Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati & Mudah Dengar Kata

Share

Kuasa pelukan ibu tiada tandingannya. Sekeras-keras hati anak bila selalu dipeluk dan dibelai oleh ibu pasti akan lembut hatinya. Bukan setakat itu saja, kasih sayang yang diberikan ubat paling berkesan untuk pastikan perilaku anak sentiasa baik.

“Kenapa susah sangat nak dengar cakap Ibu. Dah berapa kali ibu pesan jangan buang sampah dalam bilik. Kotor!!”

Puas dimarah, dileter dan didenda tapi anak tetap susah nak dengar cakap ibu bapa. Kenapa? Tentu ramai ibu-ibu mengalami situasi yang sama dengan anak-anak zaman sekarang tak kira yang besar ataupun masih kecil.

Luahan ini sering didengar oleh Ustaz Ebit Lew dan beliau telah berkongsi tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

1. Kerap peluk anak

Ada pasangan suami isteri jumpa saya katanya anak-anaknya selalu tak dengar kata dan buat perkara yang tak patut. Mereka tak hormat kami ibu bapa.

Jawab saya berilah masa selalu peluk mereka. Lagi kuat kita peluk mereka lebih mereka menjadi manusia yang penyayang.

Mereka jumpa saya semula dan kata lepas selalu peluk anak mereka berubah. Lembut dan mudah dengar kata. Sekali suruh terus jalan. Lembut dan rasa kasih sayang.

Anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sama juga mak kepada anak kita. Mereka lebih-lebih lagi dahagakan kasih sayang dan pelukan.

2. Jangan gaduh depan anak

Kita sebagai anak boleh terima kurang sempurna rumah. Tidur ramai-ramai tanpa bilik. Kenderaan atau pakaian mak ayah tak sempurna. Kurang duit. Tak dapat gadget atau permainan.

Tapi tiada anak yang boleh tahan lihat mak ayah mereka bergaduh dan mak ayah yang hidup tanpa cinta dan saling memusuhi mengkhianati.

Walau kita dah dewasa kita tak sanggup lihat mak ayah kita bergaduh. Inikan pula anak masih kecil. Berikanlah hak anak-anak. Iaitu didikan iman. Dan anugerahkan mereka contoh kasih sayang dan keikhlasan dalam hidup.

Biarlah mereka bina yakin dan percaya dengan Islam. Berikanlah hak mereka. Jangan bergaduh depan anak-anak. Buatlah semuanya kerana Allah. Hidupkan Ta’lim dalam rumah. Hidupkan sunnah dalam rumah.

Sumber: Facebook Ebit Lew

Published by
Wan Amy