Ketika anak lelaki kecil, ibu bapa menganggap mereka sama saja dengan anak perempuan. Cuma apabila mereka semakin membesar, secara semulajadinya mungkin anak perempuan nampak lebih manja dan suka dipeluk. Tapi sebenarnya, tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki, mereka tetap memerlukan perhatian dan pelukan daripada ibu bapa.
Bukan itu saja, terdapat beberapa pendapat dan kajian yang mendapati bahawa ada sebab mengapa anak lelaki perlu kerap dipeluk, sekalipun ada antara mereka dah mula ada perasaan malu apabila ibu bapa berbuat demikian.
Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
Ads
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ads
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
Ads
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Memang biasa bila dah bergelar ibu ayah kita akan kerap bercakap kata larangan “jangan” pada anak. Tapi lagi kita kata “jangan” lagi kerap anak buat.
Ada pendapat pakar pendidikan kanak-kanak yang tidak menggalakkan ibu bapa daripada terlalu kerap menggunakan kata “jangan” pada anak kerana dikatakan boleh membantutkan perkembangan si kecil.
“Habis tu kalau tak boleh cakap jangan, nak biarkan je ke anak buat salah?” Tentu itu antara kata-kata dari ibu bapa yang kurang bersetuju atau keliru apa perkataan yang boleh digantikan dalam situasi yang memerlukan kata “jangan”.
Perkongsian daripada Puan Shuhadah Khalil ini boleh dijadikan panduan bersama supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik.
Semenjak dua menjak ini saya sering ditanya soalan,
“How to say No without saying No to the kids?”
Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata “No no no” pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan.
Kesiannya si anak.
Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO.
Sehinggalah saya baca satu artikel Inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.
Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN..
1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, “jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh”, anak dengar sentuh. “Jangan pukul”, anak dengar pukul.
Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?
2. NO ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semuaaaa perkara di sekeliling mereka.
3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan.
4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak.
Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.
Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.
Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.
Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.
Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!
Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.
Walau pun anak didiagnosis mengalami speech & development delay, ibu ini tidak putus asa melatih menerusi beberapa perkara pengurusan diri, mengenali anggota badan dan barangan bilik mandi. Akhirnya perkembangannya menjadi semakin baik!
Puan Zakira Mnmenceritakan tentang apa yang dilakukan kepada anak perempuannya. Maryam Safiyya telah didiagnosis mengalami mengalami speech & development delay.
Maryam telah pun melalui terapi pada Oktober 2018. Ibu ini tetap meneruskan latihan di rumah dan keadaan Maryam semakin baik. Apa yang dilakukannya sesuai untuk diaplikasikan oleh semua ibu bapa.
Sejak memahami arahan, Maryam kurang mengamuk dan baling barang.
Ajar dia hormat barang. Proses yang bukan mudah tapi berbaloi.
Maryam seorang yang kinestetik di mana dia perlu melihat, mendengar & menyentuh untuk belajar dengan berkesan.
Berikan dia rasa makanan. Kalau pahit katakan pahit & berikan dia rasa sedikit. Tidak mahu anak ada masalah untuk percaya kepada ibu bapa.
MELATIH UNTUK BERDIKARI
Ibu duduk si sebelah ajar nak buat apa, nyanyikan lagu body part supaya kenal anggota badan. Kalau bantu mesti mention yang ibu tolong. Kreatif guna lagu Baby Shark!
Speech delay tapi bila dilatih begini, anaknya sudah pandai sebut semua anggota badan.
Galak anak sikat rambut sendiri tapi dibantu. Perlu beritahu yang ibu sedang bantu, mesti kena baut sendiri.
Sediakan juga cermin & rak untuk menguruskan diri. Beli yang sesuai dengan bajet tetapi biarkan dia pilih sendiri warna yang dia suka supaya dia seronok & ecxited.
Sudah boleh buka baju sendiri, tapi bila perlu dibantu ibu akan beritahu ibu tolong, nanti dia perlu buat sendiri.
Sebuah kekuda kecil juga dibeli supaya anak boleh masukkan sendiri baju kotor ke dalam mesin basuh.
Setiap kali lepas mandi, ajar untuk bye bye kepada semua berus gigi, ubat gigi, sabun dan semua peralatan bilik mandi.
Dengan itu anak belajar untuk sebut semuanya walau pun masih pelat.Turut membiarkan anak tutup suis lampu bilik air. Semuanya perlu diletakkan ke tempat lepas digunakan.
Selepas mandi, bagi peluang untuk pilih pakaian sendiri. Adakan perbualan supaya dia boleh bercakap. Pada awalnya Zakira mengakui yang Maryam hanya menunjuk ke arah baju yang diingini, lama kelamaan dia menyebut warna baju.
Selain itu, Maryam juga telah diajar untuk melakukan perkara asas di dapur. Misalnya untuk mengambil minuman sendiri.
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak-anak, mereka akan minta kita belikan snek atau jajan. Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu, tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter, banyak pilihan yang ‘memerangkap’ kita.
Anak-anak bila dah sampai ke kaunter mulalah minta itu ini. Sudahlah yang di kaunter semuanya harga mahal. Nak dihalang, anak mengamuk. Mahu tak mahu, terpaksalah benarkan anak beli.
Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi teknik untuk mengelak anak-anak membeli jajan di kaunter.
5 TIPS ELAK ANAK BELI JAJAN DI KAUNTER BAYARAN
===================================
Dalam satu strategi penjualan kedai-kedai adalah meletakkan “non-needed add-on items” di kaunter bayaran supaya akan ada pembelian tambahan sebelum “check out” oleh pembeli. Tak boleh nak salahkan mereka. Ini strategi penjualan. Ada dicadangkan dalam macam-macam buku strategi penjualan. Anda “terpaksa” beli, membuktikan keberkesanan strategi tersebut.
Jadi, macam mana nak elakkan anak anda dari berguling-guling kerana mahukan item yang di jual di kaunter jualan?
Saya senaraikan beberapa strategi yang boleh anda cuba.
Tapi, ingat!
Kalau inilah kali pertama anda nak gunakan strategi ini, ianya mungkin akan sedikit sukar.
Tapi…..
Alah bisa, tegal biasa. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak aku menangis, kau orang jangan kacau, toksah kesian tolong belikan, aku tengah disiplinkan anak ni! (Peribahasa yang terakhir ini yang paling penting dalam strategi ini).
Mulakan dengan cerita dari rumah. Semasa anda beraktiviti dengan anak di rumah. (Tak pernah beraktiviti dengan anak? Kamon……).
Anda boleh: a. Lukis gambar anda sekeluarga pergi beli belah dan maklumkan anak anda yang dia hanya boleh beli 1 item sahaja. (atau).
b. Lukis cerita tentang keburukan makan jajan Yang ni perlu “strict” sikit. Mama ayah pun tak boleh jajan juga.
Setiap kali nak keluar shopping, ingatkan anak anda tentang social story yang dibincangkan.
Tak reti lukis gambar? Print. Tak jumpa gambar sesuai? Lukis orang lidi pun boleh, der… Cuba dulu.
2. MINTA ANAK TULIS SENARAI BARANG MAHU DIBELI
Jika anak anda sudah pandai tulis, minta anak anda tuliskan senarai barang untuk dibeli dan minta anak anda bantu anda tanda barang yang sudah dibeli.
Pastikan hanya beli item yang ditanda. JANGAN beli yang tidak ditanda jika anda mahu guna metod ini untuk disiplinkan anak anda dari membeli barangan lain semasa shopping.
Kalau anak belum pandai tulis, print gambar barang dan tampal pada kertas senarai barang. Ajak anak anda tampal.
3. BINCANG SEPANJANG PERJALANAN APA YANG BOLEH DIBELI SAHAJA.
Ingatkan anak anda berkali-kali apa yang boleh dibelinya. Dan FIRM.
Tak perlu tekankan apa yang tak boleh dibeli. Sebab anda hanya akan menambahkan ingatan anak anda pada apa yang tak boleh dibeli. Tapi, tekankan apa yang boleh dibeli berkali-kali.
4. KEBALKAN DIRI: TAHAN TANGIS
Dah bagi social story, dah minta anak tulis senarai barang, dah bincang-bincang dalam perjalanan, maka sampailah waktu anda perlu KEBAL.
Mengubah perilaku anak perlukan masa. Firm dengan keputusan anda. Anak akan tantrum kalau dia sudah dibiasakan dapat apa yang diinginkan.
Jangan mengalah mama ayah!!! Anak anda PERLUKAN anda untuk teguh dengan keputusan anda mendisiplinkan mereka. Tegas bukan pukul. Tegas dengan keputusan.
Anak mengamuk guling-guling? Tetap teguh! Jangan belikan.
Ayah bawa anak terus ke kereta atau ke tepi. Peluk dan cakap “sorry ye, tak boleh beli”. Mama, boleh buat pembayaran. Apa yang penting? Kerjasama!
5. RAJIN-RAJIN LUANGKAN MASA DENGAN ANAK.
Anak yang rapat dengan ibu bapa akan lebih mudah mendengar cakap.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...