Peluk Anak 10 Saat, Cium Dan Ucap Kata-Kata Positif Sangat Berkesan Lembutkan Hati Anak

Share

Kadang-kadang kita rasa anak susah nak dengar cakap kita. Kita rasa anak tak hormat kita. Kita rasa anak degil. Sampai satu tahap kita rasa kenapa anak kita tak macam anak orang lain.

Bila sampai tahap macam ni, ibu bapa kena sedar ada sesuatu yang kita kurang bagi pada anak. Jangan hanya nampak kesalahan dalam diri anak semata-mata tapi mungkin juga silapnya dari kita.

Salah satu tip nak bagi anak lembut hatinya dan buat emosi anak sentiasa positif adalah dengan mengamalkan pelukan efektif seperti yang dikongsikan oleh Fadzielah Ayub.

Ini adalah salah satu cara untuk kita lembutkan hati anak dan bina emotionally connection antara ibu bapa dengan anak.

  1. Eye level kena sama. Duduk atau berlutut supaya dapat bertentang mata dengan mata anak.
  2. Peluk anak selama 8-20 saat. 10 saat sudah memadai.
  3. Usap belakang anak atau bahagian belakang kepala anak untuk aktifkan rasa kasih sayang pada anak.

Ucap, peluk dan cium sekurang-kurangnya 3x sehari atau paling kurang sehari sekali.

Masa pelukan effektif ni, kita ucapkanlah kasih sayang, kata-kata positif, minta maaf dan pesan yang baik-baik pada anak. Doakan yang baik-baik untuk anak.

Jangan sesekali ungkit kesalahan anak yang anak lakukan masa pelukan.

“Zayd, ummi minta maaf kalau ummi buat salah hari ni. Terima kasih sebab banyak dengar cakap ummi hari ni. ummi doakan Zayd sihat selalu. Jangan lupa dengar cakap ummi dan abah.”

InsyaAllah, anak akan rasa keikhlasan hati kita bila kita ucap dan doakan yang baik-baik padanya.

Sumber: Fadzielah Ayub

Published by
Wan Amy