Jika kita pelik dengan selera adik yang viral makan nasi lemak dengan kek coklat, penyanyi Tajul juga turut sama meninggalkan rasa pelik di kalangan wargamaya bila mana tampil makan nasi goreng bersama ubat gigi.
Menerusi akaun TikTok milik isterinya, Nur Shamieza Eddie, Tajul mencuri perhatian ramai bila mana makan dengan cukup berselera bersama ubat gigi ketika pasangan itu bercuti ke Bangkok, Thailand.
“Pelik-pelik mengidam dia ni.
“Tolong, baru dua hari duduk Thailand dah pelik perangai laki aku ni,” katanya berkongsi menerusi video yang dikongsikan.
Ads
Menerusi video yang dimuat naik oleh isterinya itu, Tajul dipercayai teringin untuk makan ubat gigi semenjak berada di negara tersebut.
Malah di dalam video itu juga, Tajul dilihat meletakkan sedikit ubat gigi di dalam sudu nasi goreng sebelum menikmatinya dengan penuh berselera.
Memang pelik sehingga ada yang mengatakan Tajul berkemungkinan mengidam atau terkena alahan isterinya yang mungkin mengandung.
Namun hal itu tidak dijelaskan oleh isterinya dan membiarkan aksi pelik makan nasi dengan ubat itu menjadi tanda tanya di kalangan wargamaya.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur namun ada juga yang terkejut melihat tindakan Tajul yang bersahaja makan ubat gigi dengan nasi goreng.
Lain dari yang lain namun pasti ada sebabnya bila Tajul begitu teringin untuk makan sebegitu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan RM10 ribu kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Namun pencarum disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Dalam satu laporan yang lain, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.
Butiran mengenai pengeluaran khas simpana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini akan dieprincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.
Tiga program pengeluaran khas KWSP itu adalah pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelajar Melayu pintar, terima lima anugerah dalam majlis graduasi SMJK. Ahmad Khidir Ahmad Nazri berjaya membuktikan kemampuan dirinya apabila menerima lima anugerah dalam majlis graduasi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Pelajar Melayu Pintar, Terima Lima Anugerah Dalam Majlis Graduasi SMJK
Majlis itu menyaksikan Ahmad Khidir, 17, membawa pulang Anugerah Tokoh Pelajar, Timbalan Ketua Pengawas, tempat pertama dalam kelas, tempat pertama dalam tingkatan aliran sastera serta markah tertinggi Bahasa Melayu dan juga Pendidikan Islam.
Kejayaan itu menjadikan Ahmad Khidir sebagai salah seorang daripada tiga pelajar Melayu di sekolah berkenaan berpeluang menaiki pentas bagi menerima anugerah kerana kecemerlangan dalam akademik.
Menurut Ahmad Khidir, dia amat bersyukur dengan penghargaan diterima daripada pihak sekolah dan mengakui bukan mudah untuk meraih kejayaan itu.
“Memang susah nak berada di tahap ini kerana pelajar Melayu di sekolah ini cuma 30 orang saja dan kami perlu bersaing dengan rakan lain.
“Tapi, saya bersyukur kerana mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek BM (A+) BI (A), Pendidikan Islam (A+) Sejarah (A-) Matematik (A-) Sains (A) dan Ekonomi (A), manakala B untuk Akaun serta Mandarin. Sasaran saya tentunya 9A+ dalam SPM nanti,” katanya.
Bercerita lanjut, Ahmad Khidir berkata, dia tidak mempunyai asas dalam bahasa Mandarin namun ibunya, Fudla Yusof, 55, bersungguh-sungguh apabila menghantarnya ke tadika dan sekolah aliran Cina kerana mahu kelainan berbanding adik-beradik lain.
“Saya anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satunya yang dihantar ke sekolah aliran Cina.
“Susah awalnya sebab tak ada asas dan dulu malu nak bercakap dengan jiran dalam bahasa Mandarin, tapi lama-kelamaan bertambah yakin.
“Alhamdulillah, saya dapat nombor satu dalam kelas ketika tahun empat. Kemudian cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sampai dapat masuk sekolah sekarang yang tersenarai antara sekolah terkemuka dan pernah lima kali juga dapat tempat pertama dalam kelas sewaktu di tingkatan tiga, empat serta lima,” katanya.
Berkongsi tip pembelajarannya, Ahmad Khidir berkata, dia menyediakan jadual belajar dengan memperuntukkan mengulangkaji dua subjek dalam sehari.
“Tempoh ulangkaji bagi satu subjek adalah dua jam 30 minit dengan 15 minit waktu rehat bagi setiap sesi.
“Saya cuba fleksibelkan masa kerana tak nak tertekan dan ada juga belajar secara berkumpulan, yang mana saya ajar mereka (pelajar Cina) Bahasa Melayu dengan Sejarah.
“Manakala, rakan ajar saya bahasa Mandarin, jadi kami saling membantu dengan belajar serta bersaing secara sihat tanpa ada isu pun,” katanya yang turut aktif dalam kokurikulum dengan menyandang jawatan Naib Pengerusi Kadet Polis, Kelab Pencegahan Jenayah, Lembaga Pengawas dan kumpulan koir selain aktif olahraga.
Menurut Ahmad Khidir, kejayaan baru-baru ini bukan kerana usahanya saja, tetapi berkat sokongan keluarga khususnya ibu bapa, pentadbir sekolah, guru dan rakan yang banyak membantunya.
“Terima kasih kepada mama yang menjaga, papa (Ahmad Nazri Noordin, 55) yang tak jemu tanya khabar saya, adik-beradik kerana kuatkan semangat, juga rakan sebab sentiasa teman sewaktu belajar.
“Tak ketinggalan juga buat pengetua, penolong kanan, guru dan ustaz yang mendidik dari sekolah rendah, menengah selain netizen kerana bagi ucapan tahniah juga semangat selepas video dimuat naik kakak (Siti Fatimah Azzahra, 22) mendapat tontonan ramai di TikTok.
“Terharu rasanya kerana ramai yang mendoakan dan saya doakan juga kejayaan semua terutama calon SPM lain. Jangan putus asa, sentiasa mencuba, ingat mereka yang bagi sokongan dan terus kuat,” katanya.
Sempena hari kemerdekaan pada Sabtu ini, mak ayah pasti berubah gigih untuk mempersiapkan anak-anak ke sekolah yang turut sama menyambutnya di sekolah.
MUA terkenal, MUA Bellaz tidak tercuali mempersiapkan anak-anak ke sekolah untuk sambutan merdeka. Namun penampilan anak sulungnya, Eica dilihat cukup sempurna. Tak hairanlah dipuji wargamaya.
“Tadaa full outfit kakak Eica bersempena kemerdekaan tema kali ni, kebudayaan ❤️. Macam mana cantik dak hampa?
“Bellaz nak boh full accessories Eica dia tak mau dia kata sakgi nak makan payah,” kongsi Bellaz di ruangan kapsyen.
Menariknya kata Bellaz ada dicerita disebalik outfit sempurna itu bila mana kain anaknya singkat. Namun dia bersyukur kerana masalah itu selesai.
“Jutaan terima kasih membantu Bellaz malam tadi. Cerita dia macam ni, malam tadi baju dia sampai last minute kain tu singkat hampa. Kesian pulak tengok muka sedih tu, sebab Eica ada masuk pertandingan sajak.
“Mak ni apa lagi nak yang terbaik laa. Tanya-tanya orang ada hamba Allah bantu bellaz untuk pakaian Merdeka ni. Alhamdulilah syukur sangat-sangat dipermudahkan. Menang kalah belakang kira janji mama dan kakak buat yang terbaik dah insyallah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ternyata penampilan anak sulung Mua Bellaz cukup cantik. Ditambah pula dengan solekan sempurna hasil sentuhan ibunya yang bertepatan dengan tema merdeka. Memang perfect!
Menurut perkongsian Bellaz, anaknya turut bakal memasuki pertandingan deklamasi sajak di sekolah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.