Setelah empat tahun menanti, akhirnya pelakon Shah Iskandar berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan bersama isterinya, Siti Sarah Mohd Noor.
Cukup lama menanti, Shah ternyata cukup gembira dengan kelahiran cahaya mata lelaki, kurniaan dan rezeki Allah yang dinantikan sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Shah yang berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun instagram miliknya semalam merasa amat bersyukur kerana proses kelahiran anak lelakinya itu berjalan dengan lancar.
Malah khabarnya Shah dan isteri sudah pun memberikan nama buat bayi lelaki mereka.
“Assalamuakaikum semua, pada 10 Oktober 2020 jam 2.02 tengahari, isteri saya telah melahirkan cahaya mata pertama kami di Umra Hospital, Shah Alam.
“Alhamdulillah, proses bersalin isteri saya berjalan dengan mudah tambahan kakitangan hospital itu juga banyak membantu kami.
“Saya buat keputusan untuk tidak membuka media sosial selama tujuh hari selepas itu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap isteri dan anak saya,” tulisnya.
Ads
Nama Cukup Indah
Rupanya Shah sudah pun menyediakan nama yang indah buat cahaya mata sulung mereka. Shah turut mengumumkan nama pilihan mereka untuk si comel kesayangan mereka ini.
“Akhir sekali, dengan berat 3.66 kilogram ketika dilahirkan, terima kasih Yusuf Zulkarnaen Shah Iskandar kerana melengkapkan kami.
“Awak umpama dunia buat kami, awak akan disayangi oleh semua, baik dalam keluarga mahupun rakan-rakan,” tulisnya lagi.
Sebuah nama yang cukup indah dan penuh makna. Semoga Yusof membesar menjadi anak soleh dan menjadi kebanggaan ayah dan ibunya.
Ads
Berterima Kasih Pada Isteri
Dalam pada itu, Shah turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan keluarga tercinta yang banyak membantunya sepanjang proses kelahiran Yusof. Malah pelakon hebat ini juga turut merakamkan penghargaan buat isteri tercintanya kerana melahirkan Yusof.
“Ucapan terima kasih kepada Sarah tidak akan pernah mencukupi kerana awak telah banyak berkorban dan melahirkan bayi comel kita. Saya sayang awak.
“Untuk keluarga mertua saya, terutamanya Mak, Abah, saya sangat beruntung dikurniakan keluarga ini, kami hargai semua sokongan yang diberikan.
“Untuk keluarga saya di Singapura terutamanya Mama, Nani, Shaheen Nadia dan suaminya Azlan, Shafiq, terima kasih untuk semua hadiah bayi dan sokongan yang diberikan, saya janji akan bawa pulang Sarah dan bayi kami apabila sempadan negara dibuka,” tulisnya lagi.
Sebelum bayi keluar gigi pertama, sebaiknya ibu bapa dah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang dibasahkan atau berus gigi jari khas untuk bayi, selepas menyusu dan sebelum masa tidur.
Ibu bapa perlu mula memberus gigi anak sebanyak dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi (selepas sarapan) dan sekali lagi selepas makan malam sebelum tidur. Ini untuk membiasakan anak supaya mudah menggosok gigi bila dah besar dan elakkan gigi cepat rosak.
Malah ada yang masih ragu-ragu adakah berus gigi jari sesuai untuk bayi?
Menurut Dr Iqbal Rosali berus gigi jari khas ini sebenarnya boleh membantu ibu bapa membersihkan gigi anak kecil lagi-lagi yang baru tumbuh gigi dan rasa tak selesa.
Finger toothbrush. Boleh ke? Betul ke? Bagus ke?
Finger toothbrush banyak di jual. Di pasaraya, kedai bayi, online pun ada.
Berus gigi jenis ini diperbuat daripada silikon. Berusnya tak sama dengan berus gigi biasa.
Finger toothbrush boleh membantu ibu bapa untuk bersihkan gigi anak kecil. Boleh juga guna untuk urut gusi anak kalau tak selesa gigi baru nak tumbuh.
Berus gigi jenis ini dimasukkan pada jari. Jadi pastikan jari ibu bapa muat-muat dalam sarungnya.
Finger toothbrush bukan alat mainan. Hanya digunakan oleh ibu bapa.
Sebelum guna basuh atau rendam dalam air panas untuk membersihkannya. Macam anda bersihkan botol susu.
Periksa dulu finger toothbrush sebelum guna. Pastikan tak ada koyak. Berus gigi cukup bilangan. Periksa juga yang sama selepas guna dan semasa membasuh
Bersihkan gigi anak dalam bentuk bulatan. Jangan digosok melintang atau ke kiri ke kanan.
Gosok ke semua gigi dan permukaan gigi. Termasuk gigi belakang juga.
Gosok dengan lembut pada gusi juga. Di situlah tempatnya berkumpul plak dan sisa makanan.
Semakin anak besar, biasakan dengan berus gigi kanak-kanak. Minta anak pula berus gigi sendiri. Untuk latih dia punya pergerakan motor.
Perut buncit adalah masalah utama, nak kempiskannya tu memang kena gigih jaga pemakanan dan bersenam. Boleh juga ikut petua carbo blocker ini.
Mama papa yang hadapi masalah perut buncit mesti bimbangkan tahap kesihatan. Perut buncit meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular seperti diabetes, sakit jantung dan sebagainya.
Di samping mula menjaga pemakanan, mama papa boleh cuba minuman yang dipanggil carbo blocker yang dikongsikan Eiscya Isa ini. Ia telah dikongsikan Eiscya di grup Masak Apa Hari Ini dan menerima 1600 perkongsian.
Katanya, ia merupakan petua dari Thailand. Ia dipercayai salah satu rahsia kelangsingan wanita-wanita Thailand. Bukan itu sahaja, menurut Eiscya ia boleh menjadikan kulit halus dan cantik. Berikut ialah perkongsiannya;
AIR REBUSAN CARBO BLOCKER
BAHAN-BAHAN
5 – 8 keping asam gelugur
Daun pandan(simpul atau koyakkan)
5 gelas air
Gula melaka (Bagi anda yang tidak suka manis boleh abaikan gula melaka)
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua sekali bahan ke dalam periuk.
Biarkan dia mendidih sampai air 5 jadi 4 gelas atau renih sampai daun pandan layu dan bertukar warna.
Menurut Eiscya, warna air rebusan ialah seperti teh dan raasnya seperti air asam jawa. Boleh letakkan chia seed kalau mahu. Boleh minum 30 minit sebelum makan pada waktu pagi dan malam.
Amalkan minum sebelum makan. Minum suam-suam atau sejuk.
KHASIAT DALAM BAHAN-BAHAN
ASAM GELUGUR
Mengandungi pelbagai vitamin,mineral,serta sebatian penting seperti;
hydroxyl citric acid(HCA)
serat
hidroksi sitrik
flavonoid
asid askorbat (yang mencantikkan kulit)
asid tartarat
membantu menurunkan kadar kolestrol jahat (triglycerides &LDL) dan boleh membantu meningkat kan kadar kolestrol baik(LDL)
Semua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk menurun kan berat badan.
Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Ia juga serta mencegah pembentukan lemak daripada penghasilan gula yang berpunca daripada karbohidrat dalam makanan yang diambil.
“Maksudnye kalau korang minum air ni, badan korang xkan serap lemak atau lemak xkan buat meeting dalam badan korang dalam bahasa mudahnyer.
Best kan? Makan tapi lemak tak stay.
Haa sebab tu Eiscya panggil as air carbo blocker..dah clear?
GULA MELAKA
mengandungi pelbagai vitamin dan bagus untuk antioksidan.
rendah glisemik indeks berbanding gula putih.
DAUN PANDAN
mengurangkan bau badan
anti oksidan
melegakan lenguh-lenguh badan
Ingat kalau nak cantik nak kurus korang mesti makan the real food bukan fast food OK!
Pelakon popular Indonesia, Nikita Willy selamat melahirkan bayi sulungnya pada 8 April lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Perkhabaran gembira itu telah dikongsikan oleh ibu Nikita sendiri, iaitu Yora Febrina.
Nikita yang memilih untuk melahirkan bayinya di AS itu selamat melahirkan bayinya yang seberat 3.25kg.
Malah paling beruntung bayi comel yang kini menjadi kesayangan semua itu turut dilahirkan di sebuah hospital yang pernah menyambut kelahiran ramai anak-anak selebriti ternama termasuklah anak Kim Kardashian, Beyonce dan juga Victoria Beckham iaitu di Cedars-Sinai Medical Center.
“Selamat datang cucu tercinta, Issa Xander Djokosoetono yang lahir dengan berat 3.25kg pada hari Khamis 7 April pukul 23.49 waktu LA atau hari Jumaat tanggal 8 13.49 WIB,” katanya berkongsi.
Lengkap berkongsi nama penuh, ibu Nikita turut memberitahu suami pelakon dan penyanyi itu, Indra Priawan turut sama menjadi pendamping setianya saat berdepan detik cemas bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
Kini kedua-duanya berada dalam keadaan baik malah turut berkongsi nama panggilan buat cucu lelakinya itu dengan nama Baby Izz.
Terdahulu, Nikita memilih untuk menetap lebih awal di Los Angeles bagi menyambut kelahiran bayi sulungnya itu kerana menyediakan kemudahan dan fasiliti yang baik berbanding hospital lain.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!