
Tidak dinafikan, ibu bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak, merawat dan memastikan anak pulih daripada kesakitan. Tapi biarlah berpada-pada. Rawatan perubatan mesti didahulukan!
Doktor Ahmad Zakimi Abdullah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan ibu bapa yang menampal tuala wanita pada di dada anak diserang asma teruk. Kata mereka, kalau tampal semalaman tidak perlu rawatan nebulizer. Usaha tak masuk akal buat doctor tepuk dahi! Celiklah wahai ibu bapa!
Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7-8 tahun diserang asma teruk.
Tuala wanita tu ibunya punya, doc
Untuk apa pakai di dada? Pelik ni
Tuala wanita boleh rawat asma. Saya ada asma sebab tak pernah pakai.
Encik pakai tuala wanita tak sekarang? Ah ha Doc. Ikhtiar
Overclaim tepek semalaman tak perlu neb di klinik. Ini mengarut. Jangan main-main.
Perlu ikhtiar cari ubat, bukan main bedal saja.
Sumber: Dr Zakimi Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Sekatan Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidiladha, Cuma Perlu Patuhi SOP

Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun katanya, orang ramai perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Sebenarnya tidak ada sekatan perjalanan, sebab itu saya kata masih boleh balik kampung, cuma patuhi SOP.
“Walaupun dibenarkan tapi kita kena jaga diri kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan kerajaan akan melarang pergerakan rentas negeri dan daerah susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19, sejak kebelakangan ini.
Cuma ingin diingatkan sekali lagi pada orang ramai, terus patuhi SOP sepanjang masa walaupun bukan pada perayaan besar agar negara kita terus pulih dan dapat bebas dari wabak Covid-19 ini.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Farah Hanis Bayi Ajaib, 7 Bulan Dikandung Ibu Koma. Belum Rasa Dakapan Mama

Isi Kandungan
TogglePanasnya dakapan ibu belum dapat dirasai si kecil ini tatkala ibu tersayang masih dalam keadaan koma.
Farah Hanis Fairol Haziri, bayi kecil berusia 41 hari ini memang ajaib. Sejak dari 2 bulan dalam kandungan, dia hanya bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi tiub pada leher ibunya.
Sebaik dilahirkan menerusi proses pembedahan, bayi pra matang yang diberi nama Farah Hanis Fairol Haziri yang kini berusia 41 hari belum merasa setitik pun susu daripada ibu kandungnya, Kamareeah Arwae, 36, kerana wanita itu koma sejak tujuh bulan lalu.
KEAJAIBAN KERANA DIJANGKA TIDAK DAPAT BERTAHAN
Si kecil ini juga ianggap keajaiban oleh pengamal perubatan. Dia awalnyaawalnya dijangka tidak mampu diselamatkan kerana Kamareeah yang menghidap tumor di kepala Disember lalu menjalani banyak proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
“Pada awal usia kandungan, saya sudah mengetahui isteri mengandung dan ketika menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa janin mungkin tidak dapat bertahan.
“Isteri terpaksa melalui banyak proses imbasan dan doktor menerangkan mengenai risiko proses itu terhadap janin,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, hari ini.
PEMBEDAHAN MEMBUANG TUMOR SEMASA KANDUNGAN 4 BULAN
Kata Fairol Haziri kepada Harian Metro, sterinya menjalani pembedahan membuang tumor sebesar bola ping pong dan ketika itu keadaan janin semakin membesar sehingga memasuki usia empat bulan.
Katanya, doktor memberitahu janin itu kemungkinan akan meninggal dunia dalam kandungan atau gugur sendiri kerana keadannya yang sangat lemah dan dia perlu menunggu detik itu dengan reda kerana nyawa isteri lebih penting.
“Selepas menjalani dua pembedahan termasuk membuang tempurung kepala, isteri dibenarkan pulang dan dalam tempoh itu kandungannya masih tiada tanda negatif.
KANDUNGAN SEMPURNA WALAU PUN IBU KOMA
“Sehingga usia kandungan 33 minggu, dia semakin membesar dengan normal dan pembentukan sifat yang sempurna sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya di kalangan pegawai perubatan dan mereka mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami melalui pembedahan.
“Bayi perempuan pra matang kami ini menghadapi sedikit komplikasi ketika proses kelahiran dan ditahan di wad kira-kira tiga minggu sebelum dibenarkan pulang,” katanya yang sebelum ini menguruskan kedai makan sebelum premis itu ditutup selepas kejadian yang menimpa isterinya.
PERNAH DISUSUKAN OLEH IBU SUSUAN
Farah Hanis sempat diberikan susu ibu oleh seorang ibu tumpang (susuan) selama dua minggu dan kini bayi ajaib itu bergantung kepada susu formula khas untuk bayi pra matang.
Selain Farah Hanis, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Farras Hazim, 19 bulan, dan menurut Fairol Haziri, sebelum isterinya koma, anak sulung mereka masih menyusu badan.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan dia juga enggan minum susu formula kerana sebelum ini dia memang menyusu badan sepenuhnya… mungkin ia berlaku dengan mengejut menyebabkan dia tidak mahukan susu formula,” katanya yang kini tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai serta beberapa pihak bagi pembelian susu khas dan lampin pakai buang isterinya.
Fairol Haziri berkata, mereka ada menerima bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak meringankan bebannya.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Fairol Haziri iaitu 0300141000081183.
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pergi Dengan Kebahagiaan…” Isteri Meninggal Selepas Bersalin, Suami Kongsi Foto Arwah Seakan Senyum

Isi Kandungan
ToggleProses kelahiran meletakkan pelbagai risiko buat ibu. Ada ibu-ibu terpilih menemui Maha Pencipta semasa bersalin, pergi saat berjuang melahirkan zuriat adalah sesuatu yang amat mulia.
Perkongsian daripada bapa ini pasti mengundang air mata. Tidak hairanlah ia menerima reaksi kira-kira 29 ribu dan perkongsian sebanyak 15 ribu di laman sosial.
Isterinya yang bernama Divani Putriami meninggal dunia selepas melahirkan anak kedua mereka. Tambah memilukan apabila bapa ini, Firdaus Sutan Parpatiah meletakkan nama anak perempuan mereka dengan nama yang seakan-akan sama dengan ibunya.
SEGALA YANG INDAH TELAH BUNDA AMBIL
“Maaf bunda, nama Putri kita. Pakai nama bunda saja
“Divani Putriami, Copy Nama Abang nya sedikit, cuma ujungnya saja Chello Khenzi Al-ghani.
“Jadi nama Putri kita Divani Putriami Al-Ghani, gak apa2 kan.
“Sebab Gak pandai cari nama yang indah, sebab semua keindahan sudah bunda ambil.”
RAMAI YANG TERSENTUH & MENDOAKAN ALLAHYARHAM
Posting bapa ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tersentuh hati dengan apa yang dilalui. Mereka mengagumi betapa tenangnya jenazah Allahyarham dan wajahnya seakan-akan tersenyum.
Ramai mendoakan agar ibu muda ini diberikan husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dalam kematian dan bayi yang dilahirkan menjadi anak yang solehah.
Semoga husnul khatimah
Syurga sudah menanti…
Anak yang dilahirkan comel & solehah
Sumber: Firdaus Sutan Parpatiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI