Peliknya Petua Viral! Tampal Tuala Wanita Di Dada Anak Asma, Tak Perlu Nebulizer Buat Doktor Tepuk Dahi

Share

Tidak dinafikan, ibu bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak, merawat dan memastikan anak pulih daripada kesakitan. Tapi biarlah berpada-pada. Rawatan perubatan mesti didahulukan!

Doktor Ahmad Zakimi Abdullah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan ibu bapa yang menampal tuala wanita pada di dada anak diserang asma teruk. Kata mereka, kalau tampal semalaman tidak perlu rawatan nebulizer. Usaha tak masuk akal buat doctor tepuk dahi! Celiklah wahai ibu bapa!

Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7-8 tahun diserang asma teruk.

Tuala wanita tu ibunya punya, doc

Untuk apa pakai di dada? Pelik ni

Tuala wanita boleh rawat asma. Saya ada asma sebab tak pernah pakai. 

Encik pakai tuala wanita tak sekarang? Ah ha Doc. Ikhtiar

Overclaim tepek semalaman tak perlu neb di klinik. Ini mengarut. Jangan main-main.

Perlu ikhtiar cari ubat, bukan main bedal saja.

Sumber: Dr Zakimi Abdullah

Published by
Azma ML