Pelakon Faye Kusairi yang dah selamat melahirkan bayi lelaki pada 9 April lalu bersamaan dengan tarikh ulang tahun perkahwinannya teruja melalui tempoh berpantang buat kali pertama.
Menerusi entri instagram, Faye memaklumkan bayi lelakinya berkongsi tarikh sambutan ulangtahun perkahwinannya dengan pengarah Azmi Hatta.
“Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.
“Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year anniversary kami, tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.
IKLAN
“Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?
“Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby,” tulis Faye.
IKLAN
Dalam post lain di instagram Faye, dia juga ada berkongsikan pengalaman berpantang dengan menggunakan khidmat Allura bermula dengan urutan, bertungku, mandian sauna, bertangas, mandian herba, sapuan pilis dan memakai bengkung.
Pemakaian stoking oleh ibu ketika berpantang adalah amalan yang baik, tapi tidaklah wajib. Pastikan anda memilih stoking yang sesuai supaya ia tidak mengganggu pengaliran darah.
Perkongsian daripada jururawat Puan Bel Nawhen mengenai amalan memakai stoking dalam tempoh selepas bersalin
Pantang dan stoking tak dapat dipisahkan.
Pemakaian stoking membantu ibu mengekalkan suhu badan yang normal dan mengelakkan dari berpijak pada lantai yang sejuk. Ia juga boleh melindungi kaki.
Sekiranya tidak selesa berstoking, boleh pakai selipar/ kasut dalam rumah sebagai alternatif untuk elak kaki tersentuh lantai yang sejuk.
Berstoking bukan bertujuan untuk mengelakkan ‘masuk angin’. Tiada istilah angin masuk dari kaki ke rahim atau mana-mana liang tubuh.
Memakai stoking & bergerak aktif boleh mengelakkan darah beku pada salur darah di betis.
TIP PEMILIHAN STOKING
Pilih stoking jenis thromboemboletic Deterring- compression stocking untuk memperbaliki pengaliran darah pada bawah kaki ke atas & boleh mengelakkan darah berkumpul di bawah. Ia perlu menyerap peluh, ketat pada betis & tidak licin.
Tidak memakai stoking semasa pantang bukanlah satu kesalahan besar, kecuali sekiranya di luar rumah bertujuan untuk menutup aurat.
Bagi ibu hamil yang pertama kali ingin menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama pasti teruja dan tidak sabar menanti kehadiran si kecil. Bila sudah masuk fasa yang ketiga iaitu 3 bulan sebelum tarikh due date persediaan awal dah kena buat.
Perkongsian dari Khalisah Hazrina boleh memberi panduan berdasarkan pengalamannya sendiri dan ibu lain.
10 checklist ini memang sangat berguna kerana jika salah satu ibu hamil tidak lakukan, mungkin keadaan akan menjadi sedikit kelam kabut ketika cahaya mata pertama lahir ke dunia ini.
Pastikan Barang Keperluan Bayi Cukup
Untuk memastikan barang keperluan bayi cukup dan tersedia, Lisa sarankan anda membuat checklist atas kertas atau taip dalam phone bagi setiap keperluan bayi tersebut. Supaya tidak ada satu barang keperluan bayi terlepas pandang. Antara keperluan bayi yang perlu ibu pastikan cukup adalah set pakaian bayi, pampers, bedung, selimut, stokin, set barang mandian, set tempat tidur, set perubatan, set penyusuan dan sebagainya lagi. Kalau boleh semua barang keperluan bayi ini diletakkan dalam 1 bakul atau bekas khas untuk bayi supaya ia tidak bercampur dengan pakaian yang lain.
Bagi anda yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda juga boleh membeli keperluan bayi ini secara online sahaja. Untuk lebih jimat, DPAMkini sedang mengadakan ‘free shipping’ untuk semua barangan bermula dari 25-31 Julai 2019. Klik siniuntuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM dan jangan lupa gunakan kod DPAMFS!
Merancang Bersalin Di Hospital Yang Mana
Checklist ini juga antara salah stau checklist yang sangat penting. Antara faktor yang boleh anda ambil kira untuk memilih hospital yang mana adalah faktor jarak dari rumah, recommendation dari rakan atau saudara anda, service yang bakal diterima serta faktor kewangan.
Merancang Untuk Memohon Bercuti Dari Majikan
Setelah membuat temujanji yang pertama dengan doktor, beliau akan berikan anda tarikh jangkaan bila bayi akan dilahirkan. Maka anda sudah boleh merancang dari awal untuk memilih tarikh bercuti bersalin. Sebagai persediaan awal, anda boleh untuk memohon bercuti dari majikan mengikut tarikh jangkaan tersebut. Supaya, akan ada rakan kerja anda untuk menggantikan anda semasa ketiadaan anda pada cuti bersalin nanti.
Scan Bayi
Masa yang sesuai disarankan untuk ibu bapa membuat scan bayi adalah pada fasa kedua atau fasa ketiga iaitu 3 bulan sebelum bersalin. Pentingkah scan bayi ini? Pendapat Lisa sendiri scan bayi ini ada kepentingannya juga kerana melalui scan bayi kita dapat bayangan sedikit sebanyak berkenaan kondisi bayi tersebut sama ada dari segi fizikal dalaman dan luaran. Bonusnya, ibu bapa dapat lihat jantina si bayi dan bolehlah mereka membuat persediaan awal untuk keperluan bayi tersebut.
Ingin Berpantang Di Mana
Ya, 3 bulan sebelum bersalin anda sudah perlu merancang di mana anda mahu berpantang sama ada berpantang di rumah sendiri, rumah mak mertua atau rumah ibu bapa anda. Perancangan ini juga dikira amat penting kerana anda boleh merancang keperluan untuk berpantang disediakan di sana. Tidaklah last minute, anda akan jadi sangat kelam kabut dan masih mencari-cari tempat mana yang sesuai.
Pencarian Confinement Lady
Zaman sekarang bidan yang menjaga ibu berpantang lebih dikenali sebagai confinement lady, Pada zaman dahulu bidan hanya datang menjaga ibu berpantang hanya sehari atau dua hari sahaja dan mereka lebih kepada membantu untuk berurut dan menguruskan bayi tetapi pada zaman sekarang, sudah ada perkhidmatan yang menyediakan penjagaan ibu berpantang seperti bertungku, berurut, bertangas, masak makanan berpantang, pengurusan bayi, memakaikan bengkung serta mandi herba.
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh agensi confinement lady ini dan anda boleh pilih mengikut budget anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda mahu booking confinement lady ini, anda perlu membuat tempahan awal dan selewat-lewatnya adalah 3 bulan sebelum bersalin. Jika tidak ia sudah fully booked.
Keperluan berpantang
Jika anda mengambil confinement lady, selalunya agensi mereka akan menyediakan pakej sekali keperluan berpantang tetapi jika anda tidak mengambil perkhidmatan ini maka anda perlu membeli sendiri.
Keperluan Ibu Selepas Bersalin
Selain keperluan bayi perlu disediakan, jangan lupa keperluan si ibu juga perlu diberi perhatian antaranya adalah pakaian longgar dan selesa untuk ibu mudah bergerak dan menyusukan bayi, pad maternity( kemungkinan darah nifas banyak keluar maka disarankan si ibu menggunakan pad maternity), bra maternity dan sebagainya.
Perlu Tahu Tanda Bersalin
Bagi persediaan untuk bersalin, ibu juga perlu tahu asas tanda-tanda si ibu bakal bersalin. Lisa percaya ilmu ini, nurse atau doktor sudah maklumkan kepada ibu ketika temujanji pada fasa ketiga ini.
Antara tanda bersalin adalah berlakunya kontraksi yang kerap, turun darah, turun mentuban dan berlakunya sakit perut seperti mahu membuang air besar. Jika tanda-tanda ini sudah ada pada si ibu maka bersegeralah ke hospital yang telah anda rancang untuk bersalin.
Menghadiri Kelas Antenantal Dan Baca Buku Berkenaan Penjagaan Bayi dan Ibu
Bagi ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata, anda mungkin kekurangan ilmu dari segi penjagaan bayi dan penjagaan diri selepas bersalin. Dengan menghadiri kelas antenantal yang dianjurkan oleh pihak hospital mahupun klinik, mereka akan membantu anda melengkapi ilmu tersebut serta anda juga boleh membaca buku sebagai persedian menguruskan si kecil dan diri anda.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak persediaan ibu hamil yang sedang menantikan cahaya mata.
Ibu bapa mana yang dapat melihat anak menderita kesakitan. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan cahaya mata semakin baik, sihat dan pulih.
Muhammad Rezfan, 11 bulan mengalami 4 penyakit jantung dan tidak boleh membuang air besar secara normal. Anak kecil ini juga adalah anak istimewa sindrom Down.
SUDAH MELALUI 2 PEMBEDAHAN
Menurut bapanya, Mohd Fazli Muhamad Radzuan anak keempatnya itu telah pun melalui dua pembedahan iaitu pembedahan membuat lubang dubur pada Januari dan pembedahan katarak pada Februari.
Mata Refzan yang dulu diselaputi katarak kini boleh melihat. Bayi ini menggunakan cermin mata untuk pandangan dekat kerana kanta yang dipasang hanya untuk pandangan jauh.
“Semakin dia membesar semakin berfungsi untuk pandangan jauh. Untuk pandangan dekat Refzan perlu memakai cermin mata dengan power 700 bagi sebelah mata,” kata Fazli.
Walau pun pembedahan membuat lubang dubur telah dilaksanakan, Rezfan masih tidak dapat membuang air besar secara normal kerana perlu melalui proses menjolok lilin pelbagai saiz melalui lubang dubur.
PERLU TUNGGU BERAT CECAH 10KG
Keadaan Rezfan yang kerap demam menyukarkan rawatan berikutan tumbesarannya perlu mencapai 10 kilogram sebelum boleh melakukan pembedahan untuk jantung pula. Berat terkini Rezfan ialah 7.8kg.
BANYAK MENANGIS RISIKO JANGKITAN KUMAN
Selepas membuat pembedahan katarak, doktor mata meminta untuk menghentikan dahulu proses ‘menjolok lilin’ kerana tidak mahu Rezfan menanggung risiko jangkitan kuman jika dia terlalu banyak menangis.
Hasil keprihatinan, bapa ini bersyukur atas bantuan yang diberikan walau pun kini sudah kehabisan kerana digunakan sebagai amanah untuk rawatan Rezfan & perjalanan ulang alik ke Kedah, Pulau Pinang & Kuala Lumpur.
SEMINGGU TIDUR DALAM KERETA
Lebih menyedihkan lagi Mohd Fazli bersama 2 lagi anaknya yang lain pernah tidur dalam kereta selama seminggu semasa Rezfan mendapatkan rawatan katarak di Kuala Lumpur.
Bagi meneruskan hidup, Fazli mencari rezeki dengan menjual ais kacang dan makanan ringan di depan rumah manakala isterinya bertugas sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang memperoleh pendapatan RM850 sebulan.
HARAP BOLEH BERI DORONGAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Bapa ini berharap perkongsian ini dapat memberikan dorongan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak seperti Refzan terus kuat walau pun apa juga dugaan dan halangan yang dilalui. Pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga ini bolehlah menyalurkan kepada akaun isterinya (Bank Simpanan Nasional) Zuraidah Azlinda Mehad 0213829-0000-35611.