Pelakon Taiwan, Benjamin Wong berkongsi klip video dia menggoreng plasenta atau uri isterinya untuk dimakan selepas wanita itu melahirkan anak mereka, lapor laman berita Mothership semalam.
Benjamin Wong memuat naik video itu di laman Instagram bersama kapsyen: “Melahirkan anak adalah sukar, jadi dikatakan cara terbaik untuk memulihkan badan adalah dengan memakan plasenta. Ini adalah cara mudah untuk memasak plasenta.”
Benjamin menunjukkan kemahiran memasak dengan mendokumentasikan cara dia menggoreng plasenta isterinya.
Dia mula mencuci organ itu dan mengeluarkan selaput kelabu yang menutupi plasenta.
Selepas itu, dia memotongnya menjadi kepingan sebelum memasukkannya ke dalam air mendidih. Dia merebus semula kepingan plasenta selepas menukar air.
Ads
Benjamin kemudian menyediakan sayur-sayuran untuk digoreng bersama plasenta.
Setelah siap dimasak, dia memberi isterinya sekeping plasenta goreng sebelum memakannya.
Apabila menggigit plasenta itu, Benjamin mendapati ia ‘sedap’, manakala isterinya berpendapat ia ‘hanyir’.
Ads
Isteri Benjamin mencubanya buat kali kedua dan menganggapnya ‘agak sedap dan rangup’. – Agensi
INFO: Uri boleh juga di anggap sebagai salah satu organ yang telah mati. Ia juga sama hukumnya dengan kaki seseorang yang terpaksa di potong akibat masalah diabetes. Kerana itu adalah sangat afdal untuk kita menguruskannya dengan sempurna tanpa berlebih-lebih. Maksud menguruskan dengan sempurna tanpa berlebih adalah memadai dengan sekadar di tanam tidak boleh di bakar ataupun diletakkan dengan bahan yang boleh membawa kepada unsur khurafat.
Bahan semulajadi yang digunakan dalam kehidupan seharian sebenarnya boleh membantu merawat sakit. Cuma bagaimana cara digunakan itu bergantung kepada kesesuaian dan masalah penyakit yang dialami.
Selain makan ubat dan mendapat nasihat doktor, tak salah untuk cuba ikhtiar guna rawatan alternatif kerana ia juga boleh membantu.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Yatie Eimra yang membuat sendiri minyak bawang putih yang dicampurkan dengan daun sirih untuk merawat masalah batuk teruk anak dan suaminya boleh dicuba.
Masa anak & suami batuk teruk tempoh hari, selain makan ubat & jaga pemakanan saya gak selalu urut dada & belakang badan gunakan minyak bawang putih.
Sebelum ni bila Fydh batuk teruk, saya gunakan minyak bawang putih (+daun salam), dan layurkan daun sirih untuk diletak pada dada anak. Tapi sebenarnya bukan semua orang serasi gunakan cara layurkan daun sirih ni.
?Pertamanya, bagi anak yang kulit sensitif, daun sirih tadi akan menyebabkan ruam & gatal² pada kulit.
Fydh ni sendiri pun tak boleh letak lebih dari 30 minit.. Kalau x, memang akan jadi ruam & gatal pada bahagian lekapan daun sirih.
?Daun sirih ni sifatnya panas. Tak semua serasi/tahan panas daun sirih ni nak² kalau layurkan sirih & gunakan minyak panas/telon. Sebab tu sebaiknya gunakan minyak bawang putih/balsam bayi yang sederhana/tak terlalu panas untuk anak kecil.
Kalau korang pernah baca post saya tentang ayat² syifa’ sebelum ni, saya ada ceritakan yang mana saya dah mati akal & tak tahu nak buat apa untuk kurangkan batuk anak (walaupun dah makan ubat, batuk tetap non stop). Sebagai ikhtiar terakhir, saya gorengkan daun sirih dalam minyak bawang putih. Saya syukur sangat sebab anak serasi dengan minyak bawang putih yang dicampurkan daun sirih & batuk mula beransur² berhenti tak lama lepas tu..
Baru² ni disebabkan 1 rumah dah berjangkit demam & batuk, saya buatkan stok minyak bawang putih untuk kegunaan seisi keluarga. Macam biasa jugak, saya gunakan cara menggoreng hirisan bawang putih dalam minyak zaitun dengan api yang sangat perlahan. Bila buat minyak bawang putih, saya memang wajib tambahkan daun salam gak sebab sangat² membantu dalam masalah berkaitan pernafasan. Kali ni saya tambahkan bahan ke-4 iaitu daun sirih yang telah diramas². Daun sirih memang elok untuk meredakan selesema, batuk, asthma, sesak dada & jugak sakit perut (masalah pencernaan).
Alhamdulillah, bila gunakan minyak ni memang nampak perubahannya lebih cepat. Bila anak/suami terbatuk² jer, saya sapukan jer minyak ni pada dada & belakang badan (sebaik²nya urut sikit), batuk pun kurang secara beransur².. Sebelum tidur malam pun, sapukan dulu minyak ni pada bahagian dada, belakang & juga tapak kaki.. InsyaAllah anak tak batuk teruk sangat tengah² malam (selalunya batuk jadik lebih teruk waktu tengah malam sebabkan suhu yang lebih sejuk & posisi berbaring – kahak terkumpul banyak pada paru²)
Kalau ada yang alami masalah batuk berterusan & nak cuba buat minyak bawang putih dengan daun sirih, ni saya sertakan resipinya.. Mudah²an dapat dimanfaatkan bersama.. Apa² pun penyakit kita/anak, jangan lupa berdoa & minta kesembuhan padaNya sebab Allah jugalah yang Maha Menyembuhkan & kita sekadar berusaha (makan ubat, ikhtiar secara alternatif, dll).
Bahan²:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
5-7 helai daun sirih diramas
Cara²:
1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis & dibiarkan seketika (5-10 minit).
2. Goreng daun salam & daun sirih dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga layu.
3. Masukkan bawang putih & tambahkan sikit lagi minyak (agak² tenggelam je). Panaskan dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
4. Masukkan bahan² tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dlm suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je utk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.
⭐kesannya lebih efektif jika biarkan terendam semalam
⭐daun sirih/hirisan bawang perlu disimpam terendam minyak supaya tak berkulat. Sekiranya kuantiti minyak dah sikit, keluarkan daun sirih/hirisan bawang supaya minyak tak rosak.
⭐gunakan 3-5 helai jer dauh sirih jika daun bersaiz besar
Ibu pertama kali hamil pasti tertanya-tanya apakah ada cara untuk membantu diri melancarkan proses bersalin. Rata-rata yang tiada pengalaman, pasti rasa gusar dengan kesakitan kontraksi yang bakal ditanggung sebelum berjaya melahirkan bayi.
Sememangnya ada cara yang boleh mempermudahkan proses bersalin. Namun anda perlu ingat bahawa setiap proses kelahiran adalah berbeza antara satu sama lain walaupun anak-anak itu datang daripada ibu yang sama.
Telur ayam kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim sebagai makanan yang membantu dalam pemulihan tenaga. Jika mengikut pesanan orang tua-tua, telur ayam kampung yang diambil bersama minuman coklat sangat membantu semasa proses bersalin. Hal ini terutamanya semasa anda meneran.
Mengikut petua, anda perlu ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ia ke dalam secawan minuman coklat panas. Kacau dan kemudiannya minum sebaik mendapat tanda-tanda awal bersalin.
Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk mengamalkan makan telur ayam kampung separuh masak sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu diri kekal bertenaga.
Kurma
Makanan sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat dan baik diamalkan sepanjang usia kehamilan. Ia juga adalah sejenis buah boleh membekalkan tenaga segera. Pakar perubatan pun yakin dengan manfaat amalan pemakanan kurma di kalangan ibu hamil kerana ia dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Malah ia juga dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.
Oleh itu, bawa bekal beberapa biji buah kurma ke dalam bilik bersalin dan jadikan ia sebagai makanan pembekal tenaga sebelum anda memasuki fasa akhir kelahiran.
Minyak kelapa dara
Pengambilan minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) sepanjang kehamilan dipercayai berupaya memberi kesan yang positif. Ia sememangnya sering digunakan untuk membantu proses bersalin.
Ia boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Malah ada di kalangan wanita hamil yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum dengan tujuan mahu mengelakkan risiko koyakan semasa bersalin.
Bendi
Sayur yang mempunyai lendir ini dipercayai boleh membantu dalam proses bersalin. Malah ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah sembelit, diabetis dan jaundis. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam rebus, dimasukkan ke dalam masakan berkuah atau ditumis sebagai hidangan sayur.
Bagi anda yang mungkin mengalami masalah buasir semasa hamil, sangat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.
Air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Pengambilan air kelapa sepanjang tempoh kehamilan baik kerana dapat membantu menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tidak berbau. Adakalanya tanpa kita sedari dan sedikit terleka, anak-anak mudah berdepan dengan pelbagai benda disekeliling mereka yang boleh mencederakan mereka.
Minyak atau cecair yang mengandungi pelbagai bahan terlarang yang berada disekeliling kita antara yang perlu dijauhkan dari anak-anak kecil. Apa lagi bahan beracun yang sememangnya boleh mengundang bahaya kepada anak-anak kita. Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu jadikan panduan.
Darah saya berderau, jantung berdegup laju. Malam tu saya menunggu kemasukan seorang bayi 8 bulan ke dalam wad.
Bila saja dia sampai, semua mata terarah pada bayi ni. Nampak dia keletihan dan pucat. Agaknya sebab dah berkali-kali dia muntah lepas tertelan cecair Eucalyptus oil ni. Ia sejenis minyak yang digunakan untuk sapuan pada kulit dan bukan untuk diminum.
Selepas selesai mandi, bayi ni bermain dengan botol minyak tu pada sekitar bibirnya. Mana nak tahu, penutup botol tu terbuka dan cecair minyak tu terus melimpah masuk ke dalam mulutnya.
“Anak saya akan okay ke?” tanya si ibu pada saya.
Dia nampak tak tentu arah. Mata dan pipinya basah sambil mendukung si kecil tu. Saya cuba tenangkan hati si ibu. Ada beberapa ujian darah perlu dihantar segera.
Jika anak tertelan cecair beracun:
1. Perhatikan tanda-tanda ini.
– Tak bermaya
– Muntah-muntah
– Sakit perut
– Pucat
– Sukar bernafas
2. Tanda-tanda ini boleh berlaku selepas beberapa minit hingga 24 jam yang pertama.
3. Jangan paksa anak untuk muntahkan semula cecair beracun tu. Menjolok tekak anak boleh mencederakan dia.
4. Jika anak terlalu lemah, muntah berkali-kali atau tak sedarkan diri, tak perlu beri dia minum apa-apa.
5. Jika dipaksa juga untuk minum, boleh jadi air masak atau susu tu masuk ke dalam salur pernafasan.
6. Wajib bawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut.
Selepas pemantauan sepanjang hari, dia nampak lebih aktif dan tak lagi muntah-muntah. Mata nampak lebih bulat dan mula nak bermain. Riak wajah si ibu pun nampak lebih tenang.
Dan saya, rasa teramat bersyukur sebab tak ada perkara yang lebih buruk berlaku.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.