungut susah nak ajar anak duduk dalam car seat. Letak je terus menangis. Itu belum lagi yang meronta dan meraung supaya diangkat.
Dalam keadaan ini, kebanyakan ibu bapa akan terus mengalah kerana tak sanggup dengar anak menjerit. Cara ini memang boleh buat anak diam tetapi kita tak tahu apa akan berlaku dalam kenderaan yang dinaiki jika tiba-tiba berlaku kemalangan.
Perlu tahu sejak awal lagi biasakan anak duduk dalam car seat, sebenarnya lagi mudah. Ibu bapa kena keraskan hati. Jika setakat merengek sikit-sikit biarkan je. Lama-lama anak akan faham dan dengan sendirinya bersedia duduk dalam car seatnya sendiri apabila naik kereta.
Bagi ibu kepada tiga orang anak, Masturah Abu Bakar, dia ada berkongsi tipnya sendiri ajarketiga-tiga anak duduk dalam car seat walaupun diawalnya melalui pengalaman sukar seperti ibu bapa lain.
Ada yang tanya, macam mana train anak dalam carseat? Nampak duduk elok je. Itu masa nampak elok la, masa menjerit tak nampak lagi. Haha
So tips nak pastikan anak duduk dalam carseat:
1) Pekakkan telinga
Lepas habis suara dia menangis, bila dah tekak tu perit sebab menjerit, nanti dia berhenti la tu. Lagi bagus bila dia terus tidur.
2) Keraskan hati
Jangan pulak bila dah tengok anak menjerit semacam, kita yang buka ambik dia dari carseat. Anak-anak atas setahun dah pandai manipulasi. Sekali kita dah buka, diorang akan buat strategi yang sama untuk kerah kita buka lagi. So keraskan hati ya.
3) Rasuah makanan sebab dengan makanan je dia orang duduk diam mengunyah
4) Kalau jalan jauh kena berhenti tiap 2 jam. Macam kita la orang dewasa lenguh-lenguh juga kan.
5) Kalau anak yang dah besar boleh bagi tengok video kemalangan dan kanak-kanak tercampak dari kereta. Mesti dia orang seram
ARTIKEL BERKAITAN: [Semua Ingat Cedera Teruk! Kereta Terbalik Car Seat Selamatkan Nyawa Bayi 4 Bulan]
6) Anak yang masih kecil boleh bawa bercakap, atau menyanyi atau buat je lah apa-apa nak suruh dia diam.
Tip ini yang dipraktikkan sejak dari anak pertama dan semuanya jadi mudah bila anak faham. Walaupun diawalnya susah percayalah lama-kelamaan anak akan mahu dengan sendirinya.
Sumber: Masturah Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI